Fikirannya melayang..
Sesi persekolahan bermula seperti biasa. Di dalam kelas tingkatan lima, Aman memandang Zarul dengan tajam. Dia tidak percaya hari pertama memjejaki sekolah baru dia ditempatkan di sebelah jejaka berwajah mat salleh. Berkerut seribu dahinya mecari cara untuk memulakan komunikasi. Perlukah memberi pantun pembuka bicara? atau syair salam pertemuan kali pertama? Mana mungkin mat salleh menyukai bahasa puitis. Dia binggung sendiri.
Zarul mula rasa tidak selesa apabila ditatap oleh pelajar baru di sebelahnya. Wajahnya terasa panas dan membara. Meskipun matanya sentiasa melihat ke depan, namun dia masih boleh nampak perlakuan Aman terhadap dirinya. Ini adalah satu kes jenayah yang berat iaitu mencabul ketenangan jiwa. Dia cuba menahan geram.
Cikgu Farhan sibuk bercakap di depan, tumpuan Zarul semakin lama semakin hilang . sehinggahkan apa yang dikatakan oleh Cikgu Farhan tergial-gial dalam kepalanya lalu bertukar menjadi pisau yang menyucuk-nyucuk perasaannya seperti dalam mimpi. Setiap bait perkataan ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ini semua gara-gara orang yang duduk disebelahnya.
"excuse me, kau nak apa sebenarnya?" Zarul melawan renungan mata Aman.
Sesungguhnya dia pantang ditatap sedemikian rupa. Silap hari bulan dia boleh bertukar menjadi garuda yang mengunyah apa sahaja di hadapannya.
Sekali lagi, Aman terkesima melihat bola mata Zarul yang berwarna biru. Bersinar. Mana boleh pakai contact lens dalam sekolah melainkan tenaga pengajar, eya ka? Aman menggelengakan kepalanya. Tenaga pengajar pun mana boleh berhias lebih-lebih dan yang lebih layak sebenarnya adalah cleaner sekolah kerana mereka tiada peraturan langsung kecuali memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih. Oh yeah.
Zarul geram. Kali ini dia bersuara dengan nada yang lebih keras.
"excuse me!."
"Aghhhh!!." Aman teriak terkejut.
Semua mata menoleh ke arahnya. Antara mata-mata yang memandang mata kepuyaan Cikgu Farhanlah yang paling menggerunkan. Cikgu Farhan dikenali sebagai guru yang paling berkeyakinan tinggi dalam mendenda pelajar dan mempunyai tahap kebengisan yang bertaraf naga.
"Adam Zuriel bin Hazif !!"Cikgu Farhan memanggil nama penuh Zarul. Zarul terkesima.
"Panggil Zarul sahaja, cikgu.. si Aman ni yang dahulu cari pasal." Zarul membetulkan balik namanya yang disebut.
Dia merasa pelik sendiri mendengar nama penuhnya setelah sekian lama dia menjadi 'orang melayu' di tanah Malaysia. Isehmen.. Tapi sejujurya dia sendiri janggal dengan nama penuhnya itu, dia lebih rela dipanggil Zarul meskipun wajahnya setampan Ian Somerhalder.
"Amanda binti Iskandar!!" Cikgu Farhan beralih pula kepada Aman.
Ternganga mulut Aman mendengar perkataan itu. Nama yang disebut seakan bukan dirinya.
"panggil Aman saja cikgu.."
ketika itu satu kelas mula saling berbisik-bisik sesama mereka seperti tidak percaya juga apa yang mereka dengar.
Aman adalah Amanda.
"Amanda?" Adie hampir pecah perut menahan gelak.
Mana tidaknya, beberapa jam yang lalu, Amanda datang dengan keyakinan yang tinggi memperkenalkan diri di hadapan kelas sebagai seorang pelajar yang baru. Dia hanya mahu dipanggil Aman dan enggan memberitahu nama penuhnya. Cikgu Farhan selaku penolong kanan sekolah pula membocorkan nama penuh Amanda. Dalam diam Adie mengagumi sikap Amanda yang tersendiri. Amanda seperti menyimpan rahsia yang besar tentang dirinya. Kununnya mahu dipanggil Aman tapi hari pertama masuk sudah menghuru-harakan keadaan kelas. Lebih-lebih lagi depan Cikgu Farhan yang gemuk pendek- pendek sedikt orangnya. Mana pernah ada sesiapa yang berani tiba-tiba berteriak dalam kelas Cikgu Farhan melainkan pelajar baru ini.
YOU ARE READING
AKU KEMBALI [Completed]
Acak"Dia kembali, Dia dah tak seperti dahulu, Dia bukan lagi yang kau kenal, Dia adalah orang yang berbeza.." "Mungkin aku silap.. aku tak seharusnya berharap macam ni.." - ZARUL "Huh..Aku tak makan nasihat dari orang macam kau. Fikir baik-baik. Kita ni...