Bab 2

79 1 0
                                    


Hanan sampai tepat jam 7.20 pagi. Loceng pertama baru sahaja berbunyi. Dengan pantas Hanan meletakkan basikalnya ke tempat yang disediakan pihak sekolah. Beberapa orang pelajar menjeling-jeling basikalnya itu. Hanan buat endah tak endah, bukan berdosa pun ada basikal yang tidak cantik.

"Kau tengok budak tak sedar diri ni Halim... dah la bawak basikal tua, buruk pulak tu... memang padanlah dengan diri dia yang bukan dari benih yang halal tu..." bising seorang pelajar lelaki yang lebih tua dari Hanan. Hanan kenal, terlalu kenal dengan seniornya itu. Malik bin Mustafa. Lelaki yang baru menginjak ke zaman remaja itu selalu mencari pasal dengannya. Ada sahaja benda yang salah di mata lelaki itu.

"Haah... ei... geli aku..." ujar Halim dengan lengang lengoknya. Malik ketawa suka apabila beberapa pelajar yang lain turut mengikuti aktiviti menyakiti Hanan. Hanan menahan sebal. Bibir tidak lekang dengan senyuman.

"Maaf, saya dah lambat." Ujar Hanan. Risau juga jika cikgu-cikgu mula mengecop dirinya pelajar malas.

"Lantak la kau lambat ke apa ke? Ada aku kesah?!" sergah Malik. Badan Malik yang besar, tingkah Malik yang kasar, suara kasar Malik membuat Hanan teringat kepada Mukhriz. Badan Hanan mula menggigil. Bayangan Mukhriz mula muncul menghantui dia.

"Saya kena pergi." Tegas suara Hanan, namun masih lemah di telinga Malik. Malah Malik mendengar suara Hanan bagai merayu-rayu meminta dirinya dilepaskan. Malik terhibur dengan anggapannya.

"Ewah... ewah! Suka hati kau. Siapa kasi kau kebenaran?!" tengking Halim pula. Kepala Hanan ditunjal-tunjal. Malik jadi semakin suka melihat Hanan begitu. Mata Hanan mula berkaca.

"Tolonglah jangan buat saya macam ni." lirih suara yang keluar. Air matanya terlepas dari kelopak mata. Halim dan Malik ketawa mengekek.

"Lembik! Mengada! Kita orang tak buat apa-apa lagi dah menangis." Malik menolak kepala Hanan, kasar. Hanan terhantuk ke tiang tempat meletak basikal itu. Terasa bergetar dunianya. Tangan memegang kepala yang pusing. Hanan jatuh terduduk.

"Hah! Buat apa tu? Berkumpul apa lagi ni? Lagi 5 minit berhimpunan!" tegas suara itu berkata. Zaidi, guru muda yang sedang menjalani latihan pratikal muncul memantau pelajar-pelajar yang lambat.

"Eh, kenapa ni?" Zaidi pantas bertinggung di sebelah Hanan yang masih memegang kepala. Malik dan Halim pantas melarikan diri.

"Tak ada apa-apa cikgu. Saya terhantuk ke tiang ni je."

"Betul ke ni?" Tanya Zaidi sekali lagi. Jelas dia merasakan ada sesuatu yang cuba dilindungi gadis cilik ini.

"Ye. Terima kasih cikgu. Saya dah okay ni. Saya pergi beratur dulu ye." Hanan bangun walaupun kepalanya masih pening. Dia tak mahu guru itu tahu apa yang berlaku kepada dirinya. Mesti guru itu masih baru, kalau tidak masakan dia datang menolong Hanan. Tiada seorang pun guru sekolahnya menunjukkan sikap prihatin kepadanya. Cuma seorang tua, tukang kebun sekolah sahaja yang sering berbual dengan dia.

"Hm, sama-sama." Jawab guru muda itu. Zaidi menggeleng kepala. Dia dapat merasakan Hanan jelas menyembunyikan masalahnya. Namun dia tiada hak memaksa gadis itu menceritakan hal yang sebenarnya.

--

"Cikgu Zaidi, macam mana hari ketiga dekat sini, okay?" tanya Imran, juga guru baharu di sekolah itu, tetapi sudah hampir sebulan dia disini.

"Okay je... Tapi..." Zaidi mengeluh.

"Hah, dah kenapa? Citer jelah." Imran sudah menarik kerusi duduk disebelah Zaidi. Zaidi menggaru kepala.

Sesuci, Nur HananWhere stories live. Discover now