Irdina Ilmuna memandang wajah lelaki yang bertakhta di hatinya. Lelaki itu hanya membatukan diri walaupun pertanyaan demi pertanyaan dilontarkan oleh Irdina. Sudah matikah hati lelaki itu terhadapnya? Ke mana janji semanis madu dilafazkan sebelum ini? Selama tiga tahun menyulam kasih, haruskah berakhir begini?
"Kenapa Latif? Apa salah aku sampai kau sanggup putuskan hubungan kita?" soal Irdina sambil mengesat air mata.
"Anggap je kita takde jodoh."
"Takde jodoh atau kau yang tidak setia? Jadi selama ini semua perempuan yang kau usung tu adik angkat kau? Bodoh betul aku sebab percayakan kata-kata kau selama ini. Konon takde hubungan cinta, sekadar adik angkat. Kalau tak cinta, kenapa kau minta putus?'
"Ish, kau ni memang membosankan Irdina! Mana je aku pergi, kau nak ambil tahu. Dengan siapa aku keluar, kau peduli apa? Kau bukan bini aku. Kalau bini pun kau takde hak nak halang aku. Aku lelaki! Dapat kahwin empat. Kalau kau tak dapat terima aku sekarang, get lost!"jerit LatiF tanpa perasaan.
Bagai ditikam belati, pedih menusuk ke hati kata-kata terakhir Latif. Irdina sedar kini, tiada guna dia merayu lagi. Semakin dia merayu semakin keras Latif menolak.
"Okey, fine! Kau nak aku pergikan? Aku akan pergi. Anggap je aku dah mati dan tak wujud lagi dalam kamus hidup kau. Selamat tinggal Latif Nawawi!"
Irdina berlari ke tempat meletak kereta bersama deraian air mata yang meluncur laju. Remuk redam membawa dendam dalam hati. Balkis yang sedang bersandar pada kereta agak terkejut melihat keadaan Irdina. Irdina masuk ke dalam kereta tanpa mempedulikan Balkis. Balkis turut masuk dan duduk di kerusi sebelah pemandu. Matannya tidak putus melihat Irdina.
"Kenapa kak Irdina? Apa kata Latif?" soal Balkis sambil matanya mengerling ke belakang kerana Irdina mengundurkan kereta dengan laju.
Balkis menelan air liur bersama debaran di dada. Irdina berdiam diri dan terus memandu dalam keadaan marah. Beberapa kali Irdina menekan hon minta laluan daripada pemandu yang lain. Selepas memasuki lebuh raya, Irdina menekan pedal minyak.
Satu per satu kereta di hadapannya dipotong. Ke kiri dan ke kanan dia mencelah. Menderum bunyi enjin apabila kelajuan ditambah. Kereta melunjur laju. Balkis mengucap berkali-kali. Kecut perut melihat sepupunya itu bagai dirasuk hantu. Memandu seperti menempah maut.
Irdina hanya akan memperlahan kereta ketika melalui pondok tol dan selepas itu memecut semula. Walaupun berulang-kali Balkis meminta Irdina memperlahankan kenderaan, Irdina tetap tidak peduli.
"Kak Irdina!" jerit Balkis.
Irdina menoleh sekilas dan meneruskan pemanduannya. Hati yang panas perlu ditenangkan. Dia tidak peduli apa orang lain kata. Yang penting, hatinya puas. Andai takdir menentukan yang ajalnya telah tiba, dia reda. Biar Latif menyesal kerana kehilangannya.
"Kak Irdina, berhenti buat kerja bodoh ini!" jerit Balkis.
"Biar aku mati!"
"Kalau Kak Irdina nak mati jangan babitkan aku lagi."
"Siapa suruh kau ikut? Jadi kau pun kena mati sama," ujar Irdina tanpa perasaan. Matanya tertumpu ke hadapan.
Balkis semakin panik. Sekejap dia memandang ke hadapan dan sekejap memandang ke arah Irdina. Air liur yang ditelan terasa payau. Tidak putus-putus dia berdoa di dalam hati.
"Tolonglah Kak Irdina, Kalau Kak Irdina tak sayangkan nyawa, tolong fikirkan juga pengguna lebuh raya yang lain. Jangan nanti ada yang jadi mangsa kerana kemarahan Kak Irdina. Bayangkan sebab Kak Irdina, ada bayi yang kehilangan bapanya. Ada isteri yang menjadi janda.
YOU ARE READING
Abang King Kontrol
RomancePROLOG Kisah jodoh pertemuan yang tidak disangka antara Irdina Ilmuna dan Razif. Pertemuan demi pertemuan bukan mengundang bibit-bibit cinta, tetapi hanyalah rasa benci yang semakin mendalam. Manusia merancang, Tuhan menentukan. Siapa sangka hanya d...