BAB 5

1.1K 68 28
                                    

Hari ini hari jumaat, hari terakhir aku sebagai seorang pelajar tingkata satu di sekolah ini. Pejam celik pejam celik, tahu-tahu dah habis satu tahun aku hidup dekat sini. Ingat lagi masa mula-mula masuk, kekok yang amat! Nak basuh baju pun aku kena perhati orang lain dari jauh. Gosok baju pun sama. Ialah, budak baru nak belajar buat semua benda sendiri. Selalu kalau di rumah, mak yang biasanya buatkan. Dah masuk asrama ni barulah terkocoh-kocoh nak belajar buat semua benda. Tapi itu yang best. Berpijak di atas dua kaki sendiri.

Ahli dorm aku yang lain sedang lepak di katil masing-masing. Ada yang sedang bersembang dengan kawan. Ada yang tidur memeluk beg yang sudah siap dikemas. Masing-masing sedang menunggu ibu bapa masing-masing untuk datang menjemput mereka pulang.

Barang aku dah siap dikemas. Loker pun dah kosong. Cuma tinggal satu paket milo 3in1. Aku lihat jam, masih awal untuk mak dan abah nak sampai sini. Untuk mengisi (membuang) masa yang ada, aku ambil paket milo tadi dan selimut yang terletak di atas beg aku, dan terus turun ke bawah, menuju ke bilik gosok.

Tiba di sana, cuma ada beberapa orang saja yang sedang menggosok baju batik masing-masing. Aku pergi ke arah iron yang kosong. Selimut diletakkan di atas papan gosok, kemudian paket milo, dan seterusnya paket milo itu dibalut dengan selimut. Seterika dihidupkan dan dalam beberapa minit, ianya sudah panas. Aku terus tekapkan pada pek milo yang terbalut tadi. Aku tekan lama. Setelah agak-agak dah siap, aku buka balutan selimut dan memegang pek milo yang agak panas itu berhati-hati. Dah keras! Suis ditutup dan aku biar milo itu sejuk. Ini antara makanan ruji seorang pelajar asrama. Biskut (?) milo. Milo apabila diseterika akan menjadi keras seperti biskut. Entah siapa yang memulakan resipi ini, tapi aku tahu orang itu pasti genius.

Setelah pek milo itu sejuk, aku buka bungkusannya dan mula gigit biskut milo itu.

Krupkrapkrupkrap.

Sedap!

Sedang aku melayan perasaan aku dengan biskut milo itu, Ghani masuk ke dalam bilik gosok dengan tshirt putih dan seluar slack hitam. Baju batiknya berada di dalam tangannya. Apabila dia ternampak aku yang sedang duduk di atas iron board, dia terus senyum.

"Woi, makan sorang!" laungnya. Aku mencebik dan terus menghulur pek miloku padanya. Dia ambil dan kunyah.

Krupkrapkrupkrap.

Sedap!

Dia mengambil tempat di iron board yang kosong di hadapanku dan mula menggosok baju batiknya.

"Parents kau dah sampai?" tanyaku. Saja, ingin mengisi masa (dan sepi) yang ada.

"Belum. Tadi lepas solat jumaat aku call, diorang baru bertolak. So adalah lagi sejam dua sampai kot. Kau?"

"Diorang bertolak sebelum jumaat tadi. Tapi kena singgah Dengkil dulu sebab nak ambik kak ngah aku dekat UiTM."

"Umur kakak kau berapa?"

"Baru 19 tahun." aku lihat dia berhenti seterika baju dan mula membilang sesuatu dengan jarinya.

"Beza enam tahun. Okay jugak tu." katanya sambil tersengih.

"Apa yang enam tahun?" tanyaku. Pelik.

"Beza umur aku dengan dialah. Enam tahun. Tak besar pun kan beza enam tahun tu?" katanya sambil tergelak besar.

"Hoi! Kau jangan nak mimpilah nak tackle kakak aku. Sedar diri tu sikit eh," aku dan dia kini ketawa. Beberapa pasang mata melihat kami dengan pelik. Lantaklah. Asal kami gembira. Setelah itu, kami senyap. Sepi mula merangkak kembali, menjajah setiap ruang aku. Aku jadi semakin resah. Benci. Aku benci dengan sepi. Rimas!

"Kenapa berkedut je baju aku ni dari tadi. Takde effect pun?" suara Ghani memecah sepi dan aku bersyukur sepi pergi lagi.

"Lahhhhh. Aku tak on seterika ni dari tadi! SIOT!" untuk sekian kalinya, aku ketawa tak ingat dunia. Buat pertama kalinya aku ketawa sampai perut aku kejang. Sampai pipi aku sakit. Tapi tak apa. Asalkan aku gembira.

Mak ayah Ghani sampai dulu. Setelah diperkenalkan pada mereka (bilang mak Ghani, "Nanti bila-bila free, datanglah rumah makcik. Teman si Ghani ni. Kesian dia sorang-sorang dekat rumah," dan aku hanya angguk dan senyum saja. "InsyaAllah makcik,"), Ghani dan aku bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain.

"Kau jaga buku Order of Phoenix aku tu baik-baik. Jangan kemikkan. Jangan baca buku tu masa makan or minum. Jangan..."

"Jangan koyak. Jangan lipat. Jangan bukak besar sangat masa baca. Jangan conteng. Jangan highlight. Ye, aku tahu. Setiap hari kau ingatkan aku lah," dia ketawa. Aku hanya senyum.

"Oh, and jangan lupa contact aku bila kau dah sampai part that person mati," bilangnya sambil mengenyitkan matanya padaku. Dan terus berlalu pergi dan masuk ke dalam keretanya.

"Weh ada orang mati dalam ni ke?! Weh aku ingat cukuplah sorang je mati dalam buku lepas. Wehh?!" Ghani yang kini kepalanya tersembul dari tingkap kereta tempat dia duduki hanya ketawa dan melambai padaku.

"Jangan lupa contact aku! Nombor aku ada dekat dalam buku tu! Jumpa lagi Kerol!" aku melambainya pergi yang mula menjauh dariku. Tiba-tiba aku rasa sebulan setengah terasa lama pulak untuk hidup tanpa Ghani. Aku buka buku di tanganku dan betul, beberapa digit tercatat di muka surat pertama buku itu. Aku tersenyum sendiri.

Pin!

Aku terkejut. Pandangan mataku terpisah daripada buku itu dan beralih ke sebuah Honda Civic berwarna hitam yang kini terparkir elok di hadapanku.

"Kau senyum sorang-sorang tu kenapa dik? Angau dah ke?" kak ngah yang tersembul kepalanya dari tingkap kereta penumpang depan hanya ketawa melihatku. Mereka dah sampai!

Aku pergi salam kak ngah dan abah. Eh? Mana mak?

Usai bersalaman, aku terus balik ke bilik, dan mengangkut semua barangku dan bawa turun ke kereta. Setelah semuanya berada di dalam bonet (yang sudah penuh dengan barang-barang kakakku yang banyak gila. Aku jeling saja padanya bila aku buka bonet itu dan dia hanya senyum sinis), aku masuk ke dalam kereta di bahagian belakang, dan abah terus memandu pergi meninggalkan kawasan asramaku. Semoga ketemu lagi!

Aku tak tunggu lama untuk bertanyakan perihal mak.

"Mak mana bah?"

"Akak dah tanya dari tadi. Abah senyap je," aku memandang abah dengan muka berkerut. Muka abah nampak tegang. Tangannya yang menggenggam stereng pun turut sama tegang. Kenapa dengan abah?

"Abah?"

Abah menarik nafas panjang sebelum dia hembus kasar. Aku nampak dia seperti berkira-kira untuk memberitahu kami tentang mak.

"Mak sakit ke abah?" kak ngah cuba menebak. Abah masih diam.

"Mak dekat kampung," balas abah pendek. Mukanya masih tegang seperti tadi. Aku duduk bersandar, membiarkan kak ngah menghujani abah dengan berbagai soalan lain. Dan respon abah masih sama. Cuma diam.

Tiba-tiba perjalanan ke rumah yang sepatutnya hanya mengambil masa satu jam, terasa seperti berkurun lamanya.

UBAH (HIJRAH, #2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang