Hitam hamba azali,
Putih wujudnya melengkap,
Jiwa adalah suci,
Sebelum lubuk-lubuk dosa memerangkap.
Gagak senantiasalah menyanyi-nyanyi,
Kerana sedikitpun tiada hirau arus duniawi,
Riak tindak tidak menyakiti,
Kelahi tidak sampai mati.
Dituduhnya jijik sang hitam,
Bak nanah dan kurap membiak,
Manusia yang menerbit sampah semalam,
Hari ini ditembaknya si gagak.
Adil,
Manusia lebih adil dari haiwan,
Yang bersangka bahagia bersama akal,
Rupanya dipandu oleh tangan-tangan syaitan.
*Karya nukilan Crow_Empire*
YOU ARE READING
Haiwan
PoetryPerihal yang jinak yang dipelihara, yang liar bersifat buas dan yang perosak mendatangkan kemusnahan.