PERTEMUAN PERTAMA

286 20 4
                                        

(Selepas 10 tahun)

Kelihatan seorang pemuda sedang berlatih seorang diri di tanah lapang. Tiada sesiapa yang kelihatan di sampingnya. Dia memusingkan pedang samurainya dan menikam angin. Dengan pergerakan yang lembut tetapi laju dilihat amat berseni. Dapat diperhatikan angin dibelah secara halus.

Selepas berlatih selama beberapa jam, dia berhenti dan menarik nafas sedalam-dalamnya. Rambutnya yang berwarna emas dan panjang hingga ke pinggang diikat kemas. Dia menghembus nafas beberapa kali. Dia melihat pedang ditangan dan tersenyum.

Dia memakai semula bajunya dan berjalan kearah bukit-bukau. Di sana kelihatan sebuah rumah usang yang masih berpenghuni. Muncul seorang lelaki tua dari dalam rumah.

"Ayah!" Panggil pemuda itu gembira. Lelaki tua itu melambai dari jauh.

"Roychi mesti penat. Ayah dah buatkan roti dengan air sikit kat dalam. Pergilah makan." Ujar Lelaki tua itu perlahan.

"Baik ayah!" Jawab Roychi dan masuk kedalam rumah kecilnya.

Sebaik sahaja roti disentuh, kedengaran beberapa tembakan di luar rumah. Roychi terus bersembunyi. Tetsuka ditangkap oleh pihak pemberontak.

"Siapa lagi ada kat sini? Cakap!" Desak salah seorang askar.

Mereka memukul Tetsuka apabila Tetsuka tidak menjawab. Roychi bertambah geram. Dia masih teringatkan pesan ayah angkatnya. Dia tidak akan sesekali menyerahkan dirinya pada pihak pemberontak walau apapun yang terjadi.

Tetsuka dipukul lagi. Roychi tidak dapat menahan amarahnya. Dia keluar dari tempat persembunyian dan menyerang mereka. Dia membunuh ketiga-tiga askar lawan dengan tiga kali hayunan dari pedangnya. Dia berlari kearah Tetsuka yang cedera.

"Ayah! Bertahan ayah! Saya akan bawa ayah jauh dari sini!" Roychi cuba mengangkat ayah angkatnya namun dihalang oleh Tetsuka.

"Tak perlu Roychi. Kamu selamatkan diri. Pergi! Sebelum mereka datang lagi.. pergi!" Arah Tetsuka yang tidak bermaya.

"Tak! Saya tak akan tinggalkan ayah! Ayah segala-galanya dalam hidup saya! Saya taknak kehilangan ayah!" Bantah Roychi sambil menahan esakannya.

"Kamu sudah lupa pada janji yang kamu buat untuk membela nasib kaum kamu Roy? Kamu perlu menuntut bela diatas kematian keluarga kamu. Dan kamu mesti menyelamatkan Miyuki! Dia perlukan kamu.. pergi..." desak Tetsuka dengan suara perlahan.

"Miyuki.... saya... takkan saya nak tinggalkan ayah... ayah dah banyak tolong saya!" Balas Roychi lagi. Tetsuka hanya tersenyum.

Nafasnya terhenti disitu. Hati Roychi tersentap apabila melihat jasad orang yang disayangi telah kaku.

Walaupun perit, Roychi perlu meneruskan perjalanan hidupnya. Semuanya untuk kaum dan adik kesayangannya.

Roychi mendengar satu siren dari kapal terbang musuh. Dia melihat kapal terbang pihak pemberontak semakin hampir. Dia meninggalkan mayat ayah amgkatnya dan membawa kelengkapannya yang telah lama tersedia. Roychi berlari meninggalkan rumah usang tempat dia membesar.

Roychi menutup wajahnya dengan kain. Dia berlari sekuat hati. Dia menoleh sewaktu berada di puncak bukit. Rumahnya diserbu oleh pihak lawan dan dibakar serta merta. Hatinya hancur melihat keadaan yang aman telah bertukar ngeri dalam masa sesaat. Dia berjanji akan mencari jalan menumpaskan pihak pemberontak. Dan matlamatnya hanya ingin membunuh seorang sahaja. Iaitu ketua pemberontak, Lord Silver.

(Di kawasan istana)

"Puteri! Kemarilah.. kita bermain disini!" Kedengaran seseorang memanggil tuan puteri. Seorang gadis yang cantik keluar dari rumah taman dengan senyuman.

Wajah yang putih, rambut ikal paras paha, berpakaian ala gothik mencantikkan lagi wajahnya. Namun matanya menunjukkan sebaliknya. Perasaan kosong dan kesedihan yang dirasai selama ini tersimpan di mata. Matanya yang buta menyimpan pelbagai kisah hidup manusia yang berada disekelilingnya.

"Puteri Miyuki, puteri tak apa-apa ke?" Tanya salah seorang dayang istana apabila melihat Miyuki termenung jauh.

"Saya tak apa-apa. Boleh kita teruskan?" Jawab Miyuki sambil tersenyum manis.

Walaupun dia tidak dapat melihat, tetapi dia dapat mengesan sesiapa yang berada berdekatan dengannya dengan sejenis kuasa pengesan. Mengesan aura seseorang melalui warna. Dayang-dayang disekelilingnya mengeluarkan warna hijau. Itu bermakna mereka tidak berniat jahat.

"Miyuki!" Panggil seseorang yang amat dikenalinya.

"Pakcik Minori.. apa khabar?" Tanya Miyuki tenang tanpa menoleh kearah suara berkenaan.

"Baik Miyuki. Pakcik kesini ada sesuatu untuk diberitahu pada Miyuki. Boleh kita bersendirian?" Minta Minori lembut.

"Kamu semua boleh pergi..." arah Miyuki. Kesemua dayang berlalu dari situ.

"Tentang apa pakcik? Nak saya tilikkan lagi nasib kerajaan Lord Silver ke? Saya akan buat." Ujar Miyuki yang dijadikan ahli sihir milik kerajaan pemberontak. Selama ini mereka sentiasa menang hanya kerana tilikan dari Miyuki yang sentiasa betul.

"Bukan.. pakcik nak bagitahu sesuatu yang amat berlainan dari sebelum ini. Pakcik dah simpan selama 10 tahun rahsia ini. Berkenaan abang kamu, Roychi." Terang Minori sambil duduk ditepi Miyuki. Serta-merta Miyuki melihat kearah pakciknya.

"Nii chan? Kenapa dengan nii chan? Bukan ke nii chan dah meninggal?" Tanya Miyuki ingin tahu.

"Miyuki, Roychi masih hidup. Dan sekarang menjadi buruan askar Lord Silver. Dia semakin hampir kesini. Dan pakcik rasa Miyuki dapat rasa auranya bukan? Cuba Miyuki rasakannya." Jelas Minori lagi.

Miyuki menutup matanya perlahan-lahan. Dimindanya tertera seperti skrin hitam putih yang memutarkan kembali zaman silamnya hinggalah mereka berdua terpisah.

Miyuki dapat melihat dengan jelas seorang pemuda yang menutup keseluruhan badan dan separuh wajahnya sedang berdiri di atas bukit. Aura yang dihasilkan amat dikenali oleh Miyuki. Air matanya mengalir bersama darah. Itu adalah kesan tindak balas setiap kali Miyuki membuat ramalan atau tilikan. Air mata yang mengalir diseka oleh Minori.

"Dia masih hidup.... dia masih hidup.. nii chan akan datang cari saya.." Miyuki mengomel.

"Ya... dia akan datang cari kamu. Tetapi dia terpaksa melalui pelbagai kesusahan untuk sampai kesini. Pakcik akan membantu. Pakcik berharap dia maafkan kesilapan pakcik kerana membunuh ibu dan ayah kamu. Pakcik amat berdosa. Kerana kamu Miyuki mata pakcik yang buta dahulu terbuka semula melihat kerakusan yang pakcik lakukan." Luah Minori sedih.

"Pakcik sendiri yang berubah. Bukan kerana saya. Dan saya berharap peperangan ini akan berakhir seawal mungkin." Luah Miyuki pula.

"Pakcik pun sama." Balas Minori sambil tersenyum.

***********************

REINCARNATIONTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang