Alhamdulillah segalanya berjalan lancar hingga ke hari ini. Hari pernikahan aku dan Faiz. Nervous la pulak. Aku tarik nafas. Baju pengantin yang disangkut di almari dah berapa hari menghantui aku dipakai. Not bad. Aku pusing sikit acah-acah model fasion show. Awin yang baru masuk ke bilik entah dari mana dah meroyan tengok aku pakai gaun pengantin. Tak pernah tengok aku segak-segak camni latu.
"Hamaigaddd.. syahdunya aku tengok kau." Awin menjerit. Aku mengecilkan mata. Syahdu? Asal tengok aku cam nak nangis ke apa? Apa bende la Awin ni.
"Cepat duduk. Kita touch up sikit. Bagi ada seri wangi muka pengantin sikit." Awin menarik aku ke meja solek. Muka aku digosok lima minit. Lima minit. Lima minit lagi.Huh?!.tak siap lagi ke?
"Tadaaa!!" Awin pusingkan aku hadap cermin. Aku mencebik bibir.
Biasa je aku tengok tapi disebabkan Awin punya eksaited nak tacap aku."Ya allah. Nadia! Awak ke tu. Terharunya aku tengok muka aku." Aku menjerit meraikan hasil karya Awin.
"See. Aku dah cakap kan. Eh jap. Aku nak keluar ambil barang dalam kereta." Awin pantas berlalu. Aku tengok cermin. Nervous. Yes!. Nasib baik dah tak pegi kolej. Tunggu hari nak masuk praktikal. Aku tenung lagi. Is it true?. Tiba-tiba rasa macam nak lari. Nak buat drama sinetron lepas tu faiz kahwin dengan orang lain. Aku jadi perempuan jahat pergi rampas balik faiz lepas bertahun dia bercinta dengan bini sanggup dia. Aku menjuling mata keatas. Sempat lagi kau berangan wahai Nad.
Bing! Bunyi phone buat aku toleh. Nak ucap selamat dekat aku latu. Dari hari kad diedar tak berhenti ucapan tahniah. Ada yang versi bahagia. Versi jelouse. Versi psyco pon ada. Aku syak yang versi macam tu mesti crush Faiz. Takpon ex ex dia ke. Xperia z atas bantal dicapai. Email?<unknown>
Aku nak ucap tahniah atas wedding kau dengan Faiz. Whatever is it aku harap kau bertahan dengan dia sampai bila-bila. Tapi aku nak kau tahu satu benda. Fyi. Faiz bet dengan kawan-kawan dia untuk dapatkan kau sebab kau tak pernah kawan dengan sesiapa. And Fyi lagi Faiz tu playboy yang bajet suci dekat kolej dan kau mangsa dia yang ke 100. Sempena dia nak pencen katanya dia nak girl dia yang keseratus kahwin dan ada anak. Dan lepastu mungkin nasib kau akan sama dengan yang lain dan aku. Aku bagi warning bukan aku nak hancurkan kau punya wedding but aku nak kau tahu apa yang dia tengah buat dekat kau. Sumpah aku tak tipu.Keningku terangkat. Maklumat yang aku baru dapat cuba aku cerna satu-satu.Dan ada 1 folder yang penuh dengan gambar Faiz dan perempuan yang berlainan buat aku lagi serabut. 99 file. Satu persatu aku buka. Macam-macam gaya. Dan aku memang tertelan sudip tengok perempuan-perempuan yang posing maut tak cukup kain dengan bakal laki aku. Bakal laki aku?! So aku yang ke 100.? Keningku terangkat lagi. Antara percaya atau tidak. Antara kecewa dan marah. Gambar itu jelas. Bukti yang jelas. Kalau nak cakap tipu sah-sah gambar itu tak diedit sebab lain tempat. Lain orang. But Faiz yang sama biarpun aksi peluk dukung yang berbeza. Nafasnya sesak. Jam dijeling. 2:50. Dan dia bakal diijabkabul pukul tiga. Air muka cuba ditahan. Nafas ditarik perlahan. Senyuman pantas ditarik menghiasi bibir. Gambar selfie diambil. Caption dibawah ditulis. If he's player. I'll play along. Sent!. Aku pantas tersenyum selepas gambar aku sent pada pemilik email itu. Sabar Nad sabar. Entah-entah ada orang nak perangkap kau. Nak bagi jeles. Then kau batalkan wedding. Aku gigit bibir. Muka dikawal sehabis mungkin.
"Eh cepat turun. Semua dah ready kat bawah." Awin masuk ke bilik aku. Aku pantas mengawal riak muka bersahaja.
"Jom." Aku berjalan dengan tenang turun kebawah. Tipu kalau tak nervous. Tipu kalau tak sakit hati. Tipu kalau cakap taknak lari. Kaki tetap melangkah. Faiz segak berhadapan dengan Ayah. Aku duduk disebelah ibu. Tangan yang sejuk menggenggam jari Awin. Awin mengangguk.
"Jangan nervous. Kahwin ni best tau." Kalau diikutkan aku bukan pengantin. Dah lama aku piat telinga Awin. Aku hanya tersenyum. Kalaulah dia tahu tangan ni sejuk bukan sebab nervous. Sebab sakit!. Sebab geram! Sebab rasa nak bangun jerit batalkan majlis ni.! Tapi aku tahu ni bukan shoot drama. Ni cerita aku. Hidup realiti aku. Tiba-tiba terasa bodoh. Muka Faiz dipandang. Dia tersenyum dekat aku. Aku senyum balik. Semanis gula mungkin. Dia ingat dia je boleh senyum bagi orang cair. Aku pon boleh la. Arghhh!!. Sebak dalam hati dipendam. Dalam-dalam. Sakit tau tak Faiz!!.
...........................
YOU ARE READING
Drama Queen
RomanceNadia . gadis muslimah. Pelajar islamic studies. Ditawan jejaka. Dia juga manusia biasa. Bukan malaikat. Dia juga punya rasa bila seseorang cuba mengetuk pintu hatinya. . Faiz. Bukan calang manusia. Namun kerana ego. Hati Nadia cuba ditawan. . "I'l...