Hari pertama mereka debut sebagai boyband di JF Entertainment, mendapat sambutan ramai oleh kerana mereka terlebih dahulu menjadi popular sebagai artis media sosial. Selepas selesai konsert pertama mereka sebagai artis debut, mereka menaikki van mewah yang selalu dinaikki oleh artis-artis terkemuka di Korea.
"Wah! Hyung! Tak sabar rasanya nak balik dorm. Ini kali pertama kita debut sebagai artis. Hyung nervous tak? Nervous tak?"
"Popet popet.. Macam ahjumma lah kau ni Ken. Tunggu je bila sampai dorm nanti. Ahh, baik aku tidur sekejap"
Dalam sungguh hingga menusuk kalbu di dalam jiwa kata-kata Leo.. Ehh, bermadah pula. Bagaikan diketuk beberapa kali dengan menggunakan penukul, tidak pun bagaikan ditembak dengan pistol berdas-das balasan Leo itu. Fuh, pedas. Lagi pedas daripada maggi kari meletop kebaboom.
Selepas beberapa minit kemudian, masing-masing sedang tidur. Ada yang tidur hingga ternganga mulut, ada yang bila kereta berhenti di lampu syarat kepala ke bawah, bila jalan kepala naik semula. Bermacam-macam ragam. Apabila sampai, pengurus mereka mengejutkan N selaku leader di antara ahli VIXX.
"Wahai anak buahku sekalian. Bangunlah dikau dari tidur panjangmu. Bangunlah.."
Sekelip mata semua member Vixx terbangun. Wah, nampaknya jampi N ini menjadi. Tapi, hanya seorang yang masih belum bangun iaitu Ravi. Antara ahli yang tadi punya cerita tidur mulut ternganga.
"Yahh.. Bangunlah. Hyung.. Bangun" Hyuk menggongcang-gongcang badan Ravi. Eh, baguslah. Mana tahu tetiba keluar jin dari badan Ravi. Jin? Adakah jin bts? Bukan.. Jangan salah faham pula.
"Eh, ni senang je. Meh sini" Ken pun mendekatkan mukanya. Tiba-tiba Ravi terus terbangun. Dia bagaikan disampuk jin. Bangun dan terus masukke dorm. Hampir tercengang semua ahli mereka melihat Ravi.
****
Tiba di dalam dorm, mereka di arahkan untuk memilih bilik. Ravi orang pertama yang terlebih dahulu memilih bilik. Mereka melihat muka masing-masing dan terus berkejaran untuk memilih bilik. Leo pun turut sama begitu.
Hongbin tiba dimana bilik Ravi ada.
'"Ravi-aa.. Aku tidur dengan kau ehh.."
"Tak payah."
"Eh, bolehlah. Please."
"Hrm.. Boleh. Boleh bla. Dah pergi lah cari bilik lain."
"Alah bolehlah."
"Tak boleh. Aku kentut kang."
"Haisshh.. Ye lah. Tak payahlah sampai nak kentut bagai. Kedekut."'
Hongbin pun keluar dan menjelir lidah kepada Ravi. Ravi pun meneruskan perjalanan tidurnya itu. Banyak tidur sungguh Ravi ni -_-
Setelah lama berebut bilik, akhirnya mereka membuat keputusan, hyung line satu bilik dan maknae line satu bilik. Hanya Ravi mempunyai bilik sendiri.
****
DI DORM HYUNG LINE
Pada malam itu, mereka mengemas pakaian. N pula memakai produk kecantikannya bercerminkan kamera rakaman. Bagaikan sedang membuat tutorial produk kecantikkan je.
"Okay. Mula-mula kita basuh muka dan lapkan. Selepas itu, kita sapu krim pada wajah supaya kulit kita lembab. Dan tadaa.." Apabila siap mengaplikasikan produk kecantikkannya itu, dia menilik-nilik mukanya dan membuat muka comel.
Ken dan Leo berpandangan antara satu sama lain. Mereka pun menggelengkan kepala melihat N.
DI DORM MAKNAE LINE
Hyuk mengeluarkan tedy bearnya dari beg pakaian. Berbelang-belang.
"Tedy bear? Apa nama tedy bear tu?"
"Leo"
"Mwo? Leo? Leo hyung?"
"Bukanlah. Nama dia Leo. Bukan Leo hyung."
"Yeke? Eleh, Hyuk peminat Leo hyung ya. Hahaha"
"Bukan"
"Untunglah orang ada tedy bear. Kita tak mampu -,-"
Rupanya kuat menyakat juga Hongbin ni. Walaupun dulu selalu kena kejar dengan budak perempuan.
Seketika Leo di dormnya tersedak semasa meminum air.
DI DORM RAVI
"ZzzZzzZzz"
Ravi masih tidur dengan keadaan yang tunggang terbalik. Tiba-tiba, dia tersedar dari tidurnya. Dia pun bangun, pergi masuk tandas, keluar dengan baju dah ditukar dan sambung tidur balik. Wah, macam tips pula.
****
Tepat pada pukul 8 malam, mereka pun keluar dari dorm masing-masing untuk makan malam. Macam-macam hidangan disediakan. Ada bulgogi, kimchi dan macam-macam lagi. Mereka menikmati hidangan dengan gembira.
Apabila tiba pada pukul 10 malam, mereka harus tidur dan bangun pada pukul 6.
"Selamat malam. Annyeong."
Mereka pun berpelukan dan masuk ke dalam dorm masing-masing untuk tidur.

YOU ARE READING
VIXX DORM
FanfictionVIXX DORM mengisahkan tentang kehidupan 6 orang idol di dorm mereka! Sambungan daripada kisah SIX POPULAR BOY LIFE STYLE!