Tiba-tiba kilat berdetum sehingga memutuskan bekalan elektrik rumah tersebut... Suasana menjadi gelap gelita... Mereka berlima sedikit terperanjat Myungsoo dan Suga segera bangun...
”Korang nak pergi mana tu wey?”Soal Krystal... Dia kelihatan takut pada waktu itu... Kejadian petang tadi ibarat memberi satu kejutan kepadanya...
”Kami nak periksa fius utama... Nak hidupkan semula bekalan elektrik... Korang tunggu sini kejap ya... Umin kau tengok-tengokkan dia orang ni...” Bals Suga, sebelum itu sempat juga dia titipkan pesanan buat Xiumin... Xiumin mengganguk saja... Mujur kelima-lima mereka membawa lampu suluh bersama kerana keadaan seperti ini sering berlaku tidak diduga... Myungsoo dan Suga berjalan beriringan ditemani lampu suluh meninggalkan Hani, Krystal dan Xiumin...
Xiumin melihat kesuluruhan ruang tamu rumah banglo tersebut... Krystal duduk mencangkung sambil memeluk lututnya. Hani berlagak tenang, tapi dalam hati perggghhh!!! Dia pun seriau jugakk... Lolongan anjing-anjing sayup-sayup kedengaran menambahkan lagi suasana seram... Tiba-tiba mereka bertiga dikejutkan dengan bunyi kaca pecah di dapur... Mereka bertiga tersentak.
”Wey bunyi ape tu?” Soal Krystal dia merapatkan diri dengan Hani... Hani cuba memasang telinga... Bunyi hujan diluar rumah menggangu pendengarannya. Dan ketika itu telinganya jelas menangkap bunyi seperti barangan kaca dihempas ke lantai... Bunyi tersebut berulang-ulang.
”Jom kita pergi tengok bunyi tu...”Ajak Hani... Mereka bertiga bangun perlahan-lahan menuju ke dapur... Krystal berjalan dibelakang sekali... Debaran di dada terasa begitu kencang... Sebaik tiba didapur, tiada apa barangan yang pecah... Dapur kelihatan kemas dan bersih seperti mula-mula mereka masuk tadi... Mereka bertiga kembali ke ruang tamu... Myungsoo dan Suga sudah berada di situ...
”Hani! Kami dah tengok tadi... Fius terbakar”Ujar Myungsoo... Wajahnya kelihatan berbalam-balam disuluh lampu suluh.
“Aku rasa tak sedap hati la wey... Jom kita belah dari sini...”Kata Krystal sambil matanya melilau ke sekeliling.
”Jangan nak jadi penakut sangat boleh tak Krystal... Tak SWAG langsung kau ni!! Kalau kau takut sangat lain kali jangan ikut... Keluar saja dari kumpulan ni...”Marah Suga...
”Puaka rumah ni sedang perhatikan kita... Dia masih belum memulakan lagi permainannya yang sebenar...”Kata Xiumin dengan nada terketar-ketar... Semua terdiam lalu memandang Xiumin.
”Kau ni apa pasal tak habis-habis? Pelik betul aku tengok... Hish!! aku tak faham betul lah dengan perangai kau dengan Krystal” Marah Suga lagi. Hujan diluar semakin menggila... Kilat dan guruh silih berganti...
“Boleh tak jangan gaduh kau orang ni... Aku pukul juga dengan rotan jap lagi...”Hani cuba meredakan ketegangan yang berlaku...
“Huaaaaaaaaarrrrrrrr”
Satu jeritan perempuan nyaring mengejutkan mereka berlima tiba-tiba... Mereka berlima saling pandang antara satu sama lain... Tidak lama kemudian jeritan tersebut kedengaran lagi berulang-ulang... Masing-masing terdiam ketakutan dan hanya memberi isyarat mata... Bertanya apakah yang sedang berlaku...
”Aku dah tak tahan lagi... Aku akan cari puaka ni sampai dapat”Marah Suga... Dia bangun lalu berjalan dengan penuh berani menuju ke tingkat atas... Masing-masing cuba menghalang tapi tidak diendahkan oleh Suga.
Sebaik tiba di tingkat atas, Suga menendang pintu bilik yang berdekatan tangga... Pintu tersebut terkuak... Suga mara ke bilik seterusnya dan menendang pintu bilik tersebut sehingga terbuka...
”Mana kau puaka!!? Keluar... Asal kau takut... Keluar aku kata...!!” Bentak Suga. Kelakuannya seperti orang tidak normal... Dia terpusing-pusing mencari sesuatu... Kemudian satu susuk tubuh muncul dipandangannya. Seorang perempuan yang memakai jubah putih dengan rambut terurai... Wajahnya ditundukkan... Sebaik wajahnya diangkat kelihatan wajahnya yang buruk. Cebisan daging membusuk membaluti wajahnya... Biji matanya tergantung keluar dan ulat-ulat jelas kelihatan jatuh satu persatu dari wajahnya... Lidahnya terjelir sehingga ke paras dada... Dia tidak berjalan sebaliknya kelihatan seperti terawang-awang... Suga terkejut bukan kepalang... Dia cuba berlari keluar tidak semena-mena pintu bilik terkatup rapat... Puas dicuba tetap tidak mahu terbuka...
“Kau yang mahu aku menjelma... Sekarang kau akan aku bunuh!!!!!!!!!” Jerit lembaga tersebut seraya terbang sambil menyeringai... Tanganya tergenggam kemas sebilah pisau... Suga mulai cemas... Lembaga tersebut menusuk pisau ditanganya ke tangan kiri Suga yang memegang tombol pintu sehingga tertembus... Suga menjerit kesakitan... Suranya bergema didalam bilik itu... Pintu bilik terkuak dan Suga segera melarikan diri sambil dikejar lembaga tersbut yang kelihatan begitu bernafsu mahu membunuhnya... Oleh kerana terlalu takut, Suga terjatuh ketika menuruni tangga... Dia tergolek-golek seperti ayam golek jatuh kebawah tetapi dia bingkas bangun berlari menuju ke ruang tamu...
”Kita keluar dari rumah ni sekarang... Rumah ni betul-betul berpuaka... ” Ujar Suga separuh menjerit... Dia memegang tangannya yang brrlumuran darah... Rakan-rakan yang lain mula cemas...
”Aku dah kata awal-awal lagi. Rumah ni memng tunggu kehadiran kita. Tapi korang degil nak datang juga...” Bentak Xiumin dengan tiba-tiba. Dia bengang dengan kedegilan rakan-rakanya yang tidak mahu mendegar kata-katanya sebelum ini.
”Habis kau nak salahkan kami pula sekarang ni?” Marah Myungsoo... Suasana tegang mula tercetus... Suga pula meraba-raba pintu keluar... Dia memulas tombol pintu berulang kali..00000.
”Kenapa pintu ni tak boleh buka… Aku nak keluar ni…” kata Suga sambil memulas-mulas tombol pintu... Dia kelihatan benar-benar ketakutan... Kemudian secara tiba-tiba Krystal melolong dan jatuh rebah ke lantai... Dia tersentak-sentak seperti orang kena sawan... Semua cemas memandang ke arahnya... Hani cuba membantu tetapi dia ditempis kuat sehingga jatuh ke lantai... Krystal berubah karekter... Mukanya kelihatan membengis... Dia berderam bagai singa dalam kelaparan...
”Krystal...!!”Tegur Xiumin... Dia merapatkan diri untuk menyentuh bahu Krystal tetapi tiba-tiba Krystal memalingkan wajah ke arahnya... Mata Krystal putih sehingga tidak menampakkan mata hitam... Wajahnya juga pucat dan membengis. Rambutnya berserabut menutup sedikit wajahnya... Xiumin berundur ke belakang beberapa tapak...
To be continue.....
YOU ARE READING
House No.13 [C]
رعبRumah banglo usang yang ditinggalkan selama 13 tahun, rumah yang menyimpan sejuta misteri dan juga dendam yang belum dilunaskan... Mengapa ianya terjadi dan mengapa mereka yang tidak berdosa menjadi korban akan kesilapan orang lain dimasa lalu... B...