BAB 6

1.1K 66 27
                                    

Masuk hari ini, aku dah bercuti di rumah selama tiga hari. Dan sepanjang tiga hari itulah aku belum pernah jumpa mak lagi. Dia masih di kampung. Tadi aku sempat telefon mak, dengan kak ngah di sisi.

"Mak dah tak sudi tengok muka kerol ke?" aku bersuara sedih.

"Apa yang adik merepek ni?"

"Habis tu, kenapa mak tak ambik adik balik haritu? Kenapa mak masih dekat kampung? Kenapa mak balik kampung pun in the first place? Mak tak rindu adik ke? Bila nak balik?" bertubi-tubi aku serang mak dengan soalan. Diam. Cuma helaan nafas mak yang kedengaran tersangkut-sangkut. Sedang menahan tangis?

"Mak ada kerja sikit nak buat," dia menarik hingus. Harap dia tak telan.

"Kirim salam kak ngah. Assalamualaikum," dan talian dimatikan. Kak ngah dah menggosok-gosok belakang badanku. Apa yang dah jadi sepanjang aku dan kak ngah tiada di rumah? Mataku terasa kabur. Tanganku menggigil. Jantung aku berdegup laju.

"Adik..." kak ngah bersuara, sayu. Dengar saja suara kak ngah yang sayu begitu, aku terus peluk kak ngah, erat. Empangan air mataku pecah, lalu air jernih jatuh mengalir membasahi pipi. Aku lepaskan segala rasa yang aku tahan dari tiga hari yang lalu. Aku menangis tersedu-sedu. Pipiku basah, namun hatiku kering. Kering-kontang tanpa kasih-sayang mak. Aku boleh nampak kulit aku merekah, menagih belaian mak yang aku rindu.

***

"Malam ni mak balik," kata abah semasa kami sedang bersarapan di kedai mamak. Sepanjang mak tiada, kami akan makan di luar saja. Kak ngah bertegas nak masak, tapi abah tak bagi. Entah kenapa.

"Mak nak balik malamni?" aku tanya lagi sekali untuk mendapat kepastian. Abah mengangguk. Aku pandang kak ngah, dia pun turut tersenyum lebar seperti aku. Baguslah. Akhirnya, aku boleh makan masakan mak.

Hari itu terasa berlalu sangat lambat. Entah berapa kali aku lihat jam di dinding. Aku rasa jika ia punya suara, pasti dia memarahiku dan menyuruhku berhenti memandangnya. Sekarang baru pukul dua petang. Ada lagi lima ke enam jam sebelum mak tiba di rumah. Takkan aku taknak buat apa-apa untuk sambut dia? Aku bercadang hendak buat kek. Baik aku ajak kak ngah sekali. Tapi mana dia?

Hampir satu rumah aku cari. Bilik tidur dia, bilik tidur aku, bilik tidur abah, bilik jerjawabah, dapur, semua bilik air, laci meja (entah kenapabiul sangat otak aku. Mungkin dah tak ada idea nak cari dia dekat mana). Satu je tempat yang belum aku cari. Di laman belakang rumah.

Aku terus menapak ke arah sana. Aku nampak pintu belakang terbuka dan susuk kak ngah sedang berdiri membelakangiku. Aku baru saja nak terkejutkan dia, namun berhenti sekejap kerana dia sedang bercakap di telefon.

"No, papa lah letak dulu. No papalah. Hihihi. Okay, kita tengok siapa yang mengalah. Papa tak letak lagi? Oh taknak kalah eh? Mama cubit perut buncit papa tu nanti karang. Yelah, papa kan buncit. Heleh six pack apanya. Hihihi. Eeee papa jangan nak macam-macam eh. No papa lah letak dulu,"

"EWWWWW!!! UGGGGHHHH!! UWEEEEK," kak ngah terus berpaling ke arahku.

"Adik? Kau buat apa kat sini? Kau hendap aku eh?! No not you lah. I'll call you later? Kbye,"

"MUHAMMAD KHAIRUL MUBIN BIN ZAIDI! What were you thinking sneaking around and eavesdropping me?! Dah takde kerja lain ke?!" pucat terus muka aku. Bila kak ngah guna nama penuh aku, aku tahu dia tengah dalam mode singa betina kehilangan anak. Tapi aku taknak mengalah.

"What were you thinking?! Mama? Papa? Seriously?! Ewwh!"

"That is none of your business! Eeee nasib baiklah kau adik aku kalau tak dah lama aku pelangkung," kak ngah mengurut-urut pelipis kepalanya. Serba-salah pula aku buat dia begitu.

UBAH (HIJRAH, #2)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang