BAB 1

3K 122 63
                                    

"Mak, megi boleh bawak ke gi asrama?" tanyaku sambil menunjukkan ke arah selonggok Maggi di hadapanku. Mak yang sedang sibuk menilik entah-botol-apa, memandang ke arahku. Mukanya berkerut.

"Kenapa tak boleh pulak?"

"Yelah. Mana tahu. Kot-kot nanti kena rampas dengan cikgu ke,"

"Nanti bukan cikgu yang rampas, senior kau yang rampas nanti," Kak Ngah tersengih di sebelah mak.

Kami bertiga sedang membeli-belah barang keperluanku. Esok aku bakal mendaftarkan diri ke sekolah asrama. Excited betul. Tak sabar nak jumpa kawan baru. Orang baru. Suasana baru. Dalam keluarga aku, semuanya pernah bersekolah asrama. Daripada abah hinggalah kepadaku, anaknya yang bongsu.

"Ni baldi kau dik," Kak ngah memasukkan baldi ke dalam troli yang ditolak aku.

"Eeeee kak ngah!" aku mencebik.

"Eh dah kenapa budak ni?"

"Pink kak ngah? Pink? Are you being serious right now?" ujarku. Kak ngah yang sudah terbeliak matanya (mungkin terkejut/takut dengan eeee aku kot) mencebik.

"Hish aku ingat apalah tadi. Kau bukan kemain lagi eh? Tahulah nak masuk asrama, tak payah nak spehkeng sangat hokkay? And by the way, my English is way better than you," balasnya sambil memetik jari di depan mukaku dengan bentuk z.

Hekeleh minah ni.

"Dik? Dah ada semua benda ke kat dalam tu?" mak yang entah dari mana datang tiba-tiba menyentuh bahuku. Aku lihat troli aku ala kadar.

Ada bantal, cadar, baju, seluar pendek, toiletries, penyapu, mop, baldi (yang berwarna pink, like ew!), boxer, makanan ringan (dan berat termasuk megi tadi), alat tulis, penukul kayu (kata mak, better prepare in case of emergency. Emergency apa yang sampai kena guna penukul ni?), mangga dan kunci. Macam dah cukup.

"Cukup kot mak," kataku.

"Alah mak, kalau tak cukup nanti boleh beli masa kat sana nanti," kata kak ngah yang sibuk menghadap telefonnya. Dia memang begitu, pantang betul lekang dengan telefonnya. Tak pernah aku nampak dia berjalan ke mana-mana tanpa telefon. Termasuklah semasa mandi (dia pakai sony Z1). Pelik betul aku. Kadang-kadang, aku rasa yang telefon dia tu memang dah terlekat dekat tangan dia. Sebab tu asyik duk berkepit je. Dah lah gitu, selalu pulak ketaw, sengih sorang-sorang bila tengok telefon tu. Bila aku tanya kenapa, dia cuma menjeling ke arahku saja. Cis.

"Oklah. Jom pergi bayar. Kesian abah dah tunggu lama dalam kereta," Abah memang begitu. Setiap kali kami pergi membeli-belah, dia cuma akan tunggu di dalam kereta. Malas mahu berjalan katanya.

Kami pun terus berjalan ke arah kaunter. Sempat aku menyambar sebatang lolipop salam perjalanan ke situ. Aku memang hantu lolipop. Pantang jumpa, pasti aku akan terus kulum dalam mulut.

Esok dah nak masuk sekolah asrama. Apa bendalah agaknya yang ada dekat asrama tu. Selama ni aku asyik dengar cerita kak ngah dan bang long saja. Kalini, aku dapat rasakan kehidupan sebenar asrama.

Sekolah asrama, here I come!

***

"Apa yang tak boleh nak duduk diam ni? Nanti ada yang kena campak keluar dari kereta karang," kata kak ngah (tanpa memandangku) di sebelah.

"Watch your language Farah," abah yang sedang memandu memberi amaran. Aku cuma menjelirkan lidah pada kak ngah.

Tapi betullah apa yang dia cakap. Aku memang tak boleh nak duduk diam. Sekejap aku bersila atas kerusi. Sekejap aku letakkan kaki di bawah. Sekejap aku duduk di tepi tingkap. Sekejap aku duduk di tengah. Sekejap aku pakai seatbelt. Sekejap aku buka balik.

Siapa yang tak rasa jengkel kan kalau aku dah macamtu.

"Adik nervous ke?" mak yang duduk di hadapan berpaling ke belakang. Satu senyuman nakal melekat di bibirnya.

"Eh mana adalah," kataku sambil membetulkan lipatan seluarku. Mak ni pun satu. Kalau dia beli baju aku, pasti dia akan pilih satu atau dua saiz yang lebih besar daripada saiz badanku. Katanya, tahan lama. Dua tiga tahun boleh pakai lagi. Siapa yang masih pakai baju dua tiga tahun yang lepas?

"Ehhhh. Adik akak takut ehhhhhh. Mesti kau nangis bila kitorang balik kan? Maakkk adik nak baalikkkkk. Maaaakkk ada hantu maaakkk. Maaaakkk," kak ngah buat suara macam budak kecik dan berlakon menangis. Ish dia ni lah kan. Kalau sehari tak kacau aku memang tak sah.

"Eleh, siapa yang dulu duk meraung-raung peluk kaki abah dia, tak kasi abah dia balik," abah bersuara sebelum dia ketawa.

Aku tengok muka kak ngah sah berubah merah. Malu.

"Oh. My. Gosh. Don't tell me, my sister yang kasar dan ganas ni meraung tak ingat dunia masa masuk asrama dulu,"

"Stop it," ujarnya. Nada suaranya bergetar, bagai memberi amaran agar aku tak sambung lagi. Tapi ini saja peluang aku nak menyakat dia. Bila lagi kan?

"I bet she called you guys every night?" tanyaku pada mak dan abah.

"Worse! She called us every one hour!" dan ketawa pun meletus.

"Mak! Mana adalah!" bentak kak ngah. "Cuma every three hours je," balas kak ngah perlahan, hampir kepada berbisik. Tapi masih cukup kuat untuk kami semua dengar. Ketawa pecah lagi.

"Oh my god sayang, do you remember that one time she called us masa pukul dua setengah pagi sebab rindu teddy bear dia?" mak di depan sudah mengelap air mata yang mengalir kerana banyak ketawa. Aku dari tadi tak berdekah.

"Mak! His name is Pingu okay!" kak ngah sudah berpeluk tubuh.

"You named your teddy bear Pingu?" perut aku dah mula cramp sebab banyak sangat ketawa.

"My gosh, I was five when I named him!"

"Kak ngah simpan teddy bear dari umur lima tahun sampai form one?" tanyaku tak percaya.

"Sampai sekarang dik. Sampai sekarang! Tak pernah berbasuh langsung dari dulu," kata abah sambil pandang belakang ke arah kak ngah yang dari tadi menarik muncung.

"He was my first friend! And dia tak busuk langaung okay even dia tak man... ABAH!"

"ABANG!"

Dan semuanya berlaku secara perlahan. Bagai kami bergerak di dalam cecair likat, yang menyebabkan pergerakan kami nampak lambat. Dan satu saat aku rasa bagaikan seribu tahun lamanya.

POOONNNNNNN!!!

Catatan penulis:

Macam mana dengan bab 1? Saya tahu endingnya agak tiba-tiba, tapi itulah. Haha.

Agak-agak, cerita ni pasal siapa?
;p

UBAH (HIJRAH, #2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang