hijab terbuka

1K 55 0
                                    

Aku nak cerita pasal kawan aku sorang ni. Panggilannye paan. Dia sebaya dengan aku. Masa tu tahun 2011. Masa tu kami form 5. Paan minat silat gayung. Masa sekolah dulu memang dia aktif gila dengan aktiviti silat gayung dia tu. Dipendekkan cerita. Paan penah mengalami kemalangan dimana motornya jatuh sungai masa dia bercuti bersama kawan2nya. Dengar cerita, paan kemalangan sebab terlanggar sesuatu. Tapi aku tak pasti apa benda tu. Sejak daripada peristiwa tu. Paan koma selama sebulan lebih. Bila dia bangun. Dia meracau macam orang kena rasuk. Dia cakap dia nampak benda bukan bukan. Menjerit terlolong dan sebagainya. Keluarganya memanggil ustaz untuk dirujuk. Dan ustaz tu cakap hijab paan terbuka setelah kemalangan. Dan itu bermakna dia mampu untuk melihat benda ghaib. Allahualam. Paan selalu menangis dan menjerit seperti orang terkejut. Matanya terbeliak ketakutan. Dan dia sentiasa ditemani ustaz kerana dia tidak dibenarkan untuk bersendirian. Bila aku tahu kisah dia. Sedih juga. Tapi aku harap kau kuat paan. Aku tahu ALLAH taka akn uji kau kalau kau tak mampu. IN SHAA ALLAH. Bila dah abis sekolah aku dah tak jumpa paan dah. Aku pindah ke tempat lain. Paan dan aku terputus hubungan. Tak tahu apa khabarnya. Tak tahu apa jadi dengan dia. Harap kau baik baik saja paan.

Amiinn..

Kau Rasa Kau Berani?Where stories live. Discover now