BAB 5

400 7 2
                                    

Enam tahun berlalu.....
Razif meneliti penampilan dirinya yang berpakaian serba hitam. Rambut tersisir kemas. Cukup bergaya dan menawan. Sesuai dengan umurnya yang telah mencecah tiga puluh empat tahun. Masih solo, masih teruna 'trang tang-tang'. Bukan tiada siapa yang mahu, tetapi dia yang tidak melayan hingga sukar mencari pasangan. Senah senget yang setengah gila minatkan dia pun ridak dilayan, inikan pula yang tidak gila.

Pewangi badan disembur sebagai pelengkap dandanan. Kunci kereta dicapai lalu dia melangkah keluar dari bilik. Razif menyanyi kecil walaupun sedar suaranya ibarat katak memanggil hujan. Nyanyiannya terhenti tiba-tiba. Bukanlah kerana terlupa lirik tetapi hairan campur terkejut. Emaknya tidak pernah berkelakuan sedemikian.

'Ish, mak aku ni buang tebiat ke? Terhendap-hendap kat tepi tingkap macam mengintip sesuatu. Mak skodeng siapa tu?' bisik hati razif.

Kalau hendak dikatakan mengendap jiran sebelah, setahunya rumah sewa di sebelah rumahnya itu masih tidak berpenghuni. Jadi apa yang menarik minat emaknya? Tidak mungkin pak ishak kerana emaknya tidak suka dikaitkan dengan lelaki itu.

"Mak!"

Tiada respon. Begitu asyik puan sopiah memandang ke luar hingga tidak sedarkan kehadiran razif di belakangnya.

"Hah, mak buat apa tu?" sergah razif membuatkan puan sopiah terlompat ke tepi. Lompatannya tidak ubah seperti katak tua bersaiz besar, membuatkan razif ketawa.

"Kurang asam punya anak! Nasib baik mak takde penyakit jantung. Kalau tak, razif kena buat kenduri arwah untuk mak," ujar puan sopiah sambil mengurut dada. Terasa melayang semangatnya apabila disergah begitu. Razif berhenti ketawa dan tersengih tanpa rasa bersalah.

"Hah, mak tengah skodeng pak ishak kek? Daripada mak simpan rasa, lebih baik mak luahkan je. Mana tahu, terbuka hati pak ishak nak beristeri tua," usik razif.

"Amboi, tak sayang mulut! Seronok sangat padankan mak dengan pak ishak. Razif betul-betul nak jadi anak tiri dia? nanti kalau dia jadi bapa tiri, tentu senah jadi adik tiri razif. Nanti... dia akan ikut razif ke mana saja sebab dah jadi abang dia. Nak ke macam tu?"

"Tak nak... tak nak. Selisih malaikat empat puluh empat..."

Kepala razif tergeleng-geleng apabila teringatkan hasnah atau senah senget. Hasnah dipanggil senget keranan kadang-kadang dia mengalami masalh mental atau gangguan jiwa. Senah senget sering mengekor atau mengajak razif berkahwin dengannya, membuatkan razif tidak senang duduk.

"Kalau tahu tak nak, jangan usik mak dengan pak ishak lagi"

"okey mak. Razif janji tak usik mak dengan pak ishak lagi." Razif mengangkat tangan seolah berikrar.

Puan sopiah tersenyum senang. Dia dan anak-anak sering bergurau dan selalunya dia tidak ambil hati atas gurauan anak-anaknya. Padanya itulah perancah kemesraan mereka dan pengerat kasih sayang.

"Apa yang mak tengok sampai tak sedar razif panggil?" soal razif sambil memanjangkan lehernya untuk melihat apa yang menjadi tarikan emaknya sebentar radi.

"Cuba razif tengok gadis yang pakai baju pink tu. Cantik orangnya. Mak rasa dia sesuai dengan razif."

Razif melihat sekilas kelibat gadis berbaju merah jambu yang ditunjuk oleh Puan Sopiah. Bukanlah dia anti perempuan, tetapi sebenarnya razif tidak menyukai warna pakaian gadis itu. Warna merah jambu adalah warna yang dibencinya.

"Perempuan macam tu mak nak buat menantu? Tak payahlah mak. Bagi free pun Razif tak nak."

"Amboi, sombong! Free pun tak nak, ye? Okey, mak doakan razif bertemu jodoh dengan dia nanti," ujar Puan sopiah separuh geram. Sakit hatinya apabila razif berkata begitu. Seolah diri razif sangat sempurna.

"Eh, mak ni! Main doa ikut suka hati. Razif tak naklah. Mak pun tahu pendirian razif kan? Kalau boleh razif nak perempuan yang sentiasa patuh dan taat pada suami dan dapat jaga anak. Biar tak cantik tapi pekerti dia cukup cantik dan sempurna."

Razif mengulangi pendiriannya. Tetapi emaknya bagaikan tak memahami. Pada razif, mencari isteri bukan seperti mencari ikan di pasar. Hendak mencari ikan pun kena pilih juga. Bukan main borong sahaja. Silap-silap terbeli ikan yang busuk di kepala. Perempuan pun macam ikanlah juga. Kena pilih, ken atengok. Bukan main sambar sahaja. Takut terpilih yang sudah membusuk atau sudah dirobek kucing peliharaan.

Sememangnya razif seorang yang agak cerewet. Tetapi bukan salah puan sopiah bila razif jadi begitu. Semuanya salah perempuan di luar sana. Anaknya itu seolah serik dengan kecurangan perempuan.

Akhbar yang dibaca semalam menambahkan keyakinan terhadap pendapat itu. Akhbar itu menyiarkan laporan kajian yang mendapati seramai 39% wanita di Malaysia bersikap curang pada pasangan. Tinggi peratusannya. Malah menduduki tempat ketiga di dunia! Hebat bukan kecurangan perempuan? Siaran radio pun hangat membicarakan soal itu.

"Mak tak fahamlah dengan razif ni. Rahayu, anak ustaz zaki yang baru pulang dari mesir tu bukannya calang-calang orang. Lulusan university. Ustazah pula tu. Kalau razif nak, boleh mak pinangkan,"kata puan sopiah berharap.

"Razif tak mahu orang hebat macam tu. Takut apa yang berlaku pada abang man, jadi pada razif pula."

"Takkan semua macam hanis. Mungkin satu dalam seribu. Razif tak boleh samakan rahayu macam tu. Mak yakin rahayu budak baik dan boleh jadi isteri yang solehah."

"Mula-mula memanglah Nampak baik. Kak hanis dulu pun baik. Pijak semut pun tak mati. Tapi dalam senyap boleh main kayu tiga dengan suami orang."

Razif mencapai akhbar yang dibelinya kelmarin lalu ditunjukkan kepada emaknya.

"Cuba mak tengok surat khabar ni. Peratus perempuan curang, tinggi di Malaysia. Sebab tu nak pilih isteri kena hati-hati. Takut terpilih buku tebu. Jangan kata manis, makan pun tak dapat."

Puan sopiah mencebikkan bibirnya.

"mak tak yakin dengan kajian ni. Apa bukti kata benda ni betul? Takde pun orang dating soal mak, masa mereka buat soal selidik."

"aduh, mak! Bukan semua orang mereka Tanya. Soal selidik ni berdasarkan sejumlah kecil penduduk di Malaysia," jelas razif sambil menggeleng kepala. Kadang kala puan sopiah boleh tahan loyar buruknya.

"Jadi kajian tu tak boleh pakailah sebab mereka tak Tanya semua orang termasuk mak. Macam mana nak tentukan wanita curang sebanyak tu? Mereka sukat pakai apa? Takkan sukat pakai gantang, macam beras."

"Entahlah mak. Kalau kita bahaskan benda ni pun tak selesai. Pokok pangkalnya, ramai perempuan yang curang tapi tak termasuk mak. Mak tetap setia dengan arwah abah hingga akhir hayat abah. Kalau boleh, razif nak cari isteri seperti mak. Sempurna!"

"Mak tak sempurna, razif. Banyak kekurangan mak. Mak harap razif jangan terlalu memilih. Isteri boleh dididik. Yang penting diri razif sendiri. Mantapkan iman razif." Puan sopiah cuba menyedarkan razif.

"Mak, kalau suatu hari nanti razif bertemu dengan gadis yang memenuhi syarat, razif akan beritahu mak. Buat masa sekarang, mak jangan risaukan sangat soal jodoh razif. Lagipun razif bukannya tua, baru 34."

"Tak tua lagi? Razman dulu baya razif dah kahwin," ujar puan sopiah mengingati razman yang sudah tidak tinggal di kuala lumpur.

"Sebab itulah razif tak mahu kahwin terburu-buru. Umur belum masuk 40 tahun dah bercerai-berai."

Puan sopiah hanya menggelengkan kepala. Matanya sempat mengerling razif yang sedang memusingkan kunci kereta di hujung jari.

"Mak, razif nak ke pasar mini. Nak jumpa azmi jap. Mak nak pesan apa-apa tak?"

"Hmm... razif belikan telur sepapan dan kicap."

"Lain?"

"Itu jelah. Nanti jangan balik lewat sangat. Mak nak guna telur buat kek. Rosnah nak bawa kek pergi sekolah esok."

Razif menganggukkan kepala dan meninggalkan puan sopiah keseorangan di rumah. Rosnah tiada dirumah kerana menghadiri kelas tambahan.

Abang King KontrolWhere stories live. Discover now