Aku terus memandu membelah sejuk malam. Aku ternampak signboard yang menunjukkan jarak ke RnR Perasing. Hm, lagi 1 km. Nak dekat dah ni.
* * *
Haa sampai pun, aku memberi isyarat untuk membelok kiri dan memasuki RnR Perasing tersebut. Aku hairan, kenapa takde orang langsung kat RnR ni ?
"Aik, takde orang ke ? Ahh RnR baru bina kan, mesti la takde orang lagi" aku cuba menyedapkan hati.
Aku parking kereta berdekatan dengan tandas.
"Haih mane pulak bahalul ni, dia tak tau seram ke duduk sensorang kat RnR ni."
Sedang aku menunggu Ziq. Aku tiba-tiba rasa ingin membuang air kecil. "Ah ni memang celaka, time ni gak la rasa nak buang. Apa tak de masa lain ke ?!" aku bercakap seorang diri
Aku pun pergi ke tandas lelaki. Sejuk semacam. Bulu roma aku tegak serta merta, seram pulak aku. aku memasuki tandas yang paling hampir dengan pintu keluar tandas. Just incase kalau ternampak hantu nanti boleh la lari .
Sesudah melepaskan hajat. Aku pergi ke sinki untuk membasuh tangan dan muka. Hm bawak kereta malam² ngantuk jugak ya. Aku bercakap sendiri. Aku tundukkan muka ke sinki untuk membasuh muka. Bulu roma aku berdiri serta merta.
Tiba-tiba, ada kelibat putih melalui belakang aku. Ah sial betul. Aku cepat-cepat menutup paip air lalu keluar dari tandas. Sedang aku berjalan laju untuk kereta ada seorang ibu mengandung sedang berjalan melintasi aku. Mungkin dia "lepaskan hajat" jugak kot, kot la.
Ibu mengandung tersebut berhenti tiba-tiba dan telah menghalang laluan aku. Eh apahal ni ?. Si ibu menangis.
"Puan... Puan okay tak ?" soal aku.
Diam.Daripada tangisan bertukar menjadi ketawa. Perut si ibu pecah dan darah memancut keluar dengan banyak. Si ibu mengangkat muka, aku terkejut. Tiada muka, kepalanya dipenuhi dengan darah.
Aku cuba lari tapi tak boleh bergerak. Kaki aku rasa pelik, seperti ada sesuatu melekit di kaki aku. Aku jeling ke bawah.
"Hik, hikhikhik hihihihi hihikhik !"
Celaka betul.
YOU ARE READING
TUMPANG
RandomAntologi cerita seram dan psiko yang tak berapa nak seram dan psiko. Have a multiple times of read :V