1
"Kak."
Syafa Aqira berpaling saat adik perempuannya, Syifa Aqila memanggilnya. Beg pakaiannya sudah selamat di letakkan di dalam bonet teksi. Dia sudah siap sedia untuk pergi.
"Ya?"
"Kak Syaf betul-betul nak pergi ke?" Soal Syifa dengan ragu-ragu.
"Kak Syaf perlu pergi, sayang." Jawab Syafa dengan tenang. Dia menarik tangan Syifa dan mengenggamnya dengan penuh kasih sayang.
"Kak. Syifa takut kalau mereka dah tak nak terima akak lagi. Syifa takut kak."
"Syifa, insyaAllah, mereka akan terima akak. Syifa doakan ya. Dan semasa ketiadaan akak, Syifa tolong tengokkan mak. Nanti, bila tiba masanya, akak akan balik. Akak akan selalu call Syifa. InsyaAllah. Doakan akak bahagia." Pinta Syafa dengan sebak.
Sebak mula mencengkam dada Syifa. Dia sedih mendengar permintaan kakaknya itu. Hanya Syafa Aqira yang dia punya dan maknya. Ayah sudah lama pergi tinggalkan mereka kerana menghidap penyakit kanser. Dia mengucup tangan kakaknya.
"Kak, Syifa sentiasa doakan akak semoga akak bahagia. Akak jangan bimbang pasal Syifa dan mak. Akak pergilah kejar kebahagiaan akak. Kalau mereka tak perlukan akak, akak balik ya. Kami tunggu akak." Ucap Syifa.
Mak Timah di muka pintu hanya memandang wajah anaknya. Berat hatinya untuk melepaskan anak perempuannya itu pergi. Tapi, kalau itu adalah permintaan anaknya, dia terpaksa lepaskan jua. Biarlah anaknya bahagia untuk kali ini. Mak Timah mengelap air matanya dengan hujung lengan baju kurung yang dipakainya.
"Mak, Syaf pergi dulu ya. Mak doakan Syaf tau. InsyaAllah, nanti Syaf akan selalu telefon mak. Syaf pergi dulu. Jaga diri mak. Jangan buat kerja berat." Ucap Syafa lalu mengucup tangan tua maknya itu.
"Yalah, nak. Pergilah. Kamu jangan bimbangkan mak di sini. Mak selalu doakan anak mak. Jaga diri baik-baik di sana nanti. Jangan menyusahkan orang, ya sayang." Mak Timah mengucup dahi dan kedua-dua belah pipi anaknya itu. Pergilah, sayang. Pergi kejar kebahagiaan yang kamu cari selama ini.
Syafa mengangguk tanda faham nasihat maknya itu. Syafa melangkah dan berhenti di depan adiknya.
"Jaga mak dan diri Syifa. Kalau ada apa-apa, terus telefon akak. Akak pergi dulu. Assalamualaikum." Kata Syafa. Dia melangkah ke arah teksi yang menunggunya. Dia berpaling lalu melambaikan tangannya. Dia pergi untuk mengejar kebahagiaan yang dia lepaskan dulu.
*************************
Ting tong! Ting tong!"Assalamualaikum."
Datin Farida berhenti menyiram pokok bunga kesayangannya apabila terdengar loceng berbunyi dan diselangi dengan salam. Dia bergerak ke pintu pagar rumah banglonya untuk melihat gerangan yang datang.
"Waalaikumussalam."
Alangkah terkejutnya dia saat melihat gerangan itu. Terpaku sebentar. Sudah lama dia tidak melihat wajah ayu itu. Rindunya dia pada menantunya itu. Laju kakinya berlari ke arah menantunya saat pintu pagar terbuka.
"Syafa!"
"Mama!"
"Ya Allah, sayang! Mana kamu pergi, nak? Lama mama tunggu Syafa datang. Rindunya mama pada kamu, Syafa. Kamu sihat? Kamu dah semakin kurus." Kata Datin Farida sebak.
Dia mengucup pipi dan dahi menantunya itu dengan kasih sayang. Dia rindukan menantunya, Syafa Aqira. Sudah 2 tahun menantunya itu pergi tinggalkan anaknya. Walaupun dia tahu itu adalah salah Syafa, dia tetap tidak marah. Dia tahu saat itu Syafa masih muda dan tidak tahu apa-apa.
YOU ARE READING
Kemaafan Yang Dipinta
RomanceAkan dapatkah aku kemaafan dari seorang insan yang bernama suami setelah kelukaan yang aku berikan kepadanya? Benarkah cinta itu sudah tiada buat dirinya lagi? Start : 02 Feb 2016 Completed : -------