BAB 4

294 5 0
                                    

"Razif, abang nak minta tolong Razif temankan abang malam ni," ujar Razman setelah selesai menghadap hidangan makan malam bersama-sama keluarga mereka.

"Nasib baik Razif free malam ni. Nak pergi mana?" soal Razif sambil mengangkat pinggan kotor ke singki.

Puan Sopiah sedang sibuk membersihkan meja manakala Rosnah pula membasuh pinggan. Razman turut menolong razif mengangkat pinggan.

"Abang dah dapat maklumat daripada kawan abang. Dia Nampak hanis dengan seorang lelaki."

"Kalau macam tu, kita bergerak sekarang," ujar Razif, bersemangat.

"abang, Ros nak ikut," ujar Rosnah.

"tak payah ikut. Ros temankan mak kat rumah. Lagipun ini kerja orang dewasa, bukan kerja budak-budak," ujar razman.

Rosnah menarik muka masam. Puan sopiah hanya menggelengkan kepalanya melihat tingkah anak bongsunya itu mahu mengikut abang-abangnya.

"abang-abang ros nak pergi cegah maksiat. Bukan nak pergi suka-suka,"ujar puan sopiah sambil membasuh tangan.

"Maksiat tu apa?" soal rosnah yang baru berusia sepuluh tahun.

"Benda tak baik yang dilakukan lelaki dan perempuan. Ros mungkin tak faham lagi. Nanti bila dah besar, baru ros faham," terang puan sopiah.

Puan Sopiah sebenarnya menjanda sejak empat tahun yang lalu. Dia tidak bekerja dan hanya mengharapkan wang pencen serta sumbangan anak-anak untuk perbelanjaan harian. Nasib baiklah Razman dan Razif dapat diharap menjaga dia dan Rosnah. Hidupnya sentiasa bahagia dan ceria.

"mak, doakan yang terbaik buat kami. Kalau betul Hanis bersalah, Man akan lepaskan dia," ujar Razman sambil menyalami emaknya.

"Mak doakan moga Allah tunjukkan kebenaran. Jika betul tindakan Man, mak akan sokong. Apa yang penting, Man tak jadi suami yang dayus."

Puan Sopiah telah maklum akan masalah rumah tangga Razman yang bergolak. Mereka telah berkahwin hamper tiga tahun. Hanis seorang yang cantik dan Nampak baik. Razman telah mendengar desas-desus menyatakan isterinya curang tetapi tidak dapat bukti yang kukuh. Oleh itu, Razman telah memasang pengintip bagi mengetahui tempat Hanis melakukan maksiat dapat dikesan.

Razif masuk ke tempat pemandu dan Razman duduk di sebelahnya. Kereta diundurkan dan mereka bergerak menuju destinasi yang telah diberitahu oleh Murad, pengintip Razman. Sebuah hotel mewah di tengah-tengah bandaraya menjadi lokasi Hanis memadu asrama.

Mereka tiba di hotel yang dinyatakan seketika kemudian. Razif memasuki kawasan parkir dan menemui Murad yang telah bersiap sedia dengan pasukan pencegah maksiat. Mereka menyerbu bilik yang diduduki oleh Hanis bersama pasangannya. Setelah berkali-kali pintu diketuk, seorang lelaki membuka pintu. Mereka melakukan pemeriksaan dan mendapati Hanis bersembunyi di dalam bilik air dengan hanya berkemban tuala.

Merah padam muka Razman melihat isterinya berkeadaan begitu. Malu, kesal dan rasa terhina diperlakukan sebegitu oleh isteri tersayang. Pegawai agama mengarahkan kedua-dua mereka berpakaian lengkap dan menyerahkan kad pengenalan. Razman dan Razif hanya membiarkan pegawai-pegawai itu menjalankan tugas mereka.

"kenapa Hanis buat abang macam ni?" soal Razman menahan sebak di dada.

"Abang, maafkan Hanis! Hanis tak bersalah. Hanis terpaksa sebab dia ugut akan sebarkan gambar bogel Hanis kalau Hanis tak ikut cakap dia," ujar Hanis merayu-rayu di hujung kaki Razman.

Razif berasa jijik melihat kakak iparnya. Selama ini dia menganggap kakak iparnya seorang perempuan baik, bertudung litup dan lemah lembut. Rupannya di sebalik itu, tersembunyi nafsu serakah yang tidak pernah surut.

Abang King KontrolWhere stories live. Discover now