Permulaan hidupKu (Taehyung)

70 5 0
                                    

      Seketika di sebuah tangga berhadapan dengan rumah anak yatim Cheonsan.

 "Hujan lebat ketika itu. Kelihatan kelibat seorang wanita berlari tergopoh-gapah dengan memegang sebuah bungkusan. Apabila sampai di tangga sebuah rumah, dia meletakkan bungkusan itu ditepi tangga. Rupa-rupanya bayi yang telah dibawanya. Dalam keadaan yang basah kuyup, wanita itu menanggalkan rantainya dan mengalungkan rantai itu kepada bayi itu.

 Apabila mendengar seperti tangisan bayi, Pn Han iaitu penjaga rumah anak yatim itu keluar untuk melihat. Alangkah terkejutnya dia melihat bayi tersebut. Apabila melihat disebalik rantai itu tertera bahawa namanya ialah 'Taehyung' "

     Apabila mengingati apa yang diceritakan oleh Pn. Han kepada Taehyung, dia mengeluh berat. "Apa lah nasib aku ni. Malang sana sini. Duduk dekat rumah anak yatim, kena tinggal dengan mak ayah.. Dapat belajar tinggi tapi tak ada kos nak sambung belajar. Umur dah capai 21 tahun." Semakin lama semakin panjang keluhannya. "Oppa.." Taehyung tersedar dari keluhannya. "Ohh.. Haerim ssi.. Awak buat apa dekat sini?" soal Taehyung. " Oppa.. kenapa muka sedih je ni? Vlien comel ni.. kenapa ni?" soal Haerim dengan gurau senda. Taehyung tersenyum sinis kerana masih mengingati tentang kisah hidupnya.

    "Haerim ssi! Jom kita balik!" sayut kedengaran suara ayah kepada Haerim memanggilnya. En. Kang ialah seorang presiden di rumah anak yatim itu. "Itu ayah awak dah panggil. Balik lah" kata Taehyung sambil menunding jari ke arah ayah Haerim. Haerim mengangguk faham dan mengucapkan selamat tinggal kepada Taehyung.

     Setelah Haerim beranjak pergi, Taehyung bangun dari tempat duduk dan berjalan menuju ke biliknya. "Yahh.. Kau ni memang tak reti bahasa kan? Aku dah cakap jangan sesekali dekat dengan Haerim tapi kau tetap degil. Memang nak kena kau ni kan?" Kata Haejun sambil menolak bahu dan kepala Taehyung. Yaejun merupakan anak kepada kawan rapat ayah Haerim dan menaruh harapan terhadap Haerim. Yaejun seorang yang suka membuli Taehyung kerana tahu bahawa Haerim dan Taehyung rapat.

     Taehyung hanya berdiam dan menunduk. 

"Haey budak ni memang nak kena betul!"

Kemarahan mula timbul apabila Taehyung hanya menunduk berdiam diri dan tidak menjawab soalannya. Yaejun menggenggam penumbuk dan terus mengahalakannya kepada Taehyung. Namun dapat dielak. Itu menimbulkan lagi kemarahan Yaejun. Yaejun terus menarik Taehyung keluar. Taehyung jatuh berguling dan rantai dipakainya terjatuh. Yaejun menarik baju Taehyung dan penumbuk yang dihalakan oleh Yaejun ditahan dengan tangan Taehyung. Muka Taehyung mula merah padam. Taehyung terus menterbalikkan badan Yaejun dan mengakibatkan Yaejun jatuh ke tanah. Taehyung mengambil rantainya dan terus masuk ke dalam bilik dan menggapai tualanya.

"Haisshh! Tak guna!"

 Yaejun yang terbaring di atas tanah menghentak tangannya.

 Taehyung yang berada di dalam bilik air membersihkan rantainya yang kotor. Tangan terasa pedih kerana luka. Taehyung membuka air pancutan dan membasahkan badannya. Matanya kelihatan merah kerana menangis di dalam air.

  Taehyung keluar dari bilik air dan dia terlanggar seseorang. Orang itu terus terjatuh. Rupa-rupanya orang itu ialah Haerim.

Cold Wind (MALAY FANFIC)Where stories live. Discover now