Dari beribu pintu angkasa
harumnya mengisi kelam
membawa harapan dan Masa
dalam keheningan malam
Warna-warni merdunya
bergurindam di kaki pelangi
sayap peneduh lembah luka
Cenderawasih kaulayar
mencari persinggahan
demi sarang awang-awangan
di pohon jati tidak bertahan
Kembalilah ke sangkar wati
istana segala mergastua sakti
usah di sini kau berbakti
kelak kerana kami kaumati.
*Karya nukilan Qurratul-Ain*
YOU ARE READING
Haiwan
PoetryPerihal yang jinak yang dipelihara, yang liar bersifat buas dan yang perosak mendatangkan kemusnahan.