part 6

55 1 1
                                    

BAB 2

"You call i buat apa malam-malam." Soal Enne pada lelaki separa mabuk yang tersengih dihadapannya. Musik berdentum dengan ramai manusia yang sedang menghilangkan tekanan disitu membuatkannya rimas.

"I rindu you la." Lelaki tadi pantas memeluk Enne. Enne hanya memandang. Lelaki ni memang benar mabuk.

"Please lah Iz. I tak suka la macam ni. You mabuk2. I tak suka." Enne memandang Faiz. Lelaki ini yang dia sayang. Dia cinta. Tapi lelaki ini juga buat dia sengsara.

"Sejak bila you bajet suci. Sebelum ni bukan i tak tahu you dengan club macam pelanggan tetap." Faiz senyum sinis. Pelukan dirapatkan. Enne merengus. Dia tak suka Faiz ikut rosak sama sepertinya. Jangkaannya Faiz akan mengubahnya semula. Sangkaannya meleset bila dapat tahu Faiz yang diawal perkenalan tak seperti sekarang. Enne senyum. Senyum pada diri. Diri sendiri yang dia tahu dia telah rosak. Rosak sepenuhnya. Hingga dia lupa jalan pulang. Hingga dia lupa pintu taubat masih dibuka. Hingga dia lupa siapa dia sebelum dia yang sekarang.

"Jomla. I hantar you balik." Enne menolak muka Faiz yang terlentok di belakangnya.

"Balik rumah you eh?" Faiz tersenyum nakal. Enne merengus lagi.

"Berapa kali i nak cakap. I tak suka you pergi rumah i. I hantar you balik rumah you lah." Enne mencebik bibir. Dia cuba. Untuk kembali menjadi dirinya yang dulu. Dia cuba untuk berubah. Tapi dia tak kuat melawan nafsu.

"Sudah. Jom i hantar you balik." Enne pantas menarik Faiz keluar dari tempat maksiat itu. Tempat yang dia cuba tinggalkan. Tempat yang dia cuba larikan diri. Faiz mengikut jejak Enne. Kepalanya pusing.

Enjin kereta dihidupkan. Faiz disebelah dipandang.

"Kenapa you tiba-tiba mabuk. Sentuh air haram tu. You ada masalah ke?" Enne menyoal Faiz. Agak hairan. Lelaki disebelahnya tak semudah itu tunduk pada air syaitan.

"I cintakan you Enne." Iz tersenyum. Matanya separa buka. Badan terlentuk kiri kanan.

"Apa you merepek ni. I dah bertunang dengan orang lain. You pun tahukan." Enne merengus. Dia cuba untuk tidak tewas pada kata-kata lelaki itu. Tipu kalau tak tersentuh mendengar ayat keramat itu. Namun. Dia cuba untuk cintakan tunangnya. Ilham. Ilham yang sanggup menerima dirinya bukan sebab nafsu. Ilham yang sanggup menerima dirinya yang telah jauh hanyut dalam kancah maksiat.

"You baru bertunang. Bukannya kahwin." Faiz tertawa dengan kata-katanya. Enne pantas membawa kereta keluar dari perkarangan tempat itu. Rumah Faiz dituju. Dia tidak mahu berlama dengan Faiz. Takut hatinya tidak kuat.

.............................

Faiz meraup mukanya. Nad disebelah dijeling. Tidur lena. Sudah seminggu dia berkahwin dengan Nadia. Dia berkahwin. Dengan sebab tersendiri. Sebab yang dia sendiri tidak tahu. Tangan meraup muka lagi. Hampir setiap malam. Dia bermimpi Enne. Hatinya sakit bila Enne pergi dari hidupnya. Cintanya pada Enne terlalu dalam. Walaupun kisah itu sudah dua tahun berlalu. Dia masih setia. Hingga dia mengahwini Nadia. Rasa cinta dan menunggu kepulangan Enne masih ada. Nadia disebelah dijeling lagi. Pantas badan dibaring mengadap Nadia yang nyenyak tidur. Kepala Nadia diusap perlahan. Tangan diturun pada pipi. Mata memejam rapat. I'm sorry Nana.

.............................

"You. I cant stand on this anymore. Ilham and i akan kahwin bulan depan. Dan you tak ada hak untuk halang I." Enne menarik nafas. Meskipun sukar untuk dia melafazkan ayat itu. Namun dia nekad. Faiz disebelah terdiam. Mata dipejam perlahan. Pantas kaki melangkah pergi. Sungguh dia tewas pada perempuan ini.

Enne mengeluh. Dia cintakan Ilham. Ilham yang banyak mengubah hidupnya yang hilang arah.

"Dalam diri kita akan ada satu feeling yang bila orang jentik kita akan sentap tak ingat." Ilham angkat kening. Perempuan dresscode holiday summer disebelahnya dijeling.

"What is it?" Enne berminat. Lelaki kerek yang terjumpa tak sengaja ini susah diduga.

"Bila i cakap ni. Tak semua akan rasa benda yang sama. Mungkin akan ada yang 'whats ever' maybe jugak akan ada yang 'okay. Am i with it' " Ilham senyum pada Enne.

"Then tell me what is it.?" Sekali lagi Enne menunjukkan riak berminat.

"Pengkhianat" Ilham senyum nipis. Enne mengecilkan mata. Kelam. Tak faham.

"I khianat dengan siapa?"

"Agama." Ilham masih tenang. Enne mencerna kata-kata Ilham. Muka berbahang.

"Bila kita ucap kalimah shahadah. Timr tu kita dah sandang watak khalifah. Takkan khalifah nak khianat agama ikut cara agama orang lain." Enne menarik skirt singkatnya. Segan. Rupanya Ilham bukan calang manusia.

"Look. We have nothing to do with ourself. Dari kecil Allah bagi pinjam nafas. Tubuh badan. Dunia. Apa yang DIA minta hanya sujud dan dengar apa dia cakap. Sikit pon kita tak rugi tapi siap ada award bagi orang yang setia dengar apa yang dia suruh." Jeda. "I know it's sound simple. But if we keep betraying our religion. It's hurt ourself. Nothing worth with it. I tak minta you pakai tudung labuh jubah and so whatever. I just berharap you tinggalkan apa yang you buat sekarang ni." Ilham memandang Enne.

Enne menunduk seketika. Bagai tamparan dimuka. Tipu kalau cakap dia langsung tak segan dengan apa yang baru didengarinya. Malu pada Ilham yang luarannya nampak ringkas. Dalamannya penuh isi. Enne meraup muka.

"Why me.?" Kenapa you cakap dekat i?" Enne masih menunduk.

"Sebab i sayang you." Ilham senyum nipis lagi.

Enne menoleh. Itulah kali pertama sejak perkenalannya dengan Ilham. Ilham mula membicarakan soal hidupnya. Sejak itu dia belajar hidupnya dihargai seseorang. Biar dia lupakan Faiz. Supaya dia boleh tinggalkan dunia kelam. Bukannya pentingkan diri. Tetapi dia tiada kekuatan seperti Ilham untuk kuat berada dengan manusia2 seperti itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 09, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Drama QueenWhere stories live. Discover now