10 tanda seorang wanita disukai oleh jin

2K 99 2
                                    

1. Sering bermimpi dikunjunggi oleh seorang lelaki. Wanita yang dicintai oleh jin rata rata akan kerap bermimpi dikunjungi oleh seorang lelaki. Lelaki dalam mimpinya adalah wujud yang dikenalinya atau tidak. Lelaki yang dimipi selalunya mempunyai wajah yang kacak dan menarik. Dalam mimpi itu wanita barangkali hanya berpandangan saja atau sekadar berbual dengan lelaki itu. Dan ada juga yang sampai terjatuh cinta pada lelaki itu.

2. Jika jin itu adalah saka keturunan, maka anda akan bermimpi didatangi lelaki tersebut sejak kecil lagi. Biasanya jika melibatkan saka, ia sangat susah untuk dirawat kerana jin tersebut sangat mencintai wanita itu.

3. Kadangkala anda akan didatangi oleh sesuatu yang berupa mahluk mahluk ganjil, orang tidak dikenali atau mungkin juga yang menyerupai suami anda. Kedatangannya ketika anda dalam keadaan tidur atau jaga. (Mamai)

4. Adakalanya wanita yang diganggu jin akan berasa ada sesuatu yang bergerak gerak di kemaluan sehingga menyebabkan kemaluan anda berasa gatal atau tiba tiba timbul perasaan berahi.

5. Selalu didatangi rasa sakit dibahagian kepala.

6. Anda akan mudah jatuh cinta pada ramai lelaki walaupun anda sudah mempunyai pasangan.

7. Selalu sukar untuk tidur dan menyebabkan anda terasa lesu.

8. Terasa seperti sesuatu yang aneh berjalan didalam tubuh anda.

9. Terasa seperti diperhatikan.

10. Rasa malas untuk menunaikan solat fadhu atau sengaja melambat lambatkan waktu sehingga waktu solat habis.

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini. Dan sentiasa dalam perlindungan ALLAH S.W.T. Amiinn

Kau Rasa Kau Berani?Where stories live. Discover now