Kaki melangkah turun tangga perlahan-lahan. Mata meliar mencari bayang Datin Farida. Terdengar bunyi bising dari arah dapur, kaki terus meluru ke sana.
"Assalamualaikum, Papa, Ma." Tegur Syafa dengan senyuman.
"Waalaikumussalam, Syaf. Come, join us." Ajak mertuanya.
Tangan menarik kerusi dan punggung dilabuhkan.
"Erm, Rayqal tak balik ke semalam?" Soal Datuk Rahim. Mata memandang Syafa.
"Tak, pa." Jawab Syafa perlahan. Tidak sangka soalan itu yang ditanya mertuanya.
"Yang, Rayqal tak datang pagi ni ke?" Datuk Rahim menyoal isterinya pula.
"Tak, bang. Saya call dia tadi, dia cakap dia breakfast dekat office terus. Tak sempat nak datang sini."
Tak sempat atau tak nak tengok muka aku? Soal hati kecil Syafa. Bukannya dia tak tahu kalau suaminya itu mengelak dari berjumpa dengan dia. Kalau macam nilah keadaan mereka berdua, sempat ke nak mintak maaf daripada Rayqal?
"Erm, Papa, Mama." Panggil Syafa.
"Kenapa, Syaf?"
"Syaf, nak minta izin. Syaf nak keluar sekejap nanti." Pinta Syafa.
"Keluar? Syaf nak pergi mana?" Soal Datin Farida.
" Syaf nak pergi jumpa kawan sekejap."
"Ouhh, pergilah. Tapi, Syaf bagitahu Rayqal dulu ya sebelum keluar." Ucap Datuk Rahim. Berharap menantunya itu faham akan apa yang disampaikannya.
"Baik, Papa."
*****************************
'Abang, Qira keluar sekejap ya. Qira pergi jumpa kawan. InsyaAllah Qira balik sebelum lunch nanti.' - Syafa Aqira.
Mesej yang dihantar kepada suaminya Rayqal sebelum keluar dari rumah tadi dibaca untuk yang keberapa kali. Hampa, Rayqal masih juga tidak membalas. Sedangkan di situ sudah tertera 'Delivered'.
"Puan Syafa Aqira."
"Ya, saya." Kepala diangkat saat namanya dipanggil.
"Sila masuk."
Kaki melangkah perlahan menuju ke bilik yang telah memanggil namanya. Saat kaki melangkah masuk, terus dia terpandang wajah perempuan di depannya. Atau lebih dikenali sebagai Dr. Anna.
"Assalamualaikum, Puan Syafa. How are you today?" Ramah saja Dr. Anna bertanya pesakitnya.
"Alhamdulillah, saya sihat. Cuma beberapa hari ni saya cepat sesak nafas." Kata Syafa.
"Before that, boleh saya tahu. Ke mana awak menghilang minggu lepas? Bukan ke kita ada appointment for your next treatment?"
"Saya minta maaf, Doktor. Ada hal yang tak dapat saya elakkan."
"And, saya juga pernah minta awak untuk bawa suami awak, kan? So, where is he?"
"Hmm, kalau boleh saya tak nak orang tahu pasal penyakit saya. Especially, suami saya."
"But, why? Puan, awak sedar atau tak penyakit awak ini sangat bahaya untuk kesihatan awak? Satu lagi, Puan menghidap penyakit ni sejak kecil lagi. How did your husband does not know about your diseases?."
Sudah berkali-kali dia meminta pesakit di hadapannya untuk membawa suaminya. Dia tidak suka seorang suami mempunyai sikap sambil lewa terhadap kesihatan isteri sendiri. Seorang suami seharusnya ada di sisi isteri sama ada susah atau senang. Jangan fikir masa seronok saja baru ada dengan isteri. Di kala sang isteri susah, sakit, ditinggal begitu saja.
"Memang sejak kahwin dia tidak tahu tentang penyakit saya ini, doktor. Lagi satu, saya memang tidak bersedia lagi nak bagitahu dia tentang penyakit saya." Keluhan dilepaskan.
"Hmm, baiklah kalau macam tu. But, kalau pemeriksaan seterusnya ini menunjukkan keputusan yang teruk, saya nak awak beritahu kepada suami awak." Tangan Syafa ditarik san digenggam perlahan oleh Doktor Anna.
"Puan, saya tak tahu keadaan Puan dan suami Puan. Tapi, seorang isteri memerlukan suaminya saat-saat sakit macam ni. Dia berhak untuk tahu tentang penyakit Puan." Pujuk Doktor Anna.
Entah kenapa, air mata mengalir laju di pipi Syafa. Ya, dia, Syafa Aqira isteri kepada Rayqal menghidap penyakit jantung sejak kecil lagi. Dia mempunyai jantung yang sangat lemah. Tapi, dia tidak mampu untuk bersuara kepada Rayqal. Dia takut Rayqal akan pergi tinggalkan dia. Apatah lagi, dalam keadaan mereka yang teruk ini. Dapat ke Rayqal terima dia nanti?
***********************************************************************
"Hai, sayang."
"You, kenapa nak datang tak bagitahu I dulu?" Soal Dr. Anna kepada buah hatinya, Rayqal.
"Kenapa kalau I nak datang I kena bagitahu you dulu? You ada sorokkan apa apa daripada I ke?" Soal Rayqal curiga.
"Ish, you ni. Mana ada I sorokkan apa apa. I takut I ada patient. Nasib baik, I baru je habis. Kalau tak, terpaksalah you tunggu I." Ucap Dr. Anna.
"Yalah, yalah. Sorry. Next time, I nak datang I bagitahu you, okay?" Hidung Dr. Anna dicuitnya.
"So, you nak lunch dengan I ke ni?" Soal Dr. Anna sambil tangan lincah mengemas fail pesakit dia yang tadi.
"Yalah, kalau tak, tak adanya I terpacak dekat sini." Mata tertangkap sebutir nama yang tertulis di muka hadapan fail di tangan kekasihnya itu 'Syafa'. Hanya itu yang dia nampak. Tak mungkin orang yang sama. Bukan dia saja yang bernama Syafa. Ramai lagi yang ada nama Syafa. Tapi, entah kenapa hatinya berdegup pantas. Tangan di bawa ke dada. Kenapa ni?
"Sayang, you okay ke?" Soal Dr. Anna. Tangan sudah merangkul lengan Rayqal. Sedia untuk pergi.
"Haa? Yaa, yaa. I okay."
"Kalau macam tu. Jom."
Kaki Rayqal mengikut langkah Dr. Anna tapi matanya tetap melihat ke arah fail yang telah disusun tadi di atas meja itu. Bukan. Dia yakin apa yang dia fikirkan itu tidak benar.
*****************************************************************
"Puan, apa yang saya katakan ini saya harap Puan bersabar, ya."
"Apa dia, Doktor?"
"Puan, pesakit jantung tidak dilarang untuk mengandung tetapi semuanya bergantung kepada keadaan tahap penyakit tersebut. Tapi, nasihat saya..."
"Saya tidak dibenarkan mengandung?"
"Bukan tidak dibenarkan cuma, untuk sementara waktu ini saja. Puan, seperti mana yang Puan tahu. Jantung Puan masih lagi dalam keadaan yang lemah. Saya takut Puan tidak dapat bertahan jika Puan mengandung.
"Kalau saya mengandung, apa yang akan berlaku kepada saya dan bayi saya nanti?" Soal Syafa perlahan.
"Jika Puan mengandung, terdapat risiko sekatan disebabkan ketumbuhan dalam rahim atau saiz bayi yang kecil ketika mengandung disebabkan kekurangan bekalan oksigen jika jantung tidak mengepam dengan baik. Bagi penyakit jantung seperti Puan, bayi mempunyai risiko satu hingga tiga peratus mewarisi penyakit jantung daripada ibunya." Jelas Dr. Anna.
" Selain itu, ia juga dapat memudaratkan nyawa si ibu, adakalanya si ibu dinasihatkan untuk menggugurkan kandungannya terutama pada proses awal kehamilan."
Kata-kata Dr. Anna sebentar tadi seperti membawa separuh jiwa Syafa melayang pergi. Memang dia belum mengandung, tapi, dia inginkan anak bersam Rayqal walaupun nyawanya ditakdirkan tidak panjang. Sekurangnya ada juga hadiah buat Rayqal yang dia akan tinggalkan nanti.
***************************************************
Maaf gais lambat update. Dan maaf juga untuk keterangan penyakit Syafa. Sya dah buntu sebenarnya nak buat Syafa ni sakit apa. Dan satu lagi, kalau ada yang salah pasal penyakit Syafa, Sya minta maaf dan boleh bagitahu Sya untuk Sya betulkan nanti. Dah banyak web yang Sya cari tentang penyakit ni but, banyak yang Bahasa Indonesia keluar.
YOU ARE READING
Kemaafan Yang Dipinta
RomanceAkan dapatkah aku kemaafan dari seorang insan yang bernama suami setelah kelukaan yang aku berikan kepadanya? Benarkah cinta itu sudah tiada buat dirinya lagi? Start : 02 Feb 2016 Completed : -------