Pada petang keesokan harinya, ahli VIXX selesai membuat persembahan debut mereka. Di belakang pentas, mereka menegur sunbae mereka antaranya ialah Infinite, B.A.P, BigBang dan lain-lain lagi. Semasa di dalam kereta menuju balik, Hyuk menyuruh pengurusnya memberhentikan kereta di sebuah cafe.
"Hyuk-ssi.. Kenapa kamu suruh berhenti?"
"Saya nak pergi beli kopi lah. Lepas tu nak beli kek juga."
"Wahh, belikan untuk hyung juga boleh? Beli kek coklat."
"Duit?"
"Guna duit kamu dulu nanti hyung bayar balik. Okay?"
"Yalah. Tapi janji bayar balik."
"Iya. Hyung janji."
Setelah tamat perbicaraannya dengan Ken, dia pun turun di sebuah kafe dengan menutup mukanya dengan menggunakan mask. Maklum lah, dia kan artis. Nanti tak pasal-pasal, tak ada kopi tak ada kek kena serang dengan peminat.
"Cik, tolong bagi saya satu latte dan dua potong kek coklat"
"Baiklah, itu sahaja yang encik mahu?"
Hyuk mengangguk kepalanya. Sementara menunggu air dan keknya siap dibungkus, Hyuk membelek-belek telefon bimbitnya. Tiba-tiba dia terdengar suara gadis korea bergelak sakan melihat video. Hyuk pun cuba memanjangkan lehernya seperti zirafah untuk melihat apa yang dilihat oleh gadis itu.
".. Cause if you like the way, you look that much, ohh baby you should go and love yourself..."
"Wahh.. Merdu betul suara Justin Bieber ni." kata gadis yang ada disitu.
Hyuk hanya mendengar rentak lagu itu. Tiba-tiba..
"Encik.. Encikk"
"Oh ne? Dah siap ke?"
Pekerja di kafe itu pun menghulur bungkusan kek dan latte kepada Hyuk.
****
Semasa di dalam kereta, Hyuk asyik termenung. N yang perasan akan Hyuk, menyedarkan Hyuk dari lamunannya.
"Yahh.. Berangan ea? Berangan jumpa yeoja chingu ke?"
"Hyung, dia bukan berangan jumpa yeoja chingu tapi teringat dengan Leo dia yang dekat dorm"
"Leo?" Semua tercengang dan melihat Leo. Leo yang tidak tahu apa-apa tentang nama yang disebutkan oleh Hongbin memandang Hyuk semula.
"Itu nama tedy bear Hyuk lah"
"Ouh.." hampir serentak kesemua ahli VIXX berkata. Dah macam koir pula.
"Ehh mengarut je lah hyung semua ni. Macam ni, tadi masa Hyuk dekat kafe, ada sekumpulan gadis ni tengah dengar lagu Love Yourself. Bukan ke lagu tu popular sekarang?"
"Apa kata Hyuk buat cover lagu Love Yourself ni? Mesti lagi hits." Cadangan yang diberikan oleh Ken sungguh bernas.
"Oh, bagus juga cadangan Ken. Nanti hyung bincang dengan manager." N turut bersetuju dengan cadangan Ken.
****
Semasa di dorm, Hyuk sedang baring sambil melihat dengan telefon bimbitnya.
"Hyuk! Manager setuju untuk buat cover Hyuk."
"Jinjja? Neomu gomawopta hyung"
"Sama-sama. Kamu boleh start hari ni kalau kamu tak penat"
"Okay, tak apa.. Saya masih boleh berlatih."
Mendengar tentang berita itu, semua ahli VIXX turut membantu Hyuk.
"Hyuk-ssi, kamu kena buat elok-elok." kata-kata Leo membuatkan Hyuk tersenyum.
****
Setelah beberapa minggu Hyuk berlatih, kini tiba masanya cover lagu Love Youself Hyuk keluar. Di laman web dan di laman media sosial penuh dengan cerita tentang lagu cover Hyuk. Di youtube pula, ramai orang yang menonton lagu Hyuk. Reputasi VIXX kini mendadak naik.
"Hyuk, tengok ramai orang tonton video cover lagu kamu."
Mendengar apa yang telah dikatakan oleh Ravi, Hyuk cepat-cepat berlari ke arah Ravi.
"Wah, jinjja?" Hyuk tersenyum seperti senyuman bayi yang sangat comel walaupun dia mengaku dirinya tidak comel.
"Fuyoo. Popular Hyuk nanti" Hongbin menepuk-nepuk bahu Hyuk.
"Eh, dia memang popular. Popular dengan kenakalan dia yang tahap cam gini harr" Semua ahli ketawa mendengar lawak Ken. Mereka pun berhenti ketawa dan melihat video Hyuk dengan senyuman.

YOU ARE READING
VIXX DORM
Fiksi PenggemarVIXX DORM mengisahkan tentang kehidupan 6 orang idol di dorm mereka! Sambungan daripada kisah SIX POPULAR BOY LIFE STYLE!