Bab 6 : 'Survival'!

2.5K 137 8
                                    

  "Memandangkan bekalan makanan semakin berkurang, aku nak kamu semua mula buat aktiviti kemandirian hidup. Dalam erti kata lainnya, 'survival'."

  Kali ini, semua ahli kelas memaut mata pada si ketua yang berdiri berdekatan dengan geng Irdina tadi.

  "Survival?"

  "Ya. Macam memancing atau menangkap hasil laut, memetik hasil hutan, berburu, mencari air tawar untuk diminum... Macam tulah, agaknya."

  "Ya, macam dalam TV tu~!" Irdina menyampuk.

  "Hmm, ini idea Irdina sebenarnya. Tapi aku pasti kamu semua pun ada terfikir fasal perkara ni, bukan?"

  Semua mengangguk teruja. Sangat teruja.

  Raja juga mengangguk. "Baiklah. Dengar dulu taklimat aku ni."

  Telinga-telinga dipasang.

  "Aku akan bahagikan kamu semua kepada empat kumpulan : Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Setiap kumpulan mesti ada lima atau enam orang ahli, dan setiap kumpulan akan ada seorang lelaki untuk menjaga ahli kumpulan-"

  "Budak lelaki jaga kita? Wah... macam 'pelik' saja?"

  "Senyaplah."

  Raja menyambung lagi setelah tawa kelas yang disebabkan oleh Amrit dan Ansar, reda perlahan-lahan.

  "Huh. Apa-apa pun, setiap kumpulan akan diberi satu tugas, tapi tugas-tugas dijalankan secara bergilir-gilir setiap hari. Ah, aku letihlah nak cakap lagi! Aku seorang sajakah yang berleter??"

  "Bagilah aku pula yang cakap, aku kan penolong ketua kelas~?"

  Fatin kemudiannya berdurja serius. "Okey, ada beberapa peraturan. Dengar betul-betul. Salin juga pada buku nota atau nota dalam telefon bimbit."

1. Jangan masuk ke hutan tanpa diberitahu dan tanpa memberitahu.

2. Dilarang masuk begitu jauh ke dalam hutan, hanya beberapa puluh meter sahaja dari gua dan dari pantai.

3. Dilarang masuk ke hutan seorang diri dan tanpa ahli kumpulan.

4. Untuk aktiviti tangkap hasil laut, jangan sentuh batuan karang jika tidak perlu. Kamu mungkin akan rosakkannya jika kamu sentuh.

5. Sehari hanya terhad kepada 25 tangkapan hasil laut sahaja. Kita tak dapat nak simpan lebihan tangkapan. Ikan akan jadi busuk apabila tiada peti sejuk...

6. Jangan makan terus apa yang telah ditangkap, sama ada di laut atau di hutan. Bawa dulu setiap hasil tangkapan ke gua. Manalah tahu, mungkin tangkapan beracun?

7. Air tawar yang diambil dari sebuah paya atau kolam atau apa-apa sekalipun, juga jangan minum dulu. Bawa ke gua dulu.

8. Jangan berada di hutan dan laut pada waktu malam. DILARANG SAMA SEKALI! Kamu mesti pulang ke gua lebih kurang setengah jam sebelum matahari terbenam.

9. Kalau ada sesiapa yang terluka atau cedera, cepat-cepat pergi ke gua dan minta bantuan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah.

10. Maklumkan jika kamu ada terlihat sesuatu, contohnya harimau, atau benda-benda lain yang menakutkan ketika berada di hutan dan lautan."

"Cantik tulisan kau, Diyana."

"Selama ni aku duduk di sebelah kau di dalam kelas, kau tak sedarkah betapa cantiknya tulisan aku ni?"

HilangWhere stories live. Discover now