Abang Jahat Part 6

1.1K 41 0
                                    

Setibanya di Taman Tasik itu, Ash menghempas basikalnya ke tepi.

"Hoi.. keluarlah.. Pengecutt...!" Amuk Ash. Dia betul-betul hilang sabar dengan penculik itu. Sudah berani bertindak agresif. Jika dahulu dia hanya buli conteng-conteng tetapi kini melibatkan kes penculikan. Ini tidak boleh dimaafkan. Ash mengamuk memanggil penculik tersebut untuk memunculkan dirinya. Dia melihat keadaan Taman Tasik itu sunyi sepi dan gelap. Tiba-tiba Ash ternampak bayang-bayang hitam manusia dan dia dapat mengagak bahawa ia muncul dari belakang. Terus Ash menoleh ke belakang. Tiba-tiba wajahnya berubah keliru.

"Fiza... Kau buat apa dekat sini?" Tanya Ash pelik. Tiba-tiba suaranya berubah menjadi perlahan.

"Kau rasa aku buat apa dekat sini?" Tanya Fiza kembali kepada Ash. Ash mula syak sesuatu. Baru tadi mak ciknya berkata bahawa mereka sepatutnya menghadiri kelas tambahan. Jangan-jangan Fiza dalang semua ini. Ash melihat Fiza dengan wajah marah-marah.

"Kau yang buat semua ni kan..?" tengking Ash tiba-tiba. Fiza cuma tersengih dan menayangkan wajahnya yang selamba. Tangannya di masukkan ke dalam poket jaket labuh hitamnya. Dia berjalan mundar-mandir di depan Ash.

"Tak lah. Ni semua kau yang buat!" Lawan Fiza balik. Ash mengerut dahi tanda tidak faham akan makna Fiza. Dia tidak menyangka bahawa Fiza sepupu yang dia percaya itu yang menculik adiknya Imah.

"Apa maksud kau hah? Kenapa kau khianat kitorang? Tergamak kau buat sepupu kau macam ni..!" Marah Ash kepada Fiza.

"Sebab kau tu ego sangat. Kau tu yang sombong. Selalu sakitkan hati adik kau sendiri." Marah Fiza kembali. Sebenarnya dia juga kecut perut apabila mendengar tengkingan Ash tadi. Nasib Ash masih menahan kesabarannya. Setahu Fiza, Ash ini boleh meletup bila-bila masa sahaja.

"Aku tak faham." Kata Ash pendek. Dia betul-betul tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Fiza sebentar tadi.

Fiza naik angin tiba-tiba. 'Bebal ke mamat ni?' duga Fiza dalam hati.

"Kalau kau nak tahu, yang pancitkan tayar basikal Imah hari tu adalah aku. Dan kejadian yang kedua tu jugak aku yang pancitkan tayar basikal korang berdua. Tapi kau tu yang lurus sangat dan mengaku kau yang pancitkan" Beritahu Fiza lagi.

"Sebab aku tak nak Imah tertekan kalau ada orang kenakan dia..! Jawab Ash balik dengan tengkingan yang sangat kuat. Sah! Sepupunya pembuli misteri itu!

"Dah tu, yang conteng meja dekat kantin tu pun kau jugak?" soal Ash lagi dengan nada perlahan. Penat dia bergaduh dengan Imah selama ini rupa-rupanya Fiza dalang semua ini.

"Yes, dekat toilet tu pun aku juga yang arahkan budak-budak yang buat." Mengaku Fiza. Dia tergelak jahat tiba-tiba. Seronok juga mempermainkan perasaan Ash sekarang ini.

"Dan kau jugak kan yang sabotaj Imah masa kita buat Spot Check hari tu?" Duga Ash lagi. Tidak dia sangka sejauh itu Fiza mengenakan mereka berdua. Ash menggenggam tangannya dengan sekuat tenaga. Mahu sahaja dia melepaskan tumbukannya kepada sepupunya yang melampau itu.

"Yang tu bukan aku yang buat. Aku suruh kawan rapat Imah yang letakkan. Diorang diberi pilihan samada nak khianat kawan sendiri atau pun tidak. Jadi, bukan salah aku." Jujur Fiza beritahu. Dia sudah nampak amaran di tangan Ash. Takut pulak jika dia yang terkena penumbuk sulung Ash itu.

"Kau nak apa sebenarnya? Nak aku gaduh teruk dengan adik aku ke? Kalau kau nak hubungan kitorang semakin keruh kau dah pun berjaya membuatnya. Dan kau nak apa lagi???" Tanya Ash lagi. Dia juga tidak tahu mengapa Fiza tergamak melakukan mereka seperti itu.

"Aku nak tengok Ashraf yang dahulu. Yang dah lama aku dan Imah kenal. Sebenarnya kau bukan tipu orang disekeliling kau Ash. Tapi kau tipu diri kau sendiri. Kau berpura-pura jahat sebab kau tengah hukum diri kau sendiri, bukan? Kau dah berubah Ash.. Kau dah berubah. Dan perubahan kau menjadi duri buat Imah. Sakit! Dan sekarang ini balasan untuk kau!" Jelas Fiza panjang. Ash menunduk ke bumi. Kenapa? kejam sangatkah aku ni?Aku berubah untuk menghukum diriku sendiri. Mengapa Imah yang harus terseksa? Ash mula menyedari akan kesilapan dirinya. Dia berasa amat bersalah kerana selama ini dia selalu menyakiti hati adiknya..

Abang JahatWhere stories live. Discover now