BAB 7

1K 74 11
                                    

Pagi itu, di meja makan, cuma dentingan sudu-garfu dengan pinggan saja kedengaran. Sesekali bunyi capcapcap yang terkeluar dari mulut kak ngah yang mengunyah dengan mulutnya yang terbuka, memecah sunyi. Menjengkelkan betul. Tak boleh ke kalau tutup mulut masa makan? Susah ke nak buat benda tu? Bunyi capcapcap itu mengganggu selera aku betul.

Aku jeling abah. Dia cuma senyap. Sesekali dia menjilat bibirnya semasa mengunyah makanan. Kak ngah pula... Aku malas nak tengok kak ngah. Bunyi capcapcapnya saja dah mengganggu seleraku, inikan pula kalau aku ternampak makanan yang dia sedang kunya di dalam mulutnya. Dengan jalur-jalur air liur pekat yang melekat dari lelangitnya hingga ke lidah. Ugh. Membayangkannya pun sudah mampu buat nasi goreng yang aku dah telan, merangkak naik.

Aku jeling pula susuk yang duduk di sebelah kak ngah. Dia sedang makan dengan tenang. Mulutnya tertutup dan cara makannya pun nampak tertib. Sesekali dia mengelap bibirnya yang berminyak dengan tisu di sisi. Aku masih jelingnya. Aku berikannya jelingan yang paling tajam, yang mampu membelah pinggan kaca. Yang mampu membelah hati. Yang mampu memecahkan tembok ego seorang ibu pada anaknya.

Mak seakan perasan jelinganku, lalu dia berhenti mengunyah dan memandang tepat ke dalam bebola mataku. Aku jeling lagi tajam, biar empang air matanya pecah. Namun gagal. Dia mengeluh kecil.

"Khairul..." semua di meja berhenti makan. Tiada jilatan di bibir abah. Tiada capcapcap dari mulut kak ngah. Semua mata tertumpu pada batang tubuhku.

"Mak kan dah mintak maaf tadi. Bukan salah mak flight mak tunda sampai pukul dua pagi. Bukan salah mak balik ke rumah lambat. Bukan salah mak, mak tak sempat nak rasa Nutella Cheesecake yang dibuat anak-anak mak, which I know will taste very good," mak cuba menyentuh lenganku, namun aku menarik tanganku dan menyorokkannya di bawah meja. Rajukku belum hilang.

Sudahlah mak pulang lewat, Nutella Cheesecake yang aku pegang terjatuh ke lantai semasa aku tertidur. Niatku untuk at least merasa kek itu bersama mak hancur.

"Mak still tak jawab soalan adik. Kenapa mak balik kampung in the first place?" tanyaku. Renungannya yang tak lepas daripadaku kini beralih ke arah abah. Aku jeling abah pula. Dia menelan liurnya. Diam. Sunyi.

"Mak... Mak ada kerja sikit,"

"Kerja apa mak? Dekat kampung tu mana ada sesiapa lagi mak. Betul ke mak balik kampung in the first place? Ke mak nak lari dari rumah ni? Dari kami?" mak masih memandang abah.

"Dari abah? Mak nak lari daripada abah?" persoalan yang aku simpan sejak hari abah datang ke sekolah untuk membawaku pulang, akhirnya terluah juga. Mak memandang aku pula. Pandangannya sayu. Cukup sayu.

"Mak rasa tak sihat. I'll be in my room," ujarnya mendatar. Bagaikan robot yang telah diprogram, dia bangun dan mendaki tangga dengan perlahan, menuju ke biliknya. Bunyi pintu tertutup dan sepi kembali menguasai.

"Abah?" aku memandangnya, cuba untuk mendapatkan jawapan.

"Abah nak ke pejabat. Ada urusan. Kak ngah tolong bersihkan meja apa semua. Assalamualaikum," abah bingkas bangun, capai kunci dan terus keluar dari rumah. Bunyi pintu tertutup dan sepi kembali menguasai.

"Kerol," aku memandang kak ngah yang duduk betul-betul berada di hadapanku. Mukanya nampak risau.

Cuaca di luar cerah, namun isi hati aku bergejolak, bagaikan ribut dan taufan sedang mengisar segala perasaan aku. Aku lepaskan sudu yang aku tak perasan aku genggam dengan kuat. Darah akhirnya dapat mengalir dengan normal. Dan ribut dari hati akhirnya terzahir, memecahkan empangan air mataku, yang turun laju bagaikan tsunami yang membelah pipi. Sakit.

***

"What did I do wrong? I've done nothing!"

"No, I didn't do that at all!"

Pada mulanya cuma bisik-bisik yang mengisi ruang tamu. Pada mulanya cuma suara rendah yang berselidung di balik bunyi di televisyen. Pada mulanya cuma sekejap dan perlahan.

Namun semakin lama semakin kuat. Semakin lama semakin dasyat.

Mak dan abah bagaikan anjing dan kunci. Saban malam, mereka pasti akan bergaduh. Bergaduh perihal apa, aku pun tak tahu. Kebanyakannya mereka pasti akan mengaku tak bersalah ataupun mengaku tidak melakukan perbuatan itu. Entah perbuatan apa.

Waktu malam, pasti mereka akan mula bertengkar. Mungkin sangka mereka aku dan kak ngah sudah tidur. Jadi kami tak mungkin mendengar apa yang mereka tengkarkan. Namun, mereka silap.

"Maria, think about the kids!"

"They are always in my mind! How about you? After what you've done, how dare you ask me about the kids!"

"What did I do wrong? Tell me, Maria, please! Saya tak tahu langsung apa yang awak cakapkan ni lah!"

"Jangan nak berlakon lah abang. Maria tahu semua. Maria dah tahu semua!"

"WHAT DID YOU KNOW?!"

Aku terasa diriku dipeluk dari belakang. Aku biarkan saja kerana aku tahu kak ngah yang sedang memelukku. Takkanlah perompak pula kan?

"I can't sleep," bisiknya di telingaku. Aku cuma diam. Pipiku sudah basah daripada tadi. Sedu aku sudah hilang. Yang berbaki cuma hingus yang aku kadang-kadang tarik. Dan telan.

"Me too," suaraku serak. Mungkin aku sudah hilang suara kerana banyak sangat menangis. Tak pernah aku menangis sebanyak ini.

"Jom tidur kat bilik akak," aku mengangguk kecil lalu berjalan menuju ke arah biliknya, meninggalkan ribut yang sedang mengganas di bawah.

Pintu ditutup dan kami berdua barung di atas lantai yang sudab terbentang toto. Aku terasa rusukku disiku kak ngah. Aku memandangnya yang sedang menghulurkanku sesuatu. Earfon. Aku capai dan aku masukkan di telinga kiriku dan dia memasukkan earfon yang lagi satu di telinga kanannya. Sunyi untuk beberapa saat sebelum lagu Dollhouse nyanyian Melanie Martinez mengisi ruang dengarku. Lagu itu aman, menyenangkan dan sangat kena dengan situasi kami adik-beradik.

Places, places, get in your places
Throw on your dress and put on your doll faces.
Everyone thinks that we're perfect
Please don't let them look through the curtains.

"Apa dah jadi dengan family kita ni dik?"

Jeda.

"Adik tak tahu. Adik tak nak tahu."

"I wish we have our old family back."

Jeda.

"I wish your wish will come true."

"I wish we are one happy family."

"I wish your wish will come true."

"I wish they never fight."

"I wish your wish will come true."

Dan begitulah aku dan kak ngah seterusnya. Setiap kali dia membuat permintaan, pasti aku minta agar permintaannya iti dimakbulkan. Setelah berapa puluh permintaan yang dihajati, kak ngah diam. Mungkin dia haus. Sebab aku pun begitu.

"Kau masih nangis ke dik?"

Jeda.

Lama.

"Haah."

"Teruskan nangis dik. I'll be here. Bahu akak sentiasa ada untuk kau nangis. Tapi kau kena bagitahu dulu kalau nak nangis sebab aku kena pakai raincoat dulu baru kau boleh nangis dekat bahu aku. Kalau tak lencun baju aku nanti."

Aku ketawa dalam tangis. Malam itu, aku tak berhenti menangis. Air mata jatuh mencurah-curah. Aku biarkan saja. Aku mahu empangan air mata aku ini kering. Aku tak mahu sakit lagi. Aku tak sanggup untuk sakit lagi.

UBAH (HIJRAH, #2)Where stories live. Discover now