perigi lama

1.8K 99 0
                                    

Bila tibanya sesi cuti persekolahan, ayah akan membawa aku sekeluarga pulang ke kampung.. perasaan suka, benci, bosan bermain di pikiran ku

Emmm, asal cuti je mesti balik kampung..bosan betul lah! Kau merungut..

Disingkatkan cerita..

Aku sekeluarga tiba di kampung tepat pukul 4 petang..

Tangan atuk di cium mesra, beg diangkat ke bilik dan badan direbah lemah ke katil yang empuk..

Arhhh...letihnya rasa

Walaupun hanya duduk main phone dan tidur sepanjang perjalanan..

Eh! Tak lama lagi nak masuk waktu asar, baik aku pergi mandi dulu.. kang berebut tandas pulak. -berkata dalam hati

Dengan pantas aku berlalu pergi, menuju ke bahagian belakang rumah. Pintu dibuka daannnn...

Wow!!

Terkejut dan terkedu dibuatnya.Tandas di kampung hanyalah sebuah peringi lama yang disertakan dengan satu baldi kecil dan dilindung dengan zink yang karat dan sedikit berlobang.

Mampos!!! Itu sahaja kata kata yang keluar dari mulutku

Kaki melangkah untuk menyarung selipar dan menuju ke perigi lama. Kelihatan usang, buruk dan menakutkan..

Kat sini ke nak mandi? X kan tak de tandas lain.. kang ade yang meninjau, sia sia je.. ngomel aku sendiri

Baju dan towel digantung tepi..kain batik diikat kemas hingga ke dada, dengan lafaz bissmillah aku mencedok air dan tiba tiba angin meniup kuat...

Mata ku termasuk sepihan hapuk

Ahh! Pedih!!! Aku menjerit

Baldi jatuh ke dalam perigi dan kedengaran bunyi air terpecik

Mata digosok kuat tetapi ia jadi semakin pedih dan mata menjadi sedikit kabur. Tiba tiba aku terlihat sesuatu yang keluar dari perigi..

seorang perempuan! Ya!! Dia perempuan.. badannya basah, rambutnya menutupi muka, bajunya seakan baju kurung yang lusuh dan dia kelihatan seperti....

Nenek!!!!

Aku menjerit.. jelmaan nenek semakin menghampiri dan seakan meminta pertolongan.. aku menangis dan menjerit, ketakutan dan terkesima!

Nenek dah tak ada, nenek dah mati 3 tahun lepas.. kau bukan nenek aku!!!

Aku menjerit dan tiba tiba jelmaan tersebut mengilai dan terbang ke atas dahan. Matanya tajam memandang ku dan mulutnya terkumat kamit seperti membaca sesuatu..

Aku tunduk dan mencuba untuk membaca apa apa ayat al quran yang terlintas di kepala dan bila aku mendongak.. jelmaan tersebut tiada..

Aku lega..ucapan alhamdulillah timbul dilidah tapi malang tak berbau, masa aku nak berlalu pergi, kaki ku terpijak sabun dan tergelincir. Kepala aku terhantuk dan badan menjadi tidak seimbang..aku mencuba untuk mengawal, tali baldi dicapai dan sekali lagi kemalangan berlaku.. tali tersebut putus dan aku jatuh ke dalam perigi.

Menjerit bagai nak tercabut anak tekak untuk meminta pertolongan tetapi suara terhalang oleh jeritan mengilai jelmaan tadi..

Aku jatuh, menjadi semakin lemah dan akhirnya lemas...

Tidak lama kemudian aku tersedar, baju telah ditukar danaku berada diatas katil. Orang ramai mengelilingia aku dengan muka yang penuh tanda tanya..

Dan tiba tiba atuk membuka mulut untuk bertanya..

Kenapa cu mandi kat perigi lama tu?

Cu cuma nak pegi mandi atuk..

Tapi kan atuk ada tandas kat dalam..kenapa pergi yang luar tu?

Apa!!? Ada tandas dalam rumah..tapi tadiiii

Atuk perasan akan perubahan muka pelik yang aku tunjukkan..

Tak apa lah, mungkin cucu atuk ni dh kne tutup mata tadi.. lain kali jangan masuk tandas tu ye..

Baik tuk
Aku balas dengan nada yang pelahan

Sebelum atuk beredar dari bilik, dia sempat menoleh dan bertanya

Lagi satu atuk nak tanya...Macam mana cu boleh masuk tandas tu ye sedangkan atuk dah kunci guna kayu dan mangga besa dari luar? Tak pasal pasal atuk kena kopak balik pintu tu tadi..

Soalan atuk membuatkan aku lagi terkejut dan menggigil... aku tak tahu dan aku buntu.. macam mana aku??? Dan orang tua tu?

Aku buntu dan ia telah menjadi tanda tanya dalam diri aku sehingga ke hari ini.

Tamat

P/s: cerita rekaan semata mata

Kau Rasa Kau Berani?Where stories live. Discover now