3
"Saya nak bercerai dengan awak. Saya langsung tak sayangkan awak, Rayqal. Apatah lagi cintakan awak. Tolong, Rayqal. Ceraikan saya. Kalau kita teruskan perkahwinan ini, kita berdua tak akan bahagia. Please."
Suara itu hilang apabila dia dikejutkan dengan suara perempuan lain. Dia memandang di sekelilignya sebelum memandang wajah di depannya itu.
"Sayang, you menungkan apa tu? Dari tadi I bercakap, you buat tak tahu je. Kenapa ni? Ada problem ke?" Soal Anna dengan lembut lantas memegang tangan Rayqal yang berada di atas meja itu.
"Nothing." Sepatah jawapan yang keluar dari mulut Rayqal itu membuatkan Anna tidak berpuas hati.
"Ish! Siapa I pada you sebenarnya, Rayqal?" Soal Anna geram.
"Hey, apasal you soal I macam tu?" Terhenti jarinya yang tadi sibuk bermain dengan sudu.
"Dah tu, kalau you anggap I ni sebahagian daripada hidup you, you kenalah share problems yang you hadapi dengan I. Jangan simpan sorang-sorang. Apa gunanya I ni kalau tak boleh nak bantu you?" Marah Anna.
"Sayang. Betul. Nothing happened lah." Ucap Rayqal sambil mengelus jari jemari Anna dengan lembut.
"Tengok. Still nak berdalih dengan I. Rayqal sayang, I dah kena you almost 2 years. I tahu bila you ada problem and bila you tak ada problem. Tell me. What had happened dekat rumah tadi?" Soal Anna lembut. Dia tahu Rayqal rahsiakan sesuatu dengannya. Kalau tidak, Rayqal tidak akan termenung terdiam sebegini. Pasti ada sesuatu yang terjadi.
"She's back."
"Who?"
"My wife. She's back."
Tumm!
'Wife? She's back?' Bulat mata Anna apabila sepatah ayat itu keluar daripada mulut Rayqal. Dia dah pulang? Isteri Rayqal dah pulang? Oh my.
Beberapa minit mereka mendiamkan diri, barulah Anna membuka mulutnya bertanya kepada Rayqal.
"When?"
"Huh?" Terjungkit sebelah kening Rayqal terkejut dengar suara Anna yang tiba-tiba keluar.
"Bila isteri you pulang?" Tanya Anna sekali lagi.
"This morning. Maybe. I tak tahu bila dia balik. I balik masa lunch tadi, dia dah ada kat rumah mama I." Terang Rayqal.
"Ohh. Because of this your mom asked you to come home?"
Rayqal hanya mengangguk kepalanya tanda ya.
"So?"
"So? So apa?"
"Huh! Rayqal! Your wife, dia dah pulang. So? Apa yang yang akan terjadi pada you and her? You and I? You akan balik pada dia? Dan tinggalkan I or what?" Bertubi-tubi soalan yang keluar daripada mulut Anna. Dia mahu tahu apa yang Rayqal akan lakukan. Apa mereka akan berpisah atau Rayqal dan isterinya akan bercerai? Tapi, apa yang dia mahu. Dia tidak mahu berpisah. Dia sayang dan cintakan Rayqal. Dia tidak mahu kehilangan lelaki itu.
****************************************
Dari tadi sampai sekarang Syafa menunggu suaminya itu pulang. Dia mengerling jam di dinding. 1 pagi. Syafa mengeluh. Ke manakah lelaki itu pergi sampai sekarang masih tidak pulang? Syafa bangun dari duduknya dan berjalan keluar ke tepi kolam. Dia masih ingat kenangannya dengan Rayqal di sini. Di tepi kolam ini.****************************************
Syafa melabuhkan duduknya di tepi kolam dan merendamkan dua belah kakinya itu ke dalam air. Hmm, segarnya. Dia menghirup udara sambil memejamkan matanya. Menghayati udara yang baru di hirupnya itu.
Splushhh!
Bukan main terkejut lagi Syafa apabila satu badannya itu terpecik air. Kuat pula tu. Mangkuk hayun mana pula yang simbah air ni? Dengan perasaan marah, Syafa membuka matanya dan satu wajah yang terpampang di depan matanya itu. Memang jelas lagi nyatalah manusia ini yang membuat satu badannnya ini basah dengan air.
"Fareez Rayqal!!!!" Bergema satu banglo dengan suara Syafa. Geram sungguh dia dengan mamat ni sorang. Tak habis-habis sakitkan hati dia. Kalau tak usik dia satu hari memang tak boleh. Huh!.
"Ya, sayang?" Rayqal menghulurkan senyuman menggoda kepada isterinya itu.
"Apa yang awak buat ni? Tengok! Habis basah baju saya. Ishhh! Kalau nak mandi tu, mandi jelah sorang-sorang. Jangan nak basahkan orang lain sekali." Sembur Syafa dengan wajah kemerahan. Laju dia bangun dari duduknya lalu mencekak pinggangnya.
"Ala, sayang. Tak best lah mandi sorang-sorang ni. Come, join me." Ajak Rayqal. Dia tersengih melihat Syafa mencekak pinggang. Ada gaya seperti mak cik tua si Syafa ni.
"Malaslah saya nak layan awak ni. Kalau awak nak sangat mandi berteman, pergi ajak Pak Mat. Tak pun ajak je Mak Awe tu."
"Haha. Sayang, buat apa abang nak ajak Pak Mat? Tak best lah. Tak boleh nak peluk-peluk. Tak boleh nak lebih-lebih. Kalau ajak Mak Awe, lagilah tak boleh. Tak boleh nak peluk. Nak cium. Nak..." Usik Rayqal dengan segihan nakal. Makin berasap lah si Syafa ni.
"Rayqal! Awak ni kan. Erghh! Malas saya nak layan awak ni. Skru kat kepala otak awak tu dah longgar agaknya. Mandilah sorang-sorang kat sini. Saya nak masuk. Tengok tv lagi best dari layan awak." Syafa melangkah meninggalkan suaminya yang masih berada di dalam kolam itu.
"Sayang. Sayang. Qira sayang! Tak nak temankan abang ke? Mehlah temankan abang mandi ni. Qira!" Jerit Rayqal. Sengaja dia mahu mengusik isterinya itu.
Kalau tak usik isterinya itu satu hari memang tak boleh. Rasa tak aman hidupnya itu. Dia suka tengok wajah Syafa kemerehan menahan marah. Bila Syafa membelebel. Dia suka sangat. Haih. Kalau dah jatuh cinta. Semua benda dia akan suka pasal gadis itu.
**********************************
Kenangan lama itu membuatkan dia tersenyum sambil menangis. Sungguh dia rindukan saat itu. Saat Rayqal mengusiknya. Saat Rayqal tersenyum menggoda. Ahh. Sempatkah dia untuk melihat Rayqal tersenyum padanya nanti? Semakin laju air matanya mengalir di pipi.Syafa memandang pintu pagar rumah. Nampaknya, Rayqal tidak akan pulang malam ini. Mungkin bermalam di kondonya. Datin Farida ada maklumkan padanya tadi. Kalau hari dah berinjak pada pukul 2 atau 3 pagi, Rayqal masih juga belum pulang itu bermakna lelaki itu bermalam di kondonya. Dengan perasaan yang hampa, dia melangkah masuk ke dalam. Seketika, dia berpaling memandang pintu pagar banglo itu. Masih berharap, lelaki itu pulang. Tapi, keluh dilepaskan.
Bersambung...
YOU ARE READING
Kemaafan Yang Dipinta
RomanceAkan dapatkah aku kemaafan dari seorang insan yang bernama suami setelah kelukaan yang aku berikan kepadanya? Benarkah cinta itu sudah tiada buat dirinya lagi? Start : 02 Feb 2016 Completed : -------