Harini kenduri besar. Penat melayan tetamu tetapi senyuman semanis madu gula masih dibibir. Aku paling kagum dengan Faiz. Macam mana dia boleh survive nak berlakon baik sampai aku mengandung beranak. Tapi tak apa. Aku punya plan lagi baik. Nak jugak tengok sampai mana dia boleh tahan. Aku boleh menang anugerah berprestij kalau aku berjaya menjayakan lakonan ini. Demi mangsa yang ke-100. Biar dia tahu. Apa itu erti jejak langit jangan lupa bumi. Aku mengeluh berat. Tipu kalau cakap hati tak sedih ditipu sebegitu. Biar nampak dia lemah pada Faiz. Baru dia tahu aku juga boleh terbang lagi tinggi. Pantas terbayang gambarnya berpelukan perbagai aksi dengan 99 perempuan berlainan yang lain. Sadis sungguh hidup aku berlakikan dia. Mungkin aku tak sebaik mana. Sebab tu jodoh aku jenis yang macam dia. Huh. Keluh perlahan. Dewan dipenuhi manusia bermacam ragam. Aku dah start pening. Membilang jam nak habiskan kenduri.Nasib baik buat sekali. Tak lah penat nak berkenduri lagi.
"Assalamualaikum." Sapa seorang lelaki. Pecah berderai lamunan aku.
"Waalaikumsalam. Woah. What's a suprise bro." Faiz disebelah pantas menjabat tangan. Saudara Faiz kot. Aku menoleh. Terpaku seketika. Mata dia. Memukau. Hijau zamrud. Serious aku kagum tengok mata dia. Mix ke?. Muka tak ada la mix sangat. Melayu je. Putih sikit dari Faiz. Mata dia paling penting. Gila memukau.
"Nana. Ni cousin abang. Qusyairi. Baru balik australia. Jarang ada sini. Tengah cari bini sana agaknya" Faiz memperkenalkan aku. Aku tersenyum menunduk sedikit. Bujang lagi. Haha. Sungguh mata dia menawan. Berdebar pulak aku tengok.
"Nice to meet you. Tak sangka kau kahwin jugak Iz. Tiba-tiba je ni." Qusyairi menyiku Faiz. Dia mengangkat kening nakal. Aku tersenyum sinis dalam hati.
"Dah jodoh. Aku kahwin la. Lama tau nak kejar dia ni." Faiz berseloroh. Qusyairi dan Faiz tertawa.
"Berapa?" Aku perasan Qusyari bertanya sesuatu ketika ada tetamu yang bersalam.
"100." Aku bersuara tinggi sedikit. Faiz mengalih padaku. Aku masih menyalam tetamu tersebut. Aku memandang Faiz dengan muka pelik.
"Kenapa dengan 100." Faiz bertanya. Aku tersenyum. Tahu gelabah.
"Tak. Tadi makcik muna. Dia tanya jemputan sebelah nana berapa Kad sebab dia tak nampak ramai sedara belah nana. Nana jawab la 100 jer " aku menerangkan panjang lebar. Dalam hati tersenyum bangga. Come on Faiz. Gertak sikit dah gelabah. We're on the same game right?!
Faiz tersenyum kelat pada Qusyairi. Aku memandang Qusyairi. Mata dia sumpah menawan gila. Kalau tak fikir aku kahwin dengan Faiz. Dah lama aku main mata dengan mamat ni. Qusyairi tersenyum kepadaku. And yes. Senyum dia lagi charming dari Faiz. Dugaan apa ni Nad. Kau jangan nak gedik kau tu bini orang. Aku gelak dalam hati. Ada ke patut terpukau dengan cousin dia. Huh. Selisih la aku nak tersuka-suka dengan kerabat dia. Come on Nad. Kau tengah main game kot. Mana boleh lembut hati dengan kerabat pihak lawan.
.............................
Aku dah pening kepala. Makan tak berapa nak cukup pulak. Perut masuk angin sampai kemalam. Baju pengantin masih tersarung. Aku masuk ke bilik. Bilik yang dihias ala romantik buat aku nak buang angin cepat-cepat. Loya pulak aku tengok bilik ni. Pantas tuala aku capai ke bilik air. Segala penat cuba dicurah hilang melalui shower. Nikmatnyaa hidup kalau aku tengah berenang-renang. Sejuk. Udara nyaman.
Usai mandi aku keluar. Terlupa pulak nak ambil baju tadi. Terpaksalah pakai tuala je. Whatever. Ada laki aku jekot. Time ni la aku boleh game dia. Senyum-senyum jahat ala ala sinetron mula terukir dibibir. Sawan lah kau Nad malam ni. Kaki melangkah keluar. Faiz sedang duduk dibirai katil. Tangan memangku muka. Jelas letih. Senyum diukir pada Nad. Aku balik. Dah orang senyum. Kalau aku buat muka monyok japgi habislah aku punya lakonan yang berprestij lagi versetile ni."Nak mandi ke?" Aku bertanya. Kaki berjalan kearah beg baju yang tersadai tepi katil.
"Mandilah. Badan dah melekit." Faiz pantas bangun membuka baju pengantinnya. Aku ambil tuala dari almari. Disua kepada Faiz. Dia mencapai sekali dengan tangan aku. Aku angkat muka. Apa kes ni? Senyum Faiz buat aku gelabah. Pehal mamat ni.
"Dah solat belum?" Dia bertanya lembut.
"Huh?" Aku angkat kening.
"Dah solat isyak ke belum." Muka dia tenang mengulang pertanyaan yang bukan aku tak faham tapi tak disangka.
"Ouh ya. Tak lagi. Nak solat lani." Aku pantas menarik tangan. Batal wudhu' aku. Dia tertawa kecil. Pantas berlalu ke bilik air. Aku blur dekat situ. Pantas baju disarung melepasi kepala. Letih. Nak tunggu dia ke tak eh? Sejadah dihampar. Solat dululah. Mengantuk sangat ni........................
Faiz keluar dari bilik air. Senyum kecil diukir pada Nadia yang dah terbongkang atas katil. Pantas mata beralih pada pakaian dibirai katil. Keningnya terangkat. Senyum sinis terukir. Isteri mithali rupanya yang dia kahwin nih. Baju dipakai.
Usai solat isyak kaki memanjat katil. Penat. Muka diraup perlahan. Nadia disebelah dijeling. Tidur mati betul minah ni. Tangan pantas melingkar dipinggang Nadia. Dipeluk erat. Mata terlalu berat.............................
Aku terjaga. Pantas phone dicapai. Dah pukul 6. Letih sangat. Nasib baik tak terbabas subuh. Kepala dipusing ke sebelah. Woo! Dekatnya. Baru sedar tangan Faiz yang melingkari pinggangnya. Muka Faiz ditatap. Bersih. Muka memang hensem. Badan pon tinggi. Cukup pakej idaman. Tapi sayang. Dia gamekan aku yang tulus suci ni. Sampai hati betul hubby aku ni. Yang aku pon tergedik suka dekat dia. Sawan betul aku nih dulu. Maybe sebab muka hensem. Sebab tu aku terpengaruh sukakan dia kot. Hish.
YOU ARE READING
Drama Queen
RomanceNadia . gadis muslimah. Pelajar islamic studies. Ditawan jejaka. Dia juga manusia biasa. Bukan malaikat. Dia juga punya rasa bila seseorang cuba mengetuk pintu hatinya. . Faiz. Bukan calang manusia. Namun kerana ego. Hati Nadia cuba ditawan. . "I'l...