Perang Bantal Kini Bermula!

22 1 0
                                    


"Hyung, saya mengantuk lah. Tapi tak boleh tidur. Tutup mata sikit, lepas tu terjaga." Kata Hyuk.

Semasa Hyuk sedang membelek-belek telefon bimbitnya, Hongbin dengan tidak sengaja membaling bantal. Pada masa itu, elok cantik sahaja posisi Hyuk yang berada di atas katil dan tiba-tiba bantal hinggap pada muka Hyuk yang sedang menguap. Tangan Hongbin bagaikan dipaku. Ternanga melihat bantal yang dibalingnya sekarang tepat berada pada muka Hyuk.

Tangan Hyuk yang sedang memegang telefon dilepaskan. Bantal yang berada dimukanya diambil. Dia memandang tepat ke arah Hongbin. Hongbin pun tersengih menampakkan lesung pipitnya yang comel.

Hyuk terus mengejar Hongbin. Hyuk mengejar Hongbin dan tangannya memengang bantal. Bagaikan zombi yang sedang mengejar mangsanya. Huu.. Seramnya.. Semasa dalam sesi kejar mengejar tersebut, Hyuk terus membaling bantal tapi dapat di elak. Hyuk terus mengejar Hongbin sampai ke dorm hyung line. Leo dan Ken yang sedang berbaring terkejut melihat mereka. N yang sedang mengaplikasi produk kecantikannya juga terkejut.

Sampai ke suatu sudut Hongbin menyorok di belakang Ken dan apabila Hyuk hendak membaling bantal, bantal tersebut terkena pada Ken. Begitu juga Leo dan N.

"YAHH!!" Hampir serentak Ken,Leo dan N berkata.

"Oppss" Hongbin sekali lagi tersengih.

Mereka pun berkejaran antara satu sama lain. Perangai mereka kini sedang menggila. Sambil berkejaran, mereka ketawa terbahak-bahak. Ravi yang sedang tidur nyenyak pun makin nyenyak tidur agaknya.

Apabila puas berkejaran, mereka pula keluar dari bilik hyung line dan kini masuk ke dalam bilik Ravi. Seperti yang sedia tahu, Ravi memang sedang tidur. Mereka bagaikan seperti di taman permainan. Tiba-tiba kaki Ken tersandung dan menyebabkan mereka semua terjatuh di atas Ravi. Ravi terus membuka matanya.

"Yahh! Berat lah. Ingatkan gorila jatuh atas aku tadi. Tepi." 

Ravi menggoyangkan badannya dan terus mencapai bantal. Dia pun terus memukul mereka. Kini mereka memandang antara satu sama lain. Terjungkit-jungkit kening masing-masing.

Mereka terus bermain perang bantal hingga lah mereka tertidur.

VIXX DORMWhere stories live. Discover now