Setibanya di sekolah , kami berdua berpisah ke kelas masing-masing . Kami duduk di kelas yang berasingan . Aku tua setahun dari Wendy .
"Jangan lupa tunggu aku kat luar nanti . Jangan lambat sangat , aku tinggal kang baru kau tahu." Wendy bersuara .
"Aii first time pula kau nak balik awal ni . Apahal?" Tanyaku kepada Wendy ."Biasalah , kalau dah taken memang macam ni . Jeonghan ajak aku pergi dating . Hahaha !" Jawab Wendy dengan bangga .
"Oke bye-bye !" Jawab ku pantas .
Mulalah tu nak berlagak lagi . Aku tahu lah aku ni tak laku . Eikkk , bukan tak laku , just nak fokus dengan study dulu .
Setelah tiba di kelas , aku lalu ke tempat dudukku . Aku mengambil salah satu buku dari beg lalu membacanya . Tiba-tiba datang seorang lelaki iaitu Lee Hyun Woo . Lee Hyun Woo , pelajar lelaki yang paling aku benci . Tiap hari ada je benda yang kami pergaduhkan .
Dia melanggar kerusiku sebelum duduk di sebelahku . Aku menoleh dengan mata yang tajam dengan hati yang geram .
"Yaaakk, boleh ke satu hari je kau tak kacau aku ? Aku dah rimaslah duduk sebelah kau ni ." Kata ku dengan geram .
Dengan selambanya dia mengambil headseat dari begnya lalu dipasang ke telinganya . Dia memandang aku seperti tiada apa-apa yang berlaku . Dengan keadaan yang geram , aku mencabut headset dari telinganya dengan kasar .
"Apesal dengan kau ni?! Dah lah buat salah , tak nak minta maaf pulak tu." Kataku dengan suara yang tinggi .
Lalu Hyun Woo menghantak mejanya lalu berdiri . Dia mendekatkan mukanya dengan ku . Jarak diantara muka ku dengannya sangat dekat . Aku terkejut dengan tindakan Hyun Woo .
"Apesal dia ni ? Nak kiss aku ke ?" Aku berkata-kata di dalam hati ."Ouh kau nak main kasar ye? Sekarang ni aku tengah moody . Jangan sampai aku lepaskan geramku dengan kau . Aku ni lain kalau main kasar . So, jangan nak cabar aku." Kata Hyun Woo kasar . Dia tersenyum sinis .
Dia kembali duduk dan memasang kembali headset ke telinganya . Aku menelan liur . Masih terkejut dengan tindakan Hyun Woo tadi . Lalu aku sambung kembali membaca buku .
Semasa rehat, aku dan Seulgi iaitu rakan sekelas ku menuju ke kantin bersama-sama . Semasa perjalanan ke kantin, tiba-tiba sekumpulan pelajar perempuan datang sambil mengerumuni seorang lelaki . Dari jauh lagi aku dan Seulgi sudah dapat agak siapa gerangan lelaki yang dikerumuni oleh ramai pelajar perempuan .
Jung Kook , pelajar lelaki yang paling kacak dan hot di sekolah kami . Kacak tu , memanglah kacak . Tetapi tu je lah , dia tu sombong , angkuh , berlagak . Eyy , memang tak sesuailah dengan test aku .
"Jumlah Irene , yang kau nak berdiri je macam tiang kat sini je ni apesal? Nanti masuk kelas , tak sempat pula aku nak isi perut ni." Seulgi bersuara .
"Oppss mianhae . Jumlah kita pergi . Buang masa je tengok mamat berlagak ni." Jawab ku kepada Seulgi .
"Buang masa ? Eyy tak kot . Kacak apa Jung Kook ni ? Kalaulah aku dapat dia, memang tak dapat aku bayangkan." Kata Seulgi lagi .
Pantas aku menarik tangannya . Memberhentikannya dari berangan . Tapi memang betullah apa yang Seulgi katakan . Kalau aku pula yang dapat Jung Kook , memang bertuahlah badan . Walaupun dia berlagak .
Sesi persekolahan tamat, aku segera keluar dari kelas . Takut pula nanti Nenek Wendy tu tinggalkan aku . Maklumlah dia tu taken , nak keluar dating dengan namja chingu dia . Tak macam aku ni , single .
Aku mengemas begku lalu pergi tanpa memandang sedikit pun muka Hyun Woo . Sejujurnya , aku masih malu dengan kejadian pagi tadi . Tanpa aku sedari , aku tertinggal bukuku di bawah meja .
"Dia ni , aku tahulah nak cepat . Tapi takkanlah buku dia ni pun dia tinggalkan." Kata Hyun Woo .
Lalu Hyun Woo mengambil buku tersebut lalu membaca muka depannya .
"Diary Book ?"
Dia berlari ke pintu kelas untuk mengembalikannya kepadaku . Tapi hampa , bayanganku sudah tidak kelihatan .
"Esok je lah aku pulangkan . Macam je aku tak tengok muka dia lagi esok." kata Hyun Woo lalu memasukkan buku itu ke begnya .

YOU ARE READING
Melt My Heart
RandomMain Characters ★Irene ( Red Velvet ) ★ Lee Hyun Woo ★ Jung Kook ( BTS ) Irene dan Hyun Woo duduk di kelas yang sama di Seoul Arts High School . Mereka selalu bergaduh , bergaduh dan terus bergaduh . Hal ini berterusan sehingga menyebabkan Irene tel...