Apa beza ,
Manusia dan haiwan ,
Jika mulut berkata ,
Seperti akal tidak keruan ,
Apa beza ,
Manusia dan binatang ,
Andai semua mahu ,
Nafsu amarah beraja berdendang ,
Apa beza ,
Manusia dan mereka ,
Jika mereka sayang anak dengan nyawa ,
Anak kita dalam longkang seraya ,
Apa beza ,
Wahai marhaen umat manusia ,
Andai bodoh mengiringi kerja ,
Kita samakah seperti mereka - haiwan di rimba ?
*Karya nukilan Khai*
YOU ARE READING
Haiwan
PoetryPerihal yang jinak yang dipelihara, yang liar bersifat buas dan yang perosak mendatangkan kemusnahan.