Part 3

15 2 0
                                    

Dengan keadaan yang tergesa-gesa aku menuju ke kereta Wendy . Tiba-tiba datang seorang lelaki melanggarku dengan kasar , buku yang aku bawa jatuh bertaburan di atas jalan raya .

"Time-time begini jugalah ada yang cari pasal . Dah lah aku nak cepat ni . Geram betullah !" Rungutku dalam hati .

Aku mengutip buku-bukuku yang berselerak .

" Oii yeoja ! Buta ke? Lain kali jalan tu guna mata , faham?!" Lelaki yang melanggarku tadi bersuara .

Sepertinya aku kenal suara itu . Aku menoleh , Jung Kook ?! Aku terkejut . Aku berdiri dengan muka yang sangat marah .

"Woii namja ! Kau tu yang patut guna mata kalau berjalan . Dah lah melanggar , tak nak minta maaf pula tu !" Aku membalas . Dia ingat aku takut ke dengan dia . Setakat hot tu , apalah sangat .

Jung Kook terkejut , tidak pernah sekalipun seorang perempuan meninggikan suara kepadanya . Jung Kook merasa sangat geram , dia cuba membalas kata-kataku namun terhenti apabila Baekhyun dan Min Hyuk iaitu membernya memanggilnya .

"Kali ni kau terlepas." Kata Jung Kook sebelum meninggalkanku .

Aku berdengus geram .

Semasa di kereta Wendy ,

"Kau ni dah kenapa? Marah ke? Aku rasa aku kot yang patut marah , bukannya kau . Kau tu dah lah lambat, buruk tau aku menunggu kau kat kereta ni . Kan aku dah pesan tadi , keluar awal-awal." Wendy bersuara .

Aduh ! Mulalah tu nak membebel lagi . Ni semua Jung Kook lah punya pasal . Kan aku dah kena oleh Wendy .

"Maaflah Wendy , aku ada hal tadi . Maaf ye." Jawab ku ringkas . Tak tahu nak jawab apa , so minta maaf je lah .

"Nae , gwenchana . Aku hantar kau pulang dululah ye , then aku pergi jumpa Jeonghan ." Kata Wendy .

Huftt , nasib dia maafkan . Kalau tak terpaksalah aku dengar leteran dia lagi.

"Bye Irene . Maybe aku balik lambat malam ni . Jangan tinggalkan rumah tanpa pengetahuan aku ye , duduk je kat rumah , tu makan apa yang patut . " Kata Wendy .

Wendy memang macam tu , caring orangnye .

"Aku tahulah , ingat aku ni budak kecil ke. Oke bye ! Jaga diri ye." Kata ku selamba . Lalu aku mengunci pintu lalu menuju ke bilik . Aku melihat jam masih pukul 5 petang . Nak buat apa ya ?

Di bilik , Hyun Woo sedang mendengar lagu sambil merenung ke luar tingkap . Hayalannya terhenti apabila caller ringtone Alive by Vixx kedengaran . Dia menggapai telefon miliknya itu dan terkejut melihat nama yang terpapar pada screen telefonnya . "Jessica ? Aduh ! Apalagi yang perempuan ni nak" Hyun Woo mengeluh panjang .

Direct dia mematikan telefon bimbitnya . Jessica , adalah ex-gf nya . Mereka telah putus akibat keputusan Jessica sendiri kerana dia telah memiliki lelaki lain . Namun setelah putus dengan lelaki tersebut , dia cuba untuk mendapatkan hati Hyun Woo kembali . Tetapi hati Hyun Woo sudah tertutup untuk Jessica . Sudah lama dia cuba untuk melupakan Jessica .

Hyun Woo kembali mendengar lagu . Tiba-tiba hayalannya terhenti lagi sebaik sahaja bayangan buku Diary Irene bermain di mindanya . Lantas dia mengambil begnya dan mengeluarkan buku Diary milik Irene.

"Takpe ke aku baca buku dia ni ? Hm takpe kot . Dia bukannya tahu pun." Kata Hyun Woo dalam hati .

Dia membuka buku Diary Irene lalu membacanya . Dia tersenyum .

Melt My HeartWhere stories live. Discover now