Taehyung termangu seketika sebelum menyedari kesalahannya. "Bodoh Bodoh Bodoh!!" Taehyung memarahi dirinya sendiri. Rambutnya diserabutkan.
"Macam mana aku boleh silap sebut nama!!? ARGHH!!" Taehyung menghentuk dahinya pada pemegang besi diberanda. "Auw! Sakitnya. Tapi sakit lagi hati aku." Taehyung meraung akan kesilapannya sendiri.
'Bodoh la kau Yeul. Asal kau tampar muka dia? Memang kau nak sangat ke? Aduh, jatuh air muka aku weh.' Yeul mengurut dahinya yang tidak sakit.
Muka Yeul masih lagi kemerahan apabila teringat kembali adegan tadi. Tangannya diletakkan ke pipi cuba melindungi wajahnya yang sudah merah.
Tak lama kemudian tangannya jatuh ke sisi dan disilangkan pula ke belakang. Berada di pantai memang menyenangkan.
Bibirnya melengkukkan senyuman. Bunyi ketawa kanak-kanak memenuhi deria pendengarannya. Gembira melihat kanak-kanak riang bermain air laut.
Matanya dipejamkan menghayati suasana yang jarang sekali dirasainya.
"Sreeeetttt!! Baammm!!!"
"Weeeee Woooo Weeeeee Woooooo"
"Bersedia untuk bedah sekarang."
"Tuuuuuuuuuttt-"
Matanya dibuka luas. Jarinya menggeletar. Semuanya seperti realiti. Pandangannya jatuh ke arah pasir putih. Kepalanya dipegang. Bagaikan samar-samar namun gamam mengingati semua itu kembali. Perlahan wajahnya memandang ke hadapan.
"Jangan Yuna. Kita tak boleh biarkan dia. Kita yang akan mati nanti." Terdengar sayup suara esakan seorang wanita. Kabur sahaja pandangannya. Seorang lelaki memeluk erat tubuh wanita itu.
"Dia tak tahu Wonwoo dia tak tahu! Kita tak boleh. Adik saya akan kecewa-"
Anak matanya bergetar. Apakah maksud semua ini. Siapa mereka. Yeul mengetap bibirnya menahan rasa. Jantungnya berdegup laju cuba memaksa dirinya untuk ingat kembali namun gagal.
"Yeul, kau nak pe-"
"Anyeonghaseyo. Unnie kan yang buat persembahan masa opening tadi?" Soal seorang perempuan memakai seragam dari sekolah lain dengan nada ceria.
Yeul mengangguk kaku. Hani menggulingkan matanya apabila bicaranya terhenti. Gadis itu menjerit suka bersama rakannya.
"Boleh kami ambil gambar dengan unnie? Unnie bergaya sangat!" Gadis itu memandang tubuhnya. Hanya sepasang blouse putih tidak berlengan dan see-through pada bahagian atas dada dengan hanya kain nipis bercorak bunga serta berseluar jean pendek. Apa yang bergaya sangat? Yeul mempersoal dirinya.
Dua gadis itu menarik Yeul lalu membuat posing bergambar. Hani hanya ketawa melihat keterpaksaan rakannya. "Bye unnie!" Yeul melepaskan nafas lega apabila dua orang pelajar itu meminta diri. Dia menayangkan muka cemberut apabila melihat rakannya ketawa.
"Apa but serious la. Kau cool kot. Aku pun minatlah" Hani menyondong bahu rakannya. Langkah mereka diteruskan. "Tapi Yeul. Kau memang berbakat lah. Kemain lagi aku nampak budak laki sekolah kita ternganga bila nampak kau naik pentas." Puji Hani dengan jujur.
"Tak ada sebab untuk kau kecewa. Kumbang bukan seekorlah." Mata Yeul membuntang. Dia memandang Hani dengan riak tidak percaya.
"Heol."
FLASHBACK
- YEUL -Genap hari ini, sudah tiga minggu perkara itu berlaku. Sejak kejadian tersebut, masing-masing mengunci bibir untuk berbicara.
YOU ARE READING
(ON HOLD) Angel (천 사) ⛅ 김 태 흉
Fanfic"Who are you?" "Who am I?" 🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸 Jeon Yujin dan Jeon Yeul dua-dua kembar yang sama namun mempunyai sikap yang berbeza. Juga membesar di tempat yang berbeza. Kepulangan Yeul dari tempat yang jauh setelah menghilangkan diri selama b...