ONE...THE SMILE...

73 2 1
                                    

P.O.V FIEZA

Hanya tinggal sehari sebelum pengambilan keputusan SPM.Gementarnya aku...Mataku merenung ke arah kiri,melihat kakak aku yang sedang memandu."Perlu ke angah(aku) beli barang along?Ingat angah ni ada kuasa telepati ke,kenapa tak beli sendiri...?" Along tersengih macam kambing mendengarkannya."Tolonglah belikan barang along.Nanti dekat sana along beritahu barang apa angah perlu beli."

Aku hanya boleh mengeluh sahaja.Kami kini bergerak ke Pekan Lanchang (boleh check kat map) dan kereta yang dipandu along berhenti di hadapan kedai makan.Along mengeluarkan senarai barang dan wang daripada dompetnya."Nah,tolong beli ya~?" 'Kenapa dia tak beli sendiri?'bisik aku dalam hati.

Aku melihat senarai,ummm...Hanya peralatan alat tulis sahaja...Takkan tak boleh beli sendiri?Rambut aku yang hitam lurus berkilat paras bahu diikat dengan getah rambut berwarna ungu.Aku hanya memakai t-shirt lengan pendek dan berwarna coklat susu dipadankan dengan seluar jean berwarna biru muda.Sepasang anak mata berwarna kelabu milik aku tercari-cari kedai alat tulis.Setelah jumpa,kakiku melangkah ke arah kadai alat tulis.

Dengan segera aku mendapatkan barang untuk dibeli dan apabila aku menuju ke kawasan buku,aku ternampak seorang gadis kenit berpakaian gaun kuning terang paras atas lutut dan berlengan panjang.Lehernya dililit dengan mafela berwarna merah dan panjang hampir mencecah ke lantai.Dia ni tak lemas ke pakai tu pada waktu panas begini?Rambutnya pendek paras leher berwarna coklat hitam kelihatan beralun ditiup angin.Macam watak kartun aku lihat dia ni.Kelihatan beberapa buah buku di tangannya.Mak ai...Dia ni memang hantu buku,dia nak buat novel ke dengan buku berlambak tu?Tanganku menepuk bahunya.

"...Nyaaaahhhh~~~!!!"Gadis tersebut menjerit terkejut.Aku merenung dia.Apa punya jeritan tu..?Nasib baik kau tak melatah.Dia memandang aku dengan muka pucat lesi."Mou...Fieza,awak nak saya mati diserang serangan jantung ke..?" "Hehe,maaf maaf.Awak nak buat dengan buku-buku tu,Murni?"

"Adalah..." Ceh!Berahsia pula dengan aku.Tidak mengapa,tahulah bagaimana aku bongkar rahsia kau."Awak pula beli barang ni dah dapat surat ke?"Aku merenung sebentar Murni.Dia mengeluh,sambungnya"awak dah dapat ke surat kemasukan matrikulasi?" "Tentang tu...Belum lagi.Awak nanti ambil apa?" "Mungkin tingkatan enam atau IKIP?" "Ohh..."Itu sahajalah aku boleh cakap,aku tahu sangat si Murni ni...Dia memang tak suka belajar tapi terpaksa,yelah...Nak jadi animation game designer...Kenalah belajar.

Belum sempat Murni nak menyoal lagi,sekumpulan manusia bersut hitam dan memakai topeng tiba-tiba menjelma di dalam kedai.Kami yang di dalam terkejut dengan kemunculan seperti itu.Bagaimana mereka muncul tanpa membuka pintu kedai dan siapa mereka!!?

Murni menarik kuat bahuku."Fieza,tunduk sekarang!"Bisiknya ke telinga aku. "Si-siapa awak semua..?"Soal seorang lelaki berhampiran dengan tempat pembayaran.Salah seorang daripada kumpulan tersebut menarik keluar sepucuk pistol lalu menembak lelaki tersebut.

BANG!Sebutir peluru laju menembusi tengkorak kepala lelaki tersebut.Darah merah membuak-buak keluar daripada kepala mangsa.Aku menengkup mulutku kuat daripada menjerit.Murni yang disebelahku segera memeluk aku.Dia menutup mataku daripada melihat sekujur tubuh yang layu dihadapan kami semua.Murni membawa aku perlahan-lahan berundur ke belakang.Aku dapat dengar dengupan jantung Murni yang laju.Serius aku katakan,macam mana dia masih boleh ber'tenang' pada waktu begini!?Dia berbisik kepadaku,"mereka seperti mencari sesuatu atau seseorang..Jika firasat aku betul,mereka ialah mafia..." Hah...!!?Mafia!!?Apa pula si pelik ni cakap! "Macam mana awak boleh bertenang masa ni..?" Dia padang aku dengan wajah pucat lesi."Ni awak kata bertenang?Saya rasa nak termuntah tengok..."Muka dia macam nampak hantu.

"Kenapa awak cakap mereka ialah mafia..?"Aku menanya Murni seperlahan yang mungkin."...Entah,tapi setahu sayalah,selain orang bekerja pejabat,mafia juga memakai sut seperti mereka dan terutama sekali di mafia itali.Saya kaji tentang mafia dahulu..."Aku pasti wajah aku pun semakin pucat mendengar ayat Murni.

Aku melihat semula kumpulan bersut itu.Kelihatan mereka sedang bercakap dalam bahasa yang ganjil pada aku."Erk,biar betul?!Me-mereka mafia itali ke?!!"Terketar-ketar Murni berkata.Aku memandang pelik ke arahnya.Dia menjawab,"mereka cakap dalam bahasa itali..Saya pasti sebab saya dengar mereka sebut puteri banyak kali dalam bahasa mereka...."

Ok...Ini memang tak bagus...!Kami berdua akan mati di sini!"Lebih baik kita lari sekarang.." "Ikut mana..?" "Pintu belakang." Kami berdua merangkak dengan laju menuju ke bilik belakang.Kami memang bertuah kerana mereka seperti tidak perasan kehadiran kami...BANG!!...Atau mungkin tak.Sedikit lagi kepala aku pasti berlubang kalau tak kerana Murni yang menarik aku.Kami memandang mereka.

Salah seorang daripada mereka seperti berkata sesuatu dengan nada perlahan tetapi tegas kepada kami tapi sebagai orang asia yang normal,kami hanya merenung dia dengan mulut terngangalah jawabnya.'Ingat kami faham ke?!!'

Lelaki tersebut tersentap.Murni membuat mulut '0' kepada aku."Uwaaa..Marah betul awak.." "Eh..." "Awak menjerit "ingat kami faham ke?'" "Oh."Alamak,kuat sangat ke aku menjerit tadi?...Tunggu dulu,bukan ke aku cakap dalam hati?!

Lelaki tersebut menembak lagi menyebabkan rakannya meluru ke arah kami.Kami berdua berlari mendapatkan pintu belakang tetapi pintu tersebut terkunci dan mereka semakin dekat dengan kami."Apa patut kita buat sekarang..?!"Aku berulang kali berdoa kepada tuhan.Selamatkan kami!!!

Poofff!!!

Tiba-tiba muncul sesuatu di belakang kami.Kelihatan seperti portal aku tengok.Kami memandang satu sama lain.Apa benda pula muncul kali ini??!

Murni menjeling ke arah portal tersebut den seterusnya memandang kumpulan tersebut.Dia berlari mendekati aku lalu melilit mafela milikny ke leher aku.Mataku terbeliak,"Murni,apa yang awak buat ni??!"
Murni menarik nafas sedalamnya sebelum memberi senyuman paling manis pernah aku lihat.

"...Nee,Fieza...Awak tahu saya sayangkan awak.Awak seperti kakak saya walaupun kita berdua adalah sebaya.Hahaha..."

Kedengaran jeritan demi jeritan seiringan dengan bunyi tembakan bertubi-tubi semakin hampir dengan kami.

"...A-Apa yang awak cuba buat ni...?"

"...Fieza,saya tak tau apa di dalamnya.Tapi saya tau awak akan selamat di dalamnya..."

Bangg!Mereka hampir menembak bahu Murni.Aku terkejut Melihatkan mereka di sini.Kami akan mati...!!!Dan terkejut aku belum habis apabila Murni menolak aku dengan kuat ke dalam portal pelik ni...

.....Perkara terakhir yang aku nampak ialah senyuman Murni yang manis sebelum dia ditembak di kepala....Dan padangan aku menjadi gelap selepas itu....

_________---------_______----------________

Uria:Yeii!!!Bab 1 dah siap!Bosan betul buat bab ni...*mencebik*
Ventus:*pooff*Nani..?!U-chan kenapa ni?!
Vanitas:Oii...Mana askrim aku?
Ventus:Err..Hehe,alamak lupa lak nak beli...
Uria:Khr dan watak-wataknya adalah hak milik amano akira.Hanya Murni dan Fieza hak milik saya..!
Vanitas:*meletakkan tubuh Uria di bahunya lalu meninggalkan Ventus*
Ventus:*bengang*Oi oi!Awak nak bawa dia ke mana?!

Koiga:...Semoga kita jumpa lagi.Oh,jangan lupa komen tau!

KATEKYO HITMAN REBORN~FOREVER BE MY SKY~Where stories live. Discover now