"Aduh ! Mana pula buku Diary aku ni ? elok je aku simpan buku tu kat dalam beg ni . Hilanglah pula , takkan buku ni ada kaki kut boleh lari ." Kataku dalam hati .
Wendy pun datang ,
"Rene ? Kenapa ni ? Risau semacam je aku tengok . Ada problem ke ?" Tanyanya .
"Buku Diary aku ni hilang entah kemana . Setahu aku , elok je aku letak buku tu kat beg tadi." Jawab ku .
"Buku Diary kau hilang ? Haaa tulah kau , cuai . Kau ada bawa ke buku tu ke sekolah tadi ? Entah-entah tinggal pula kat sana." Sambung Wendy lagi .
Hah ! Tinggal kat sekolah ? Tak mungkinlah , buku penting tu . Semua rahsia aku ada kat dalam tu .
Keesokan harinya , setibanya aku ke sekolah . Aku menuju ke kelas .
"Aik , takde orang ? Awal sangat kut aku datang." aku bersuara di dalam hati .
Tanpa melengahkan masa , Aku mencari-cari buku Diary tersebut di seluruh ruangan kelas . Tiba-tiba bunyi suara bunyi tapak kaki memasuki pintu kelas . Aku terkejut .
"Bunyi tapak kaki ? Siapa pula yang datang awal pagi macam ni ? Jangan-jangan , aduh ! Rene jangan fikir macam-macam . Kalau nak tahu , toleh je lah ke belakang ." Aku berkata-kata dengan diri sendiri .
Dengan keadaan yang takut , aku menoleh ke belakang ,
Hyun Woo ?!
Dia melihat ku dengan pelik ,
"Apasal kau buat muka macam tu? Macam tengok hantu je aku tengok . Kenapa , Takut ke ? jangan risaulah . Aku tak makan orang , lebih-lebih lagi dengan alien macam kau ni . " Hyun Woo bersuara .
Bang ! Bang ! Bang ! tepat pada sasaran . Kena lagi aku awal pagi macam ni .
"Hah ! kau tu yang dah kenapa . Aku terkejutlah , ingatkan siapa tadi . Lain kali ketuk pintu dulu sebelum masuk ." Jawab ku .
"Aku ingatkan takde orang , tu lah aku tak ketuk." Hyun Woo menjawab lalu menuju ke tempat duduknya yang berada bersebelahan dengan ku .
"Hah yang kau ni , First time pula awal datang . Kenapa ? " Sambungnya lagi .
"Amboi ! suka hati aku lah nak datang awal ke tak , ingat ni sekolah bapak dia ke ." Aku merungut dalam hati .
"Suka hati aku lah . Sibuk je ." Jawab ku ringkas .
"Aku tanya je pun . Sensitif sangatlah kau jadi orang . Patutlah kau ni takde kawan , macam kera sumbang kau tau ." Kata Hyun Woo . Dia gelak .
Aku memuncungkan mulut .
"Kau tak takut ke ?" Tanya Hyun Woo lagi . Dia mengangkat keningnya .
"Takut ? Apasal pula ?" Aku berasa hairan .
"Yelah , tengok pukul berapa sekarang ni . Lambat lagi pelajar lain datang . Kita dua je kat kelas ni . Tak takut ke aku buat apa-apa kat kau ?" Hyun Woo tersenyum sinis .
Selepas mendengar kata-kata Hyun Woo , aku segera menjauhkan posisiku dari dia .
" Berani ke ? Eleh kau tahu , aku ni mahir tau dalam seni mempertahankan diri . Silap-silap aku lempang pula kau kat sini . " Aku menjawab dengan selamba . Tidak takut dengan ungutan Hyun Woo
"Kau cabar aku ke ?" Hyun Woo bersuara lalu mendekatkan dirinya dengan ku . Semakin dekat dan sangat dekat . Secara automatik badanku terundur ke belakang .
"omma ! Appa !" teriakku dalam hati .
Namun , semua itu terhenti apabila sekumpulan pelajar lelaki masuk ke kelas . Aku menghembus nafas lega .
"Kali ni kau lepas." Hyun Woo bersuara lagi .
Aku tersenyum kelat . Hyun Woo ke tu ?
![](https://img.wattpad.com/cover/63275881-288-k464597.jpg)
YOU ARE READING
Melt My Heart
RandomMain Characters ★Irene ( Red Velvet ) ★ Lee Hyun Woo ★ Jung Kook ( BTS ) Irene dan Hyun Woo duduk di kelas yang sama di Seoul Arts High School . Mereka selalu bergaduh , bergaduh dan terus bergaduh . Hal ini berterusan sehingga menyebabkan Irene tel...