Bab 1
Nadia memilih kitab yang bersusun di rak library tersebut. Matanya menangkap tajuk yang mahu dipinjamnya. Lega. Nasib baik jumpa. Dalam library yang maha besar ni. Nak cari buku setebal ni pon payah gila. Nak beli mahalnya sangat. Takkan nak minta duit dekat parent lagi. Segan pulak nak minta banyak-banyak. Nak pakai duit sendiri. Faham-fahamlah student. Cukup-cukup makan je.
Aku menarik kitab hadis imam bukhary dirak. Tangan mengusap kulit tebal yang sedikit berhabuk itu. Senyum ditarik puas. Kaki mula melangkah menuju ke kaunter. senyuman diberi pada kak Leen.''Ini je?'' kak Leen memegang buku ditangan. ditanda pada komputer.
''Ini je. nak buat kerja sikit.'' buku yang disua kembali diambil.
''btw. faiz kirim salam.'' kak leen tergelak. aku hanya mampu geleng. tak pernah serik betul mamat ni. sampai keluar gossip aku couple dengan dia. manalah nak letak muka ni.
''Mengarutlah kak. takpelah. i've got to go. see ya.'' aku melangkah keluar dari perpustakaan. panas terik agak membahang. aku menyusur susur gajah yang bersambung dengan kafe. Terasa segan pulak berjalan sorang-sorang. Rasa jauh pulak berjalan sorang-sorang macam ni. tadi Awin nak teman ditolak. perjalanan ke hostel diteruskan.
''Nadia!'' aku statik tegak. kenal sangat empunya suara. Faiz! apa lagi yang dia mahukan tengah-tengah hari panas gilak ni.
''Nana.. sampai hati nana buat Iz macam ni. Iz bukan nak apa-apakan Nana. Iz just nak kawan dengan Nana.'' Faiz mula membuat muka simpati. Tangan diangkat mengusap belakang kepala. Dia ingat bagus la tu posing macan tu. Aku ni dahla cepat kesiankan orang.
''Yang Iz pergi cakap dekat kak leen tu melampau tau. malu la nak letak muka dekat mana.'' hakikatnya aku dah mula senang dengan Faiz. Dari sem 2 dan sekarang dah sem 5. Dia tak pernah putus asa. Lebih rasa special bila hanya dia yang panggil aku Nana while yang lain panggil Nad sahaja. Lepastu aku pun rajin la terperasan sorang-sorang sebab Faiz ni student boleh tahan hot. Boleh pulak ngorat aku yang lemah iman tapi gagah bajet jual mahal. Dalam hati goyang jugak bila nampak muka hensem mamat ni.
''alaa.. sorry la nana. Iz janji tak buat lagi.' Faiz menarik senyum. tangan menggosok belakang kepala. aku tersenyum lihat gelagatnya.
''Nana. i'm serious.'' Faiz mengubah riak mukanya. aku julingkan mata keatas.
''I'll think about it.'' aku melihat faiz sedikit tersenyum. terbagi harapan pulak.
''Thanks'' ucapnya gembira lalu berjalan pergi. aku hanya menggeleng.
.........................
Sampai ke bilik aku terfikir pasal Faiz. Bukan apa. Yela kalau dah serious buat apa nak tangguh. Malu la dah besar macam ni pon gedik nak couple lagi. Buang masa aku je.''Awin.. aku buat ni betul ke tidak eh?'' aku baring menghadap katil awin.
''Kau istikharah la dulu. mana tahu. kan petunjuk allah tu yang utama. minta pada DIA. insyallah dia bagi jalan.'' Awin dah mengeluarkan hujahnya. Awin ni memang jenis solehah sikit. Aku je solehah celup. Iman keluar masuk.
''Cakap dekat ibu belum?'' aku menggeleng pada awin. takut sebenarnya. takut ibu marah. hantar universiti nak suruh belajar. aku nak kahwin pulak. Nanti mesti ibu fikir aku ni gedik sangat nak kahwin.
''Tanya pendapat parent kau dulu. kalau kau taknak. suruh faiz pergi bawak family dia merisik kau. habis cerita Faiz tu pon aku nampak budak baik. tak salah kau bagi dia peluang.'' awin berbaring atas lantai. aku tak faham jenis yang suka tidur bawah ni. sakit belakang tau.
''call ibu kau cepat.'' Awin menjerit dari bawah bantal yang menutup muka.
aku memngetuk-ngetuk phone ditepi. nak call ke tak?
bing!
-nana da tdo?
aku mencapai phone. faiz?!
+belum.
-nana. iz masuk mng eh?
aku membeliakkan mata.
-kalau serious pegi bawa parent jumpa parent nana
usai send. aku off phone. kahwin bukan perkara yang mudah tapi tak sanggup nak zina hati bila aku terus rindu dan senang dengan kehadiran dia. rambut disanggul. pantas kaki menuju ke bilik air. betul kata Awin. aku perlukan petunjuk tuhan.
..........................
''Dah buang tebiat ke Faiz. kalau kamu serious mama ngan papa pergi masuk minang hujung bulan ni'' mama sedikit terjerit dihujung talian. terkejut dengan keputusan anak sulungnya yang tiba-tiba mahu merisik anak orang.
''tak main-main mama. cakap dekat papa eh.'' Faiz tersenyum mendengar mamanya yang bising.
''okay. weekend ni balik. kita pergi merisik.'' mama menukar tune suara. Faiz melepas nafas lega.
''okay maa.'' phone dimatikan oleh mama. faiz menggeleng lagi. mesti kalut nak cakap dekat papa.
Nadia. hatinya membisik nama bakal tunangnya. senyum.
''ko pehal senyum sorang-sorang.'' pijoe yang baru melangkah masuk kebilik membaling bantal kearah faiz.
''hujung bulan aku masuk minang Nad.'' faiz tersenyum bangga. pijoe membesarkan matanya.
''cayalah kau.'' pijoe berlari keluar. nama Yazid dijerit. faiz tersenyum lagi.
....................
''ibu... Nad nak cakap sikit buleh dak.'' aku dah tukar logaht bila bercakap dengan ibunya. ibunya orang utara. walaupun dah bertahun kahwin dengan ayahnya orang shah alam namun bahasanya masih setia. Mungkin sebab dah balik kampung tinggal dekat alor setar lepas pencen. Lagi sakan laa ibu loghat kedah dengan ayah dekat rumah. Aku je rasa cam orang asing bila cakap kl sorang-sorang.
''yaa anakku. ada apa-apa yang buleh ibu tolong.'' aku tergelak dengan formal ibu. Ibu ni kaki drama kadang-kadang.
''ibu kalau Nad cakap ni ibu nak terkejut dak?'' Aku buat suara gadis melayu terakhir zaman.
''bagitau la dulu baqu buleh ibu terkejut .'' aku menggigit bawah bibir.
''ada orang nak masuk minang Nad.'' aku pantas memejam mata. Nafas ditarik. I just say it!.
ibu diam. aku dah cuak.
''hujung minggu ni balik.'' ibu berkata dalam tune yang biasa tapi agak keras. aku menarik nafas lega. mesti ibu nak suruh bincang depan-depan. Aku dah terbayang ibu buat press conference dengan ayah dekat rumah. Jemm!
''o....'' tuttttt!!
Tak sempat nak cakap okay.
aku memandang phone. What?!! Sejak bila ibu pandai drama ni? ibu letak call macamtu ja? hatinya resah. hujung minggu maknanya esok? lambatnya. pantas jadual kelas disemak. esok ada kelas pagi je. boleh la nak balik awal. hati yang resah dibiarkan. jam dijeling .3:30 ptg. Awin masih ada kelas. Aku dah gelabah bontot nak balik rumah. Buat nanti ibu cakap tak boleh. Aku dah tebayang awan gelap dalam bilik aku ni.......................................
YOU ARE READING
Drama Queen
RomanceNadia . gadis muslimah. Pelajar islamic studies. Ditawan jejaka. Dia juga manusia biasa. Bukan malaikat. Dia juga punya rasa bila seseorang cuba mengetuk pintu hatinya. . Faiz. Bukan calang manusia. Namun kerana ego. Hati Nadia cuba ditawan. . "I'l...