Housemate - Part 2

272 11 1
                                    

"Woi kau pahal ni ? basah kuyup pulak. kau main hujan ke apa tadi ?" soal aku hairan kerana mana taknya, setitik hujan pun tiada.

"Hahaha takde la bro. Tadi ada PakCik basuh kereta, aku lalu sebelah kereta patu terkena pulak air time dia sembur air tu" Terang Fahim.

"Haa mana beg dengan kunci rumah kau ?" soal aku.

"Ada dalam kereta. Malas nak angkut" balas Fahim.

Aku pun mengiyakan sahaja. Lalu aku pun sambung menonton televisyen. Fahim pula masuk ke dapur.

"Kau nak aku masak maggi sekali tak ? aku nak makan maggi ni" teriak Fahim dari dapur.

Wah, rajin pula mamat ni. Biasanya dia yang minta aku yang masakkan untuk dia.

Aku sambung menontom televisyen sambil makan kacang Cap Tangan. Aik, senyap je dapur. aku bermonolog.

"Sayur nak tak ?!" teriak Fahim lagi.

"Haa boleh la". balas aku pendek. Ni dah pelik kuasa 2 dah ni. Siap tanya nak sayur ke tak. kata aku dalam hati.

Setelah 10 minit berperang didapur. Ye la masak maggi je kot. Fahim akhirnya membawa keluar dua mangkuk maggi.

Aku terkejut. Baju Fahim kotor dipenuhi dengan tanah dan koyak sana sini.

"Wei sial. Kau buat apa tadi ? Kau masak ke berkebun ?" soal aku.

Telefon aku berdering tanda whatsapp aku masuk. Aku terus membuka mesej tersebut dan baca...

From : Fahim
Time : 12:20 a.m.
  : Wei Mirul, aku tak dapat balik malam ni, kereta aku rosak. Haa jangan lupa kunci pintu plak malam ni, aku dengar ada hantu kat taman kita ni. Hehehe.

Aku terkejut. Aku pandang semula "Fahim" di depan aku dan aku lihat 2 mangkuk yang dia pegang dipenuhi dengan ulat-ulat dan rumput yang tah dari mana dia kutip. Aku rasa seram sejuk. Selama ni dengan siapa aku berborak ? aku buat keputusan untuk berdiam sahaja, aku takut "Fahim" mengamuk pula nanti.

Fahim pandang aku tajam dan serta merta berubah wajah kepada makhluk yang mengerikan. Rambut panjang menutupi muka. Bajunya koyak seperti dicakar sesuatu, perutnya berdarah dan isi terburai sehingga menampakkan usus terkeluar. Aku terkesima. Kemudian tiba-tiba "Fahim" tanya aku...

"Dah tahu ke buat-buat tak tahu ?"

TUMPANGWhere stories live. Discover now