Sebuah rumah banglo usang yang ditinggalkan sejak hampir 13 tahun yang lalu... Kedudukan rumah banglo usang itu yang agak terpinggir dari kesibukan kota... Dinding rumah tersebut diperbuat daripada batu dan lantainya dilapik dengan mozek bercorak motif kebungaan...Terdapat tangga yang menganjur dari ruang tamu ke tingkat atas... Terdapat 5 bilik tidur iaitu 3 di atas dan 2 di bawah... Seluruh rumah itu dicat dengan warna putih... Jika dilihat dari luar rumah tersebut agak menyeramkan... (Harus lah warna putih, takkan la nak cat warna pink kot.. Tak nampak thrill la cerita hantu ni...)Warna catnya yang telah lusuh dan ditumbuhi lumut... Akar-akar daun menjalar ke serata ruang... Di belakang rumah tersebut juga terdapat hutan tebal yang tidak terusik menambahkan lagi keseraman...
Rumah itu dibina pada tahun 1970... Pada mulanya, rumah tersebut dibina untuk didiami oleh pemiliknya sendiri... Namun atas faktor yang tidak diketahui... Pemilik asal rumah itu telah berpindah dan rumah tersebut telah disewakan kepada orang lain... Namun malang menimpa terhadap setiap orang yang mendiami rumah itu, apabila semuanya menemui ajal dalam keadaan yang mengerikan... Akhirnya rumah itu ditinggalkan begitu sahaja... Pemilik asal banglo tersebut juga enggan ambil peduli lagi terhadap rumah banglo tersebut. Sejak rumah itu ditinggalkan, masyarakat setempat sering melihat kelibat satu bayangan berambut panjang mengerbang (Yelah tak kan hantu nak buat rabonding kot? Macam pelik lah pula kan...) dan berpakaian serba putih merayau2 dikawasan rumah tersebut... Selain itu, lampu dirumah itu juga dikatakan sering terbuka dan tertutup dengan sendiri... Pelbagai lagi peristiwa aneh yang berlaku sehingga masyarakat setempat enggan lagi berbicara mengenai rumah bernombor 13 itu... Bagi mereka angka 13 merupakan angka keramat yang menjadi punca semua kejadian itu berlaku. Yang pasti, ramai mengaitkan angka 13 sebagai angka 'MATI'...
Kes 1 (Tahun 1983)-Sepasang suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan merancang memulakan kehidupan baru di kota Seoul. Rumah tersebut telah disewa atas faktor harga sewa yang murah dan kedudukannya agak privasi. Selang beberapa bulan menginap mereka diganggu dengan pelbagai gangguan yang aneh lagi menyeramkan. Kerana tidak tahan dengan gangguan tersebut, pasangan suami isteri itu nekad untuk berpindah. Sebulan selepas berpindah dikhabarkan pasangan suami isteri itu telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia...
Kes 2 (Tahun 1990)-7 tahun berlalu, empat sekawan yang menuntut di universiti bersepakat untuk menyewa di rumah bernombor 13 itu kerana jarak antara rumah tersebut dan universiti tidak begitu jauh. Namun empat sekawan itu hanya bertahan menyewa di rumah tersebut selama sebulan. Pada hari terakhir mereka tinggal di rumah itu, satu kejadian yang mengerikan telah berlaku. Salah seorang daripada rakan mereka ditemui mati digantung di atas pokok belakang rumah. Mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan dengan mata yang dicungkil, lidah yang terjulur keluar serta perut yang terobek. Sejak kejadian itu, mereka terus berpindah dan sehingga sekarang tiada siapa yg mngetahui dimana mereka berada, Mereka seolah-olah menyembunyikan diri dari satu kuasa jahat yang mengejar dan memerhatikan mereka setiap masa.
Kes 3 (Tahun 1999)-Rumah itu kembali disewa oleh pasangan suami isteri. Kehidupan mereka sangat harmoni dan bahagia ditambah pula dengan kehadiran seorang cahaya mata. Namun kebahagian yang dikecapi telah direnggut. Sejak menyewa dirumah tersebut, pasangan tersebut sering bertengkar dan mereka juga sering diganggu dengan perkara-perkara yang disifat halus. Kemuncaknya sangat mengerikan. Mayat si isteri ditemui dengan anggota badannya dikerat kepada 13 bahagian. Anak mereka pula ditemui tanpa kepala hanya bahagian tubuh sehingga keleher saja yg ditemui. Manakala si suami pula, mati tergantung diatas kipas ruang tamu. Mayat mereka bertiga ditemui selepas tiga hari berlalu. Itu pun setelah salah seorang penduduk setempat terbau bau yang sangat busuk datang dari rumah tersebut.
Hani membaca satu persatu kes yang terjadi dirumah tersebut kepada 4 orang rakannya iaitu Xiumin, Suga, Myungsoo dan Krystal. Helaian kertas A4 yang mengandungi butiran kejadian yang berlaku turut diserahkan kepada rakan-rakannya. Masing-masing tekun membaca dan memahami butiran yang terkandung dalam helaian kertas tersebut. Sesekali dahi mereka kelihatan berkerut. Mungkin perasaan gerun terbit di dalam diri tatkala terbaca kejadian mengerikan yang telah menimpa setiap penghuni rumah tersebut. Kemudian Hani mengedarkan pula sekeping gambar kepada setiap ahli.
YOU ARE READING
House No.13 [C]
TerrorRumah banglo usang yang ditinggalkan selama 13 tahun, rumah yang menyimpan sejuta misteri dan juga dendam yang belum dilunaskan... Mengapa ianya terjadi dan mengapa mereka yang tidak berdosa menjadi korban akan kesilapan orang lain dimasa lalu... B...