Sekarang ni aku nak cerita pasal pengalaman aku sendiri semasa pergi ke kem kadet polis wakil wilayah weyh.. hahhahaha, bangge tak bangge lah gak.
Pergi sana dengan menaiki truk polis, jalan pulak macam harem.. terhantuk aku ke kiri n kanan, dan macam ape tah.. kawasan dan nama asrama di rasiakan atas sebab tertentu. Bila tiba di destinasi, jumpa lah ahli kadet yang lain dari serata negeri.. negeri sembilan, melaka, kl, sabah dan lain lain. Memang time tu la kami semua mencari kawan baru dan pakwe/makwe baru..hahahaa
Dipendekkan cerita, kami kena stay kat asrama tu selama 4 hari 3 malam. Bilik asrama kat sane pulak tak cukup dengan bilangan kami smue yang datang, terpaksa la warden tu pi bukak kawasan asrama larangan yang dah 3 tahun terkunci. Time die bukak tu aku dah meremang bulu roma, mane taknya 3 tahun bhaii terkunci tak de sape duduk. Malangnye nasib group aku, kami la yang kena duduk situ. Bilik bersebelahan dengan tandas, itu memang bagus sebab senang tapi bila pikir balik seram weh.
Waktu pagi kami dihabiskan dengan latihan tahan diri, masuk hutan,larian, kawad kaki, bumping dan sebagainya.. rabak weyh badan tapi aku suka, aku suka aktiviti lasak. Waktu malam pula seperti biasa solat berjemaah dan makan malam. Tiba pukul 10 malam, lampu dikehendaki tutup dan dilarang untuk buka bagi setiap dom. Gelap weyh, sumpah gelap..
malam tu hanya diterangi dengan cahaya bulan je. Satu dom asrama dilengkapi dengan 12 katil bertingkat dilengkapi dengan loker masing masing. Tapi warden ade cakap pada kami loker nombor 304 jangan bukak dan jangan guna. Kami smue menelan air liur.. glurp!! Ape ni weyh, macam ade yang tak kena.. sumpah bertambah tambah ketakutan dalam diri aku mase tu, tapi aku try kawal.. ehh, harus lah kadet polis kot kena lah macho. Ape barang takut takut ni. Masing masing berebut katil dan malang lagi nasib aku, katil yang aku dapat bersebelahan dengan loker berhantu tak guna tu. Huh! Aku berdengus, sakit hati gak tapi pegi mampos lah..
Malam tu semua kepenatan, ada yang tidur ada juga yang masih terjaga termasuk la aku. Jenis aku ni kalau ditempat baru memang susah nak lelapkan mata, tak selesa lagi la kate kan..
Tepat 12 malam aku masih tak tidur dan tiba tiba aku dengar hentakan kaki seperti orang sedang berkawad di kawasan lapang berhadapan dengan dom aku.
Pergh, sape lak yang nak kawad kul 12 tengah malam, gile ape? Mase tu aku teringat warden asrama tu ade cakap, selain daripada loker..kalau dengar apa apa tengah malam jangan tegur or tinjau.
Glurp!! Aku telan air liur tapi ade macam tersangkut di tekak. Emmm, mate masih tak mahu lelap sedangkan badan ni penat masyallah. Bunyi hentakan kaki di luar pula semakin kuat cukup buat aku rasa nak terkencing kerana ketakutan. Selimut ditarik sampai menutupi kepala, tiba tiba batal peluk yang aku letak disisi jatuh kebawah.
Arh' sudahh... otak aku pikir nak ambil ke tidak. Time time macam ni sumpah aku cakap otak aku dah tak waras, pikiran aku semuanya menakutkan. Macam mana kalau aku hulur tangan tiba tiba ade benda tarik tangan aku? Or aku terpegang bende lain selain batal.. erghhhh~ tak nak tak nak!! Bantal tu aku biar kan di lantai, tak berani nak ambil.
15 minit kemudian loker berhantu yang dikatakan oleh warden berbunyi. Tokkk! Tokkk!
Mata aku terbeliak, eh sial lah..apesal aku je yang dengar ni? Orang lain tak dengar ke???! Marah bercampur takut aku rasa.
Dengar lagi ketukan
TOK!! TOKKK!!Aku rimas dan penat, selimut ku buka dan aku berdiri berhadapan dengan loker tersebut. Beg tarik saiz anak gajah aku tolak rapat ke pintu loker.
Jangan kacau aku kalau aku tak kacau kau! Aku penat nak tidur! Aku cakap dengan nada yang marah tapi secara bisikan sebab aku tak nak orang lain terjaga, kang cakap aku gile pulak bercakap dengan loker. Aku naik ke katil dan alhamdulillah aku tidur dengan bahagia.
5:30 pagi, aku terjaga kerana bunyi jam dan kami dikehendaki berkumpul pada jam 6 pagi untuk solat subuh berjemaah dan meneruskan aktiviti seterusnya.
Time aku buka mata pagi tu, terbeliak sial! Loker tu terbukak luas depan mata aku. Aku terduduk sambil mulut mengucap kalimah Allah. Beg baju aku juga terbuka dan baju bersepah atas lantai.
Macamm...maa..macamm ada orang kisai!!
Otak aku kembali tidak waras, bila aku tanya pada budak lain semua kata tak tahu, mereka ingat aku yang jenis pengotor dan tidak terurus kerana biarkan barang barang aku seperti itu.
Ciss, muka punye lah comel macam ni kau cakap aku pengotor? Tak guna! Hati aku bentak..
Pakaian ku kutip satu persatu, aku lipat kemas dan susun kembali di dalam beg saiz anak gajah. Pakaian yang terakhir berada betul betul di depan pintu lokar. Tangan aku menggigil nak ambil dan aku nampak ada titisan darah dibaju tersebut. Aku belek dan belek, memang darah tapi dah kering! Selepas itu mata aku tertangkap pada isi dalam loker. Masyallah! Allahuakhbar!! Pakaian lama dalam tu sudah mereput dan terdapat tompokan darah kering, ape dah jadi ni? Aku kaku di depan loker. Mata ku melilau disetiap inci loker, dipintu kiri dan kanan terdapat tulisan seperti mentera dan ayat sumpahan
"Aku menyeru setiap alunan angin dan bunyian,
datang kepada ku memberi perlindungan,
akan ku berikan titisan darah
untuk kau santap jika kau bantu aku melawan
(3 titisan darah) "Bulu roma ku menegak, huishh...takut dan seram, wait!! aku sorang je ke yang nampak semua ni? Selain daripada tu terdapat juga sekeping gambar seorang perempuan. Cantik dan naif rupanya. Mungkin dia kena buli disini, hati aku berkata. Tidak mampu untuk melihat lebih lama, takuttttt... tangan ku mencapai pakaian dan barang mandi, kaki laju melangkah ke tandas.
Selesai mandi, aku lihat loker tu tertutup rapat, yes! Rapat dan berkarat.. susah untuk buka. Aku pelik, mata ku ke kiri dan kanan dan kak mira senior yang tidur di sebelah katil aku bertanya.
Kau asal weyh? Macam cuak je?
Aku tanya..akk masuk tadi loker ni memang tertutup ke?
Ye lah, kan berkunci tu.. lagi pun sape je yang berani bukak lepas warden sound time first day kite kat sini?
Ye, betul juga.. habis tu apa yang aku nampak tadi? Kenapa aku sorang je yang nampak dan dengar sedangkan aku tak boleh pun bantu kau?!
Pelik, kejadian tu sangat pelik... setelah itu, aku rasa macam ada sesuatu yang memerhatikan setiap gerak geri ku. Dan aku menjadi bertuah dan mudah seperti ada yang membantu. Tak tahu mengapa, mungkin hanya perasaan aku atau memang dia yang bantu aku... tiba waktu makan, aku mendapat makanan yang banyak berbeza dengan pinggan budak yang lain, dan tiba giliran budak belakang aku. Makcik tu cakap makanan dah habis, kena tunggu 15 minit. Masa jungle tracking, setiap simbol dan check point aku jumpa dengan mudah sedangkan hutan tebal. Semua pertunjuk aku jumpa dalam keadaan terjatuh ke tanah atau di kaki aku. Ye, sangat mudah. Mulanya aku sangsi tapi aku abaikan perasaan tersebut.
Tiba hari yang terakhir, beg aku kemas, katil ku susun rapi dan tilam ku lipat kemas. Yes, hari terakhir ditempat yang menakutkan. Kaki ku melangkah keluar dom dan kulihat loker terbuka perlahan, kreeeekkkkkk~
dan aku mendengar sayu tangisan seseorang. Masa tu aku tak takut, tak tahu mengapa tapi sempat aku kata...Aku tak kenal siapa kau dan aku berterima kasih kerana kau tidak mengganggu aku, kau pergi lah berehat dengan tenang sebab lepas ni tak ada siapa yang akan masuk dom ni lagi.
Dengan lafas bissmillahirahmannirahim, pintu ku tutup rapat dan salam ku ucap. Tiba tiba warden muncul dihadapan aku dan aku terkejut. Gile tak terkejut, tak dengar pun bunyi tapak kaki. Warden hanya senyum padaku dan dia berkata.
Terima kasih sebab tak hebohkan hal ini, dia tak akan kacau kau kalau kau berperangai seperti ini.
Ayat die buat aku pelik ke atau sebab aku ni bodoh sangat tak faham apa yang warden cuba sampaikan. Arghhh, biar kan aje lah.. aku berlalu pergi sambil beg ditarik laju menuju ke tangga untuk turun tingkat bawah dimana kumpulan aku berkumpul.
Alhamdulillah, buat kali pertama pengalaman aku di asrama berhantu dan aku tidak dirasuk.. hehehehee
Tamat
Sory, tak seram sangat. Cuma nak cerita pengalaman je
YOU ARE READING
Kau Rasa Kau Berani?
HororHantu itu adalah syaitan dan iblis. Ditugaskan untuk menakutkan manusia. Memesongkan akidah manusia. Supaya kita takut pada hantu dan bukan pada Allah SWT yang Maha Esa. .............................................. Muhasabah diri. (18sx) Bawah um...