Bukan Jodoh

35 4 0
                                    

"Haerim, ini abang kamu"

Apabila tersedar dari lamunannya, dia melihat kaki yang yang berdarah.

"Haerim-aa! Kenapa dengan awak!?"

Taehyung terus menarik tangan Haerim dan membalut luka Haerim. Pn.Lim dan Pn.Kim saling berpandangan melihat kejadian itu. 

 Haerim hanya memerhati Taehyung yang sedang merawat lukanya. Tiba-tiba air matanya gugur.

"Oppa.." panggil Haerim.

"Ne? Ohh, kenapa awak menangis? Neomu apayo?" Taehyung memerhati Haerim dan melihat semula kaki Haerim.

"Ne.. Naneun neomu apayo.. Neomu.. Appeun"

Taehyung pun terus memeluk Haerim.

"Saya tahu awak sakit. Saya pun dapat rasa sakitnya awak. Tapi.. mungkin kita bukan jodoh."

Haerim makin teresak-esak menangis. Tidak menghiraukan sesiapa ada disitu. Hatinya hancur. Makin mendengar Haerim menangis, Taehyung pula mula sebak. Pn.Lim dan Pn. Kim yang memerhati mereka berdua hanya berpandangan antara satu sama lain.

***

Taehyung memapah Haerim  ke ruang tamu. Kelihatan Pn.Kim duduk di atas sofa. Haerim melepaskan tangannya.

"Awak pergi lah dekat omma. Mungkin banyak benda awak nak tahu." Haerim berjalan keluar. Taehyung pun pergi ke ruang tamu dan duduk. Suasana masih sunyi sepi sehingga Taehyung bersuara.

"Mak cik, kenapa mak cik tinggalkan saya dekat rumah anak yatim?"

"Omma.. Panggil saya omma. Omma bukan sengaja tinggalkan kamu di situ. Masa tu, omma sangat susah orangnya, appa kamu pula sakit. Kos hidup kami sangat tinggi dan tak dapat tanggung kamu. Sehinggalah appa kamu meninggal dan omma berkahwin dengan appa Haerim. Omma.. Omma tak tahu yang kamu masih ada disitu sebab omma sakit. Omma ingat kamu dah diambil dan dijadikan anak angkat." jelas Pn.Kim.

"Mmm.." Taehyung hanya menunduk.

***

Taehyung keluar dan duduk di sebelah Haerim.

"Oppa, oppa pergi mana selama ni?" soal Haerim.

Tidak sempat Taehyung menjawab soalan Haerim, terdengar suara tetamu di dalam rumah. Haerim pun pergi ke ruang tamu.

"Ohh.. Haerim.. Kenapa dengan kaki awak?" kata sahabat baik Haerim iaitu Yein. 

"Sikit je. Yein, awak datang dengan siapa?" soal Haerim.

"Saya datang dengan abang saya. Awak tahu lah kan abang saya tu gugup depan perempuan lagi-lagi depan awak. Ni, saya ada bawa buah tangan.."

Yein tercari-cari buah yang dibawanya. Abang Yein iaitu Jungkook membawa masuk buah yang dicari Yein. Langkah Jungkook terhenti seketika apabila melihat Haerim. Taehyung yang melangkah masuk ke ruang tamu juga terhenti apabila melihat Yein. 

"Kamu?"

Hampir serentak Taehyung dan Yein berkata. Kemudian mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

Cold Wind (MALAY FANFIC)Where stories live. Discover now