Satu hari, aku terlihat haiwan aneh. Bagi aku, fizikalnya sama seperti aku. Berkaki dua, bertangan dua. Cuma, bulunya kurang daripada aku.
Aku masih memerhati haiwan aneh itu. Haiwan itu ada di dunia luar. Dunia yang terpisah daripada dunia aku melalui jaringan besi keras. Giginya tertayang tatkala terlihat aku, dan ia berbunyi yang sangat indah. "Kah, kah, kah!" Aku terpesona lalu menghampirinya.
Haiwan itu aneh. Ia tidak berjalan seperti aku, ia berjalan dengan kaki dua yang terselindung di sebalik kulit haiwan yang lain. Mungkin lapik kakinya. Mungkin dia baru usai membunuh haiwan lain dan menggunakan kulit haiwan tersebut di kakinya sebagai tanda bermegah-megah.
Haiwan itu aneh tatkala ia mengeluarkan dari kantungnya sebuah kotak yang juga aneh. Lagaknya seperti mahu menghulur kotak itu ke arahku, tapi ia jauh.
Tiba-tiba, satu cahaya kuat terbit daripada kotak itu. Tidak! Itu bukan haiwan. Itu raksaksa yang punya kuasa. Aku menggigil takut lalu aku mencapai dahan pokok berhampiran aku, bergayut berlalu pergi.
*Karya nukilan Hanim_Khairi*
YOU ARE READING
Haiwan
PoetryPerihal yang jinak yang dipelihara, yang liar bersifat buas dan yang perosak mendatangkan kemusnahan.