Taehyung berjalan dengan lemah. Mengheret tapak kakinya seperti orang yang tidak bermaya. Genggamannya semakin lama semakin terlepas. Rantai yang dipegangnya terjatuh ke atas jalan. Dia hanya berjalan tanpa menghiraukan rantainya yang terjatuh.
Orang yang lalu lalang tidak perasaan akan rantai Taehyung dan mengheret ke tepi sehinggalah seorang tukang sapu terjumpa rantai itu. Keetulan pada masa itu Taehyung tidak jauh dari situ. Perempuan itu terus memanggil Taehyung,
"Dik!"
Terkejut dengan panggilan itu, Taehyung terus pusing ke belakang.
"Ne?", dia menjawab panggilan perempuan itu.
"Ini, rantai kamu ja... tuh..", apabila dia memusingkan rantai itu, jelas kelihatan nama Taehyung di situ.
"Taehyung?", bisik perempuan itu.
"Ne? Ouh, ini rantai saya. Terima kasih ya."
Sedar akan rantainya tiada dalam genggaman, dia terus menghulurkan tangannya. Perempuan itu memerhati Taehyung seketika dan memberi rantai itu kepadanya. Selepas mengambi rantai itu, Taehyung beredar pergi. Beberapa langkah menyusuli Taehyung, perempuan itu memanggil Taehyung sekali lagi.
"Taehyung! Adakah kamu Taehyung!?"
"Ne?" jawab Taehyung.
Perempuan ternganga dan terus ke arah Taehyung. Dia memegang tangan Taehyung.
"Taehyung-aa.. Omma.. "
Seketika mendengar perkataan 'omma' dia terus tercengang. Bisu seribu bahasa. Dia hanya menunjukkan isyarat jari ke arah perempuan itu dan kembali semula ke arahnya. Pn.Lim itu memerhati gerakan tangan Taehyung dan terus menggelengkan kepalanya. Lagi berkerut dahi Taehyung dengan situasi itu.
***
"Saya bukan omma kamu. Tapi saya tahu keberadaan omma kamu sekarang." Kata Pn.Lim itu dan memberi segelas air kepada Taehyung. Taehyung meneguk air yang diberikan kepadanya tetapi tiba-tba tegukannya terhenti apabila mendengar bahawa ibunya sedang sakit.
"Omma sakit?"
Pn.Lim itu menggangguk. Tidak lama kemudian, muncul Taehyung dan Pn.Lim disebalik rumah-rumah yang besar dan mewah. Taehyung memerhati sekeliling dengan kagum. Tiba-tiba kekagumannya terhenti apabila Pn.Lim memanggil Taehyung. Sekarang, mereka tiba depan pintu rumah mewah.
Taehyung dan Pn.Lim itu dibenarkan masuk dan mereka terus masuk ke dalam sebuah bilik. Taehyung hanya mengikuti Pn.Lim dari belakang. Kemudian, Pn.Lim menarik tangan Taehyung ke arah seorang perempuan yang sedang terlantar di atas katil.
"Omma.." bisik Pn.Lim dan menunding jari ke arah perempuan yang terlantar itu. Pn.Kim memerhati Taehyung dan mengukir senyuman. Taehyung hanya senyum tawar.
Anak perempuan Pn.Kim membuka pintu bilik ibunya dengan memegang dulang yang di atasnya berisi semangkuk bubur,air masak dan ubat. Apabila pintu dibuka dan melihat Taehyung berada disitu, suasana yang sunyi sepi tadi berubah apabila terdengar suara memanggil Taehyung.
"Oppa?" Apabila pusing kebelakang, Taehyung berkerut seribu melihat Haerim.
"Haerim-aa? Awak buat apa dekat sini?" soal Taehyung.
"Haerim, ini abang kamu." Kata Pn.Kim.
Apabila dengar sahaja bahawa Taehyung itu abangnya, dulang yang dipegangnya terus dilepaskan dan mangkuk kaca di dalam dulang itu pecah. Serpihan kaca itu terkena pada kaki Haerim dan kaki Haerim berdarah.

YOU ARE READING
Cold Wind (MALAY FANFIC)
FanfictionTaehyung menempuh suka duka semenjak ibu bapanya telah meninggalkannya ditepi rumah anak yatim. Dia bertemu dengan Haerim di rumah anak yatim itu. Haerim anak kepada presiden rumah anak yatim itu. Kini menaruh perasaan terhadap Taehyung tetapi adaka...