Happen Ending

38 1 0
                                        


"Kamu?"

Hampir serentak Yein dan Taehyung berkata. Dahi Haerim berkerut.

"Korang dah kenal ke?"

Yein memandang Haerim dan mengangguk. Dia mengimbas semula kejadian yang telah menemukannya dengan Taehyung.

Pada zaman dahulu... Ehh, bukan.. Baca sambungan dulu -,-

****

Semasa Taehyung berlari dan tiba di tepi pantai, Taehyung terlanggar Yein yang sedang memilih bunga.

BUSHH!!

"Aduh.. Manusia mana pula yang langgar aku ni.. Aigoo.." Omel Yein sendirian.

"Ohh mian... Jeongmal mian.. hae.." Taehyung membantu Yein bangun tetapi ucapan minta maafnya terhenti apabila melihat Yein. Bagaikan terpancar cahaya bersama angin sepoi-sepoi bahasa meniup rambut Yein.

"Apa ni.. Mata tak ada ke? Habis bunga aku jatuh.. Haissh.." Omel Yein lagi.

"Sa.. Saya minta maaf." ucap Taehyung sambil menundukkan kepalanya. Walaupun dia rasa bersalah namun hatinya berdebar-debar.

""Dup Dap Dup Dap""

"Ganti balik." kata Yein sambil menghulur tangannya.

"Saya tak ada duit" ucap Taehyung lagi.

"Tak ada duit? Hrmm.. Tak apalah. Ni awak dari mana? Comot.." kata Yein dan tangannya menyapu pipi Taehyung yang kotor. Taehyung berundur dan hatinya semakin berdebar.

"Nah.. Awak ambillah air ni, mesti awak dahaga. Saya pergi dulu ya. Annyeong" Yein menghulur secawan kopi kepada Taehyung dan mengatur langkah beredar dari situ.

****

"Ouh.. Jadi macam tu lah korang kenal" Haerim mengangguk faham.

"Yein ahh.. Ni abang saya." Mendengar apa yang dikata oleh Haerim, matanya membulat.

"Mwo? Tapi.. Tapi.. Bila.. Aikk? Kejap.. Ehh?" bermacam persoalan yang timbul dan reaksi muka Yein asyik berubah. Reaksi Yein yang berubah-rubah membuatkan Taehyung secara tidak secara tersenyum sendirian. Jungkook yang perasan akan Taehyung itu terus memijak kaki Taehyung.

"Arghh! Apo!"

Bagaikan rasaksa yang menjerit kesakitan. "Tadi abang nampak lipas. Tak tahu pula boleh terpijak kaki dia ni" Jungkook cuba berdalih.

Haerim mula pelik dengan perubahan Taehyung. Dia mula mempunyai agenda tersendiri. Dia pun menarik tangan Jungkook untuk meminta tolong mengangkat barang di dapur. Katanya abang Yein ni sado, jadi kena lah minta tolong orang yang sado. Taehyung? Err.. Sado sangat -_-

Keadaan sunyi sepi apabila Haerim dan Jungkook meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.

"Saya..."

Hampir serentak mereka berdua berbicara. Yein mula tersenyum. Itu membuatkan Taehyung juga tersenyum. Hati Taehyung mula berdebar. Berdegup dengan kencang.

""Dup Dap Dup Dap Dup Dap DUP DAP DUP DAP DUPPPPPP ------------""

Taehyung dah tak bernyawa ke? Tak.. Rupa-rupanya Taehyung pengsan. Hampir setengah panik Yein dibuatnya. Haerim yang memerhati dari dapur juga mula risau. Apabila setapak dia melangkah untuk menolong Taehyung, Jungkook menahannya. Dia menunding jari ke arah Taehyung. Ohh, rupa-rupanya Taehyung berpura-pura pengsan kerana tidak tahan dengan senyuman semanis Yein. Macam-macam betul.

Yein masih panik melihat Taehyung yang terlantar di atas lantai. Tiba-tiba, CHAKK! .. Taehyung membuka matanya dan terus ketawa.

"Yahh!! Benci betul!" Yein seakan merajuk dan memuncungkan bibirnya. 

Taehyung memerhati Yein. "Janganlah merajuk. Saya pura-pura pengsan sebab saya tak tahan tengok awak. Comel sangat. Lagipun.. Saya nak bagitahu awak yang.. " Yein mula tertanya-tanya dengan sambungan ayat Taehyung.

"Yang... Rambut awak kusut. Hahahaha.." Melawak pula Taehyung ni.

"Taklah.. Saya gurau je.. Saya nak bagitahu awak yang saya suka awak dari mula kita kenal. Yang waktu awak jatuh macam tedy bear jatuh dari tangan budak kecil tu.." Kata-kata Taehyung membuatkan Yein tersenyum dan berkata, "Nado".

Taehyung tersenyum kegirangan. Muka mula merah padam. Menutup mukanya dengan tapak tangan dan melihat semula Yein. Menutup mukanya dan melihat semula Yein. Menutup mukanya dan... Berapa banyak tutup daa..

"Awak suka saya juga?" soal Taehyung. Yein mengangguk. Perasaan yang mahu menjerit ada tetapi ditahan.

 "Kalau macam tu, popo.."

Mana tak berkerut dahi Yein. Jungkook yang memerhati dari jauh terus melastik Taehyung dari belakang.

Mereka mula bercakaran bagaikan budak-budak. Taehyung mula membuat lagak pelik dengan mempergayakan seni mempertahankan diri iaitu kung fu. Haerim dan Yein ketawa terbahak-bahak melihat mereka berdua dan mula keluar dari mulut Yein perkataan 'Alien' . Dari situlah permulaan kisah dimana orang ramai memanggilnya Taehyung.

-TAMAT-

Cold Wind (MALAY FANFIC)Where stories live. Discover now