Lepas je habis kelas. Aku pantas naik teksi dari kampus. Harap bas masih ada. Kalau tak aku naik ets je. Biar mahal sikit tapi laju.
Hari ni memang aku punya nasib baik sikit. Bas masih kosong dan timing tepat je. Rasa macam dalam filem pulak bila ada emergency macam miracle je bas pon tak jalan lagi.
Duduk je dalam bas. Aku buat amal jariah. Tidur. Sedar je dah ada dekat kawasan shahab. Aku pantas cari number pakcik teksi yang selalu hantar aku balik rumah. Pakcik yang setia hantar aku balik rumah tak kira pagi petang siang malam.
Bas memasuki perkarangan stesen bas alor setar. Number pak cik teksi pantas aku call."Salam pakcik!! Ni Nad pakcik. Nad ada dekat shahab dah ni."
"Laa.. yakaa.. okay pakcik tunggu situ. Nipun nak sampai shahab dah nii." Ayat pakcik teksi buat aku lega. Selagi tak jejak rumah selagi tu aku rasa macam anak derhaka. Hukhuk.T.T .. oh ibu~~
Sampai je dekat stesen bas kelibat pakcik teksi tu aku nampak datang kearah bas tolong angkatkan beg aku. Pantas aku berlari mengikutnya ke teksi. Lambatnya aku lari dengan shawl yang berterbangan macam aku tengah shoot iklan tudungnya .Fuh. Panas! Teksi pon panas. Aku pon panas. Perjalanan terasa lambat. Dan akhirnya aku terpaksa memaksa pakcik teksi bawak laju-laju.
"Terima kasih pakcik." Aku melambai pada pakcik teksi yang pergi berlalu. Mungkin trauma nak bawak aku dah lepas ni.
"Assalamualaikum ibuu."
Aku membuka pintu rumah. Salam disambut dari dapur.
"Ibuuuu...Nad mintak maaf ibu. Nad tahu Nad tak patut nak kahwin sebelum dapat kerja bagi mak duit. Nad tahu Nad tak patut nak kahwin sebelum habis study." Aku melutut meratap dikaki ibu. Ibu dengan senduk ditangan melihat aku dengan muka tak ada perasaan.
"Sebelum ibu cop sudip minyak panas ni dekat muka baik Nad bangun." Aku cepat-cepat bangun tengok sudip panas hampir mengena muka. Ganas betul ibu ni. Sapa laa dok ajar. Entah-entah ibu layan wwe tak. Patut aku nampak gagah semacam je ibu ni.
"Ibuuu.." aku buat muka comel walaupon aku tahu muka dah sememeh dengan peluh. Shawl pon senget-senget.
"Makan dulu. Pergi solat mandi apa. Satgi kita bincang lain." Ibu berlalu kedapur. Aku terus terbayang. Masa depan gelap. Ibu kurung aku dalam bilik. Study aku ditangguh. Ptptn berbunga-bunga. Aku tak sempat grad. Kerja tak dapat. Duduk rumah makan tidur. Badan gemuk. Tak ada orang nakkan aku. Dan andartu sampai mati."Pergii mandiiii.!!" Jeritan ibu memecah awan hitam atas kepala. Potong line betul ibu nih. Aku menarik beg masuk ke bilik. Huh. Heavennya dapat balik rumah. Boleh golek2 dalam bilik tak ada orang kacau.
.......................
Malam tu lepas habis solat magrib ibu dan ayah panggil aku. Sekali lagi aku terbayang masa depan yang gelap. Mampukah aku hadapinya.~~ T.T
"Nad! Berangan apa lagi." Sekali lagi vocal ibu berjaya memecahkan lamunan aku yang acah-acah hitam kelabu. Aku berjalan ke ruang tamu. Selembut mungkin aku cover jalan. Kot-kot lembut hati ibu ayah tengok anak dara diorang membesar dengan kasih sayang dan cinta akan sopan santun. Aku pantas bersimpuh sebelah ibu yang bersandar disofa
"Orang beli sofa bukan suruh habuk duduk." Kepala aku ditolak. Ibu~ . Aku baru nak bajet sopan. Ibu pulak tak mood on. Aku pantas bangun dan duduk atas sofa sebelah ibu.
"Nad cakap ada orang nak masuk minang Nad.?" Ayah yang diam dari tadi buka mulut. Aura seroius tu dapat rasa sampai rambut aku terbang sikit. Ok. Buat teruk.
"Ya ayah."
"Siapa. Nama apa? Orang mana? Kerja ke belajar jugak?" Suara ayah makin keras. Aku tarik nafas. Ibu gigit jari. Soalan dia macan peluru. Nasib baik aku terer mengelak."Classmate Nad. Nama dia Faiz." Aku dah sesak nafas.
"Ya Allah. Alhamdulillah." Ibu tiba2 histeria dengar aku cakap. Ayah mengucap syukur. Aku angkat kening tak faham. Ibu dan ayah dah kenapa.
"Betul lah. Haritu keluarga faiz datang merisik. Ibu dan ayah dah berkenan dengan si faiz tu. Tapi Nad pulak cakap ada orang nak masuk minang. Ingatkan orang lain." Ayah menjelaskan.
Aku mengerut muka pada ibu. Ibu turut tersenyum."Yang ibu drama sangat letak phone lepas Nad cakap ada orang nak masuk minang tu kenapa."
"Laa. Bukan sengaja. Kredit habis la. Yang Nad tak call balik kenapa." Ibu mengetuk kepala aku. Huhuhu!. Aku pun sengal jugak haritu. Hati mengucap syukur. Ternyata Faiz memang serious dengan dia. Tiba-tiba rasa macam angau pulak bila ada orang nak kat aku yang boleh letak dalam katogeri tak berapa cun kalau kalau tengok sekali dua je. Tapi aku curious jugak. Faiz tu kemain hensem. Bukan tak ada orang minat dia. Nak kata dia alim sangat tak melayan tu tak jugak. Tapi aku yang tak mengorat dia tu yang dia masuk minang. Pelik betul mamat ni. Tak kisahlah. Maybe. Love at first sight. Muahahha. Aku dah masuk zon perasan.
......................"Terima kasih la sudi terima Nana."aku senyum malu pada bantal peluk. Faiz dihujung talian tergelak. Aku ni komfem-komfem dah angauistik nak mati dengan mamat ni. Aduhai lah hatiku yang lemah iman ni.
"Kan Iz dah janji nak serius dengan Nana. Takkan nak main-main. Biar kita bercinta lepas kahwin. Sekarang kita fokus apa yang kita nak buat untuk teruskan hubungan kita ni." Faiz bersuara tenang. Ni yang buat aku cair ni. Peliss lah bro jangan gentle sangat bila cakap tu.
.........................
YOU ARE READING
Drama Queen
RomanceNadia . gadis muslimah. Pelajar islamic studies. Ditawan jejaka. Dia juga manusia biasa. Bukan malaikat. Dia juga punya rasa bila seseorang cuba mengetuk pintu hatinya. . Faiz. Bukan calang manusia. Namun kerana ego. Hati Nadia cuba ditawan. . "I'l...