Abang Jahat Part 7

1.1K 41 3
                                    


"Aku nak tanya kau satu soalan. Kalau kau diberi peluang kembali ke zaman silam. Apa yang akan kau buat?"

"Aku tak nak semua ni berlaku!"

" Fa inna ma'al 'usri 'yusra. Inna ma'al 'usri yusra.Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan dan sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan! Sampai dua kali Allah menegaskan janji-Nya. Ingat Ash, janji Allah itu pasti! Benda yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan kau harus terima kenyataan semua ni. Seharusnya kau mengatasi bukan mengelak. Jangan sampai kau lakukan kesilapan kali kedua iaitu kau tak betulkan kesilapan yang dah kau buat." Nasihat Fiza dengan penuh berhemah. 

Ash menunduk ke bumi. Matanya merah akibat banyak menangis. Air mata keinsafannya mengalir dan jatuh ke tanah. Biarlah jika Fiza telah melihatnya dalam keadaan begitu. Ternyata egonya jatuh pada saat itu. Dia betul-betul ingin berjumpa dengan adiknya. Ash melutut dan merayu kepada Fiza.

Fiza rasa serba salah. Rasa kejam pula dirinya apabila membuat Ash tunduk melutut kepadanya. Permainan ini harus ditamatkan. Kini hatinya telah puas. Dia memberi isyarat kepada dua anak buahnya yang bertopeng untuk membawa Imah ke mari. Fiza terus membuka kain hitam yang menyarung di kepala Imah.

"Imah dah dengar semuanya kan?" Kata fiza sambil membuka ikatan kain di tangan Imah. "Akak minta maaf kerana terpaksa buat semua ni" Kata Fiza lembut kepada Imah. Pada masa itu mata Imah juga sudah kemerahan akibat banyak menangis. Fiza terus mengesat air mata Imah lalu dia memeluk Imah. Imah sudah mendengar segalanya dari pengakuan abangnya sendiri. Kini barulah dia tahu mengapa abangnya selalu berkelakuan aneh selama ini rupa-rupanya abangnya ingin menyelamatkan dirinya daripada disakiti oleh orang lain. Abang dia tidak berubah sebenarnya. Tetapi dia yang memaksa dirinya menjadi orang lain. Ternyata sungguh konflik kasih sayang seorang abang terhadap adiknya. Sangat sukar untuk dimengerti.

"Imah, aaa...bang minta maaf. Abang dah banyak buat silap dan selalu sakitkan hati Imah" Pinta Ash dengan memanggilkan dirinya sebagai 'abang'. Itulah kali pertama Imah mendengar abangnya memanggil dirinya dengan panggilan abang selepas peristiwa 4 tahun yang lalu.

Imah mengangguk tanda memaafkan abangnya. Lalu dia meminta maaf kepada abangnya kerana selama ini dia juga selalu menyakiti hati abangnya juga. Abangnya mengangguk tersenyum sambil mengusap kepala Imah seperti  budak kecil gayanya.

"Sorry la terpaksa buat korang macam ni. Inilah hadiah yang paling bernilai dan tidak dapat dijual beli kalau bukan hadiah kasih sayang adik-beradik bukan?" Tanya Fiza lagi sambil tersenyum. Ash dengan Imah memandang pelik dan mereka tidak dapat menangkap maksud sepupunya itu. Tiba-tiba pondok Taman Tasik itu menyala dan...

"Happy birthday to you... Happy birthday to you... Happy birthday to Ash dan Imah.. Happy birthday to you two..... " Waktu itu Ash sudah menjerit malu kerana dia terkena pula pada malam itu. Betapa terkejutnya mereka berdua kerana tiba-tiba muncul ramai sahabat mereka dengan membawa sebiji kek serta pondok yang gelap tiba-tiba menjadi terang-benderang dan dihiasi dengan belon-belon yang bewarna-warni.

"Ash.. Imah.. selamat hari lahir. Semoga berjaya dunia akhirat dan happy selalu. Korang lahir tarikh yang sama harus sepakat sama-sama. Tak nak gadoh-gadoh lagi tau.." Ucap Fiza sambil tersenyum girang. Imah sudah malu habis pada waktu itu. Dia mengambil semula kain hitam dan menyarung kepalanya semula. Malu semua rakan sekelasnya berada di situ pasti sudah menyaksikan drama mereka yang memalukan tadi. Hari lahir dia dan Ash yang sememangnya mempunyai tarikh lahir yang sama iaitu 1 Februari. Cuma Ash tua lebih setahun darinya seperti sedia maklum.

"Bro.. Happy Birthday! Sorry, tak sengaja buat kau nangis. Aku tak tahu pula yang kau ni lembut hati..." Usik Faiz kepada sahabat setianya Ash. Ash mencengkam leher Faiz lalu Faiz meronta-ronta untuk dilepaskan.

Abang JahatWhere stories live. Discover now