Part 1

23 3 1
                                    

"Kringggg ! Kringggg ! Kringggg !" Jam lonceng Hello Kitty milik Irene berbunyi . Irene yang tadinya sedang lena dibuai mimpi terus terjaga . Dalam keadaan yang mamai , jam lonceng yang berada bersebelahan denganya digapai dan langsung dimatikan .

"Aduhhh . Apalah jam ni , aku baru je nak berfeeling dengan mimpi aku tadi . Part romantik pula tu . Kacau mood betullah ." Kata Irene .

Lalu Irene melihat kembali jam lonceng yang berada di tangannya .

"Hm masih awal kut . Baik aku sambung tidur." Sambungnya lagi lalu menutup mukanya dengan menggunakan selimut .

Selang beberapa minit kemudian , terdengar bunyi ketukan pintu dan suara seseorang sedang terjerit-jerit memanggil namanya . Sangat jelas kedengaran .

" Rene ! Rene ! Bangunlah weh , aku siap dah ni . Kau belum bangun ke lagi ni ? Bersiaplah Rene ! Aku tinggal kang baru kau tahu !" Teriak Wendy .

Wendy dan aku sudah lama berkawan baik dan tinggal bersama-sama sejak mula masuk sekolah lagi . Dia je lah tempat aku meluahkan kasih sayang . Parents aku ? Sibuk memanjang kat Jepun . Maybe ingat aku pun tak .

" Woii Irene ! Pekak ke hah ?! Tulah kau , lain kali bersihkan telinga kau tu 7 kali seminggu , so tak lah aku susah payah nak teriakkan kau macam ni setiap hari . Kau dengar tak ni ?" Sambung Wendy lagi .

Dah mula lah tu nak beleter lagi pagi-pagi . Memang tu je lah kerja dia .

"Yelah-yelah , aku bersiaplah ni . Bagi aku masa 10 minit ya!" Akhirnya aku bersuara selepas rimas dengan leteran Wendy .

"Nae ." Jawab Wendy ringkas .

Dengan keadaan yang lemah longlai , aku mengatur langkahku ke bilik mandi lalu memerhatikan wajah ku di hadapan cermin .

"Amboi Rene , kau ke ni ? Apasal muka kau macam ni ? Dah lah rambut berserabut , air liur masin dan taik mata yang menghiasi wajah , memang sebijik dengan ttuuuuttt . Hahaha ! Lawak ." Kata ku di dalam hati . Aku ketawa kecil .

Selepas bersiap , aku lalu turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama Wendy .

"Dah lama tunggu?" Tanyaku kepada Wendy .

"Kejap je Rene , sempat aku habiskan semua sarapan ni baru kau turun." Jawab Wendy selamba .

"Apapun , kau dah selesai sarapan ke ? Jumlah kita gerak , takut nanti jam pulak." Sambungnya lagi .

" Aik , dah nak gerak dah ? duduk pun aku tidak , sentuh sarapan ni pun belum . Agak-agaklah wei ." Kata ku tidak puas hati .

"Hak eleh , roti je pun . Kau makan je lah sambil jalan ke kereta . Macam tak biasa." Jawab Wendy .

Ishh dia ni , ada je jawapannya . Aku pun menurut je lah . Dia tu driver , silap-silap dia suruh aku naik LRT pula . Memang taklah . Lalu kami pun bersama-sama menuju ke kereta .

Melt My HeartWhere stories live. Discover now