Bab 1

106 1 0
                                    


Bab 1

Sayu mula menghambat diri si kecil. Bajunya yang lusuh dipegang erat. Air mata mula bergenang, sedih melihat anak-anak seusianya bermain riang di taman permainan itu. Namun, air matanya di tahan. Dia perlu kuat. Bak pesan ibunya, anak sulung seharusnya cekal, kuat, tabah... supaya adik-adik yang masih kecil juga kuat, tabah dan cekal sepertinya. Biar kehidupan yang tidak selalu bahagia ini berjaya mereka harungi. Walaupun dirinya masih kecil, dia ingin menjadi contoh kepada adik-adiknya dan menjadi anak yang menyenangkan hati ibunya.

"Kakak... kenapa ye dia orang boleh main dekat situ? Kenapa bila Ansar nak main... dia orang marah-marah?" tanya si adik, mulutnya muncung. Tanda tidak puas hati. Hanan terkelu. Dia juga pelik. Apa salah adik-adiknya?

"Hah! Angah tahu... sebab.... sebab... baju Ansar kotor kot?" balas Laili. Ansar membuang pandang ke padang. Air mata mula bergenang. Tak puas hati dengan kenyataan Laili. Pantas Hanan memeluk tubuh kecil adiknya, diusap-usap kepala adiknya itu.

"Angah tipu! Kakak basuh la baju adik hari-hari. " bidas Ansar dengan muka melekap ke baju Hanan.

"Alah... memanglah basuh hari-hari. Tapi... Ansarkan suka main tanah. Tanah tu kalau kena dekat baju... kotor la baju tu!" Laili menayang muka bijaknya.

"Taklah... bukan sebab baju. Ni semua salah kakak. Jom balik! Karang kita lambat, abah marah pulak..." ajak Hanan. Mukanya mendung. Dia tahu adik-adiknya tak ada salah pun. Hanya kerana dia... Nur Hanan binti Abdullah. Mereka dipandang serong. Kerana dia...

-

Perkarangan rumah kosong. Namun mata Hanan cekap melihat sepasang kasut boot hitam. Abah! Mata Hanan mula meliar. Perutnya mula kecut. Dia panik.

Pintu terbuka. Abah berdiri dengan tali pinggang di tangan. Pantas adik-adik menyorok dibelakangnya mencari perlindungan dari bapa mereka yang sering dihembus bisikan syaitan. Abah, iaitu Mukhriz, tersengih melihat wajah ketakutan Hanan.

Wajah Hanan berubah menjadi pucat. Ketakutan menyelebungi dirinya. Dalam masa yang sama adik-adiknya cuba ditolak ke dalam rumah. Jangan sampai amarah abahnya itu terluah kepada adik-adik yang masih kecil, yang masih naif untuk mengetahui apa yang sedang terjadi.

"Kau tahu apa salah kau?" tanya Mukhriz. Tali pinggang direntap-rentap. Hanan terkejut. Tersentak-sentak bahu dia setiap kali Mukhriz merentap tali pinggang itu. Pantas Hanan mengangguk.

"Kalau kau tahu salah, kenapa kau buat?! Hah?! Kenapa?" jerkah Mukhriz. Wajah kecil itu pandang penuh rasa benci. Hanan menelan liur.

"Ma... maaf." Bisik Hanan tergagap-gagap. Mukhriz menjeling Hanan. Amarahnya mula menggila. Syaitan-syaitan mula bersorak riang berjaya membuat anak Adam hilang rasa sabar.

"Maaf, maaf! Itu je yang kau tahu!" tali pinggang dilibas ke dinding rumah. Adik-adik ditolak laju masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja adik-adiknya lepas ke dalam, Hanan cuba melarikan ke dalam rumah. Namun tangan Mukhriz lebih pantas.

"Aku dah pesan jangan keluar rumah! Berapa kali aku nak cakap?! Sebab kaulah, anak-anak aku pun tercalit sama kotor kau tu. Anak-anak aku di caci, dihina! Padahal kau lah yang hina! Tak faham-faham bahasa! Kau tu pun bukannya anak kandung aku. Anak sedara bini aku je! Aku tak faham kenapa si Midah tu nak sangat bela kau. Kononnya nak bela sebab tak nak tanggung dosa la... kau tu dah sah-sah anak luar nikah! Haih! Biarlah nak jadi apa kat kau. Entah-tah nanti kau ikut jejak mak kau pulak bila dah besar nanti." Tengking Mukhriz. Tali pinggang diusap-usap. Matanya penuh dengan kebencian.

"Ha... Hanan mintak maaf..." ujar Hanan teresak-esak. Matanya menjeling takut-takut.

"Mintak maaf? Huh... selagi kau tak dapat habuan kau ni... mesti kau akan buat lagi..." ujar Mukhriz. Tali pinggang dilibas. Hanan menangis kesakitan. Berkali-kali tali pinggang itu hinggap di tubuh kurus Hanan.

Sesuci, Nur HananWhere stories live. Discover now