Chapter 10 ⛅

14 1 0
                                    

Tubuh Yeul digoncang oleh gadis di hadapannya. Yeul keliru. Tiba-tiba silauan matahari menikam matanya memaksa Yeul menutup matanya erat.



"Yeul! Janji dengan aku yang kau akan jaga dia!"

"Eung!! Janji!"

"Jangan lupa tau!"

"Eung!"



Kepala Yeul berpusing. Penglihatannya kembang dan kabur. Kepalanya terlalu sakit sehingga Yeul mengalirkan air mata. Gadis dihadapan masih mencengkam lengannya. Yeul mengedipkan matanya beberapa kali cuba untuk membetulkan penglihatannya.

"Ye-Yeul?" Wajah gadis menjadi pucat melihat keadaan Yeul. Dia melepaskan lengan Yeul dan melarikan diri meninggalkan Yeul. Yeul tidak mampu melakukan apa-apa dengan keadaannya sekarang. Terasa seperti cecair hangat mengalir dari lubang hidung.

"Miss, are you okay?" Dua orang lelaki mengelilinginya. Yeul menjeling dan cuba menjauhi mereka. Namun lengannya direntap kasar menariknya ke belakang kembali. "Apa ni? Lepas la!" Yeul meronta lemah. Kepalanya ditundukkan. Matanya memandang ke bawah dan ternampak tompokan merah pada pakaian.

"BUK! BUSHH!!"

Yeul tidak mampu memberi sebarang reaksi. Tubuhnya terlalu lemah. Terus sahaja tubuhnya seperti di awangan. "Kau memang suka menyusahkan aku." Ujar satu suara kasar dengan nada yang keras. Tangannya digantungkan ke leher seseorang.

Merasakan sentuhan hangat itu. Yeul cuba membuka membuka mata dan pandangan disapa dengan wajah bersih dan bibir merah milik seorang lelaki yang telah menggetarkan jiwanya.

"Bertahan." Suara kasar itu membuat Yeul gementar. "Tae- Taehyung-".



Tubuh halus milik isterinya diletakkan perlahan. Segera dia mencari kain untuk mengelap darah yang keluar dari hidung gadis kecil itu. Mujur pendarahan sudah berhenti. Taehyung melepaskan helaan nafas dengan kasar. Tangannya mengusap dadanya cuba memperlahankan rentak degupan jantungnya.

Buat seketika dia seperti terlupa bagaimana untuk bernafas apabila melihat Yeul cantik memakai gaun putih sambil berjalan di tepi pantai. Gaya itu tidak upah seperti apa yang dia sering bayangkan. Bayangan orang yang cinta berjalan bersamanya di tepi pantai.

Perlahan senyuman di bibirnya mengendur pabila dia menyedari bukanlah wanita yang dicintai bersamanya kini. Namun melihat Yeul dalam keadaan macam itu juga membuatkan dia resah risau secara tiba-tiba. Rahangnya diketap geram. "Gayeon. Kau memang tak guna."

Taehyung duduk di sebelah Yeul. Wajah mulus isterinya dibersihkan. Tangannya berhenti pada bibir merah mungil gadis itu. Ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Jantungnya berdegup laju tanpa punca. Mungkin ini kali pertama dia begitu dekat dengan gadis itu.

Mindanya mula liar melihat gadis itu tidak sedarkan diri. Dipandang tubuh gadis itu sebelum dia menelan air liur. Nafasnya memberat. Taehyung membaringkan tubuhnya menghadap Yeul. Jarinya dilarikan pada bahu Yeul yang terdedah. Perlahan turun ke lengan dan berhenti pada tapak tangan lalu memaut jari kasarnya di celahan jari kecil milik isterinya. Dia mengenggam erat tangan kecil itu.

'Aku rasa aku dah gila.'

Matanya kembali menikam wajah jelita gadis itu. Sebelah lagi lengannya dijadikan bantal kepada Yeul. Tubuh Yeul ditarik rapat ke tubuhnya. Pelik namun perasaan ini menyenangkan dirinya. Dirinya tersenyum tiba-tiba. Dia rasa bahagia. Tubuhnya merapati lagi sehingga tiada ruang yang tinggal.

(ON HOLD) Angel (천 사) ⛅  김 태 흉 Where stories live. Discover now