Chapter 3 ⛅

110 6 0
                                    

Sudah tiga hari Yeul melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Hansang dan hari ini persekolahan tamat seperti kebiasaanya namun Yujin masih kekok dengan kehadiran Yeul manakala Yeul berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Setakat ini Yeul berjaya menghasilkan seorang kawan iaitu Hani. Rakan semejanya. Hari ini Yeul melepaskan rambut yang separas pinggangnya.

Penampilan Yeul dan Yujin agak berbeza apabila Yujin lebih menjaga penampilannya dan uniformnya tidak terlalu menampakkan tubuh berbeza dengan Yeul. Uniformnya kelihatan lebih ketat sehingga menampakkan lengkuk tubuhnya namun dilindungi dengan blazer yang tidak berbutang.

Hari ini Yeul tidak menemui getah rambutnya jadi dia terpaksa melepaskan rambutnya yang beralun pada hujung. Sebaik saja dia memasuki, banyak siulan nakal berbunyi.

Yeul cuma tersenyum kecil sambil mengambil tempat di sebelah Hani. Mempunyai warna iris mata yang berbeza membuatkan Yeul lebih popular dalam kalangan pelajar sekolahnya.

Yeul menutup pintu lokernya lalu digantungkan beg sandang ke bahunya. Kini mereka beramai bergerak ke arah pintu pagar besar untuk keluar dari sekolah tersebut. Seseorang bersandar pada sebuah kereta Mercedez-Benz sambil berpakaian sut lengkap menarik perhatiannya.

Tiba-tiba pergelangan tangannya ditarik menuju ke arah kereta tersebut. Memandang ke arah gerangan tersebut. Rupanya Yujin. Yujin melemparkan senyuman manis kemudian menyuruhnya masuk ke dalam kenderaan tersebut. Bukannya dia mempunyai pilihan lain.

Yeul melepaskan keluhan lalu masuk ke dalam kenderaan tersebut. Begitu juga Yujin. Kini mereka dalam perjalan menuju ke rumah agam milik Jeon. Mendengar destinasi itu. Yeul tetap mendiamkan diri.

Pandangan dilemparkan ke luar tingkap kenderaan tersebut. Langsung tidak berminat mendengar celoteh dari DJ radio ataupun mana-mana makhluk dalam kenderaan tersebut.

Tidak dapat menahan kebosanan yang sedang melanda mereka Yujin cuba memulakan perbualan. "Jadi Yeul tinggal dekat mana sekarang." Yeul meredupkan pandangannya namun masih memandang ke luar tingkap.

"Mana-mana je yang aku boleh berehat." Yujin mengetap bibir mendengar balasan dari adik kembarnya. "Kalau tak ada rumah mari la pulang. Omma appa mes-"

"Aku ada rumah. Jangan risau." Balas Yeul lagi dengan dingin. Dia masih tidak memandang Yujin. Setelah beberapa seketika mereka tiba di destinasi mereka. Pengawal membuka pintu besar membenarkan kenderaan tersebut masuk ke laman.

Para pengawal berkumpul dan membuka pintu kepada mereka berdua. Yujin dan Yeul keluar dari kenderaan tersebut dan berjalan menghampiri pintu rumah tersebut.

Baju putih milik Yujin masih lagi dan hujung bajunya masih lagi terletak elok dalam skirt manakala hujung baju milik Yeul sudah terkeluar sepenuhnya menampakkan kedutan pada hujung baju tersebut.

Seorang lelaki yang agak tua mendekati mereka. "Cik muda ada tetamu." Yujin mengangguk dan mengajak Yeul masuk ke dalam rumah agam tersebut. Beberapa biji kereta di laman rumah sempat dijeling sebelum melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

"Saya dah balik." Ucap Yujin sambil menolak belakang tubuh Yeul perlahan agar ke depan. Yeul mendengus perlahan sebelum melihat beberapa orang di ruang tamu. Semua tetamu yang berada di sofa bangun dan riak wajah mereka kelihatan sangat terkejut degan kehadiran Yeul.

Yeul memandang Yujin dan kemudian mereka semua pula. Seterusnya dia melihat pula tubuhnya. Ada sesuatu tak kena ke dengan pakaiannya. Yeul menyoal kecil pada hatinya. Tubuhnya tiba-tiba terdorong ke hadapan dan berada dalam dakapan seorang wanita yang sangat asing baginya.

Disebalik tubuh wanita itu. Terdapat dua pasangan suami isteri serta anak mereka yang berpakaian seragam sekolah sama sepertinya. Dan seorang lelaki pertengahan usia, bibirnya merekahkan senyuman yang lemah dan sedih.

(ON HOLD) Angel (천 사) ⛅  김 태 흉 Where stories live. Discover now