SILVER

267 13 2
                                    

(Di bandar Tuan Silver)

Kelihatan manusia berjalan dan menaiki kenderaan masing-masing dijalan yang agak sesak. Bangunan yang agak tinggi dan rumah-rumah kedai kelihatan disepanjang jalan. Kedengaran bunyi hon kereta klasik disetiap sudut.

Pemandu menanti dengan sabar disetiap jalan hanya untuk bergerak dengan megahnya. Pejalan kaki hanya mampu melihat dan mendengus kerana iri hati dengan keadaan yang tidak memihak kepadanya.

Ketika salah sebuah kereta klasik yang mewah sedang bergerak laju, seorang kanak-kanak melintas secara tiba-tiba tanpa melihat kiri dan kanan. Jeritan kedengaran ketika kereta itu hampir melanggar kanak-kanak perempuan yang tercengang tidak bergerak. Brek ditekan secepat mungkin.

Difikiran mereka terbayang tubuh kanak-kanak itu yang cedera dilanggar ataupun telah menjadi mayat. Serta merta pemandu turun dari kenderaan dan bergegas untuk melihat mangsa kemalangan. Namun hanya jalan yang kosong dilihatnya. Hanya penduduk dewasa sahaja yang kelihatan.

Disebalik tembok, seseorang sedang memeluk seorang kanak-kanak perempuan dengan erat. Kanak-kanak perempuan itu hanya melihat kearah penyelamatnya dengan wajah yang keliru. Pemuda yang menyelamatkannya hanya tersenyum dan menolak sedikit topinya keatas untuk menunjukkan wajahnya yang sebenar.

"Adik tak apa-apa? Ada luka kat mana-mana tak?" Tanya pemuda yang berusia lingkungan belasan tahu itu.

"Tak.... saya tak apa-apa abang. Terima kasih sebab selamatkan saya. Arigato gozaimasu!" Satu ciuman dan pelukan mesra diberi kepada pemuda itu. Wajahnya terkejut sedikit tetapi kembali senyum. Kanak-kanak itu berlalu dari situ selepas melihat seorang wanita melambai kearahnya dari jauh. Pemuda itu hanya memerhati. Dia menghilangkan diri didalam kelompok manusia yang terburu-buru mengejar masa. Satu tepukan kedengaran di sebalik bayang gelap.

"Kau memang bagus. Tak sangka jumpa kau lagi kat sini." Tegur seseorang dibelakang pemuda tadi. Teguran itu membuatkannya berhenti berjalan. Dia mengeluh.

"Apa yang kau buat kat sini? Bukan ke kau dah taknak jumpa aku lagi? Dah berubah fikiran ke?" Tanya pemuda itu tegas.

"Jangan fikir yang bukan-bukan. Masa tu aku tengah marah sebab tu aku mengarut macam-macam. Sekarang aku dah ok. Apa kata kau join kami balik? Kita selamatkan bandar ni buat kali yang kedua. Kita dah kuat!" Ajak Watanuki sambil tersenyum.

"Aku taknak! Kau tahu kan aku tak suka berperang. Aku tak suka berkelahi. Aku taknak orang tahu apa kebolehan aku. Kau faham kan pandangan manusia disini apabila tahu pasal kita?" Jawab Pemuda itu lagi.

"Rue... kenapa cakap macm tu? Dah lupa ke apa yang Silver dah buat pada keluarga kita?" Muncul Azuyuki dihadapan pemuda yang bernama Rue itu.

"Onee chan! Rue rindu akak!" Satu pelukan diberikan oleh Rue untuk kakaknya yang telah lama terpisah. Azuyuki membalas pelukan adik kesayangannya. Rylle hanya melihat.

"Macam jejak kasih..." ujar Rylle perlahan. Tiba-tiba satu pisau terpacak ditepinya.

"Saya.... bergurau je.. janganlah marah.." rayu Rylle ketakutan apabila nelihat pandangan mata tajam Azuyuki.

"Sebenarnya Rue bukan taknak balas dendam untuk keluarga dan kaum kita. Tapi Rue tak suka gaduh. Rue suka tinggal dengan kakak dan kawan-kawan yang lain tanpa ada gangguan. Tak kiralah gangguan dari dalam atau luar. Rue nak hidup kita aman damai sama seperti zaman kita kecil dulu." Luah Rue tenang.

"Itu nee chan tahu. Tapi kalau kita tak mulakan dulu, selama-lamanya hidup kita akan jadi macam ni. Ditindas oleh manusia durjana. Yang hanya gilakan kuasa dan pangkat. Nee chan mahu kaum kita berkembang macam dulu. Kita juga perlu selamatkan kaum kita yang masih terperangkap dalam penjara Silver. Rue faham kan?" Terang Azuyuki secara terperinci. Rue mengeluh lagi.

REINCARNATIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang